Wednesday 18 March 2015

Realiti Sunyi - part 3

Di cubanya untuk mengerakkan Bibik “Bibik.. Bibik..” dengan keadaan jari bergeletar. Bibik tidak bergerak sedikit pun, tapi helah nafasnya masih lagi kedengaran. Sedang Alif cuba membangunkan Bibik, bunyi dari kedengaran di perkarangan rumah. Alif cuba mengintai dari jauh ke perkarangan rumah, namun keadaan gelap menghalang jarak penglihatan Alif.

Ketika cuba mendekati pintu masuk utama, tiba-tiba semua lampu didalam rumah terpadam. Alif terus lari ke biliknya di tingkat dua, dengan bantuan lampu kecemasan yang agar samar didalam rumah. Terus mendapatkan telefon bimbitnya untuk membuat panggilan kawan rapatnya Simon yang tinggal beberapa baris di situ untuk meminta bantuan.



Alif buntu didalam bilik, mundar mandir menunggu kedatangan Simon. Alif baru teringat akan ibunya yang masih lagi tidak balik, Alif segera menelefon ibunya tetapi telefon ibunya dimatikan. Alif semakin tidak keruan. Hanya beberapa minit menunggu kedatangan Simon dirasa berhari lamanya.

Pintu utama di ketuk dan Alif melihat dari luar jendela, diperhatikanya Simon berada diperkarangan rumah. Alif terus berlari menuruni anak tangga dengan pantas dan menunju ke pintu utama. “Simon!”, Jerit Alif sebaik sahaja membuka pintu utama. Alif hairan, sebab ibu bersama-sama Simon diluar rumah.



“Ibu.” Dengan muka pucat memerhatikan ibunya. “Bila ibu balik?, Tadi Alif call tapi tak dapat”, sambung Alif dengan nada sedikit gusar. Ibu membalas pertanyaan Alif “Handfon ibu habis bateri, Ibu balik lewat ni pun sebab meeting lambat habis, tambah-tambah lagi traffic jammed” sambil masuk  ke dalam rumah. “Simon aunty masuk dulu ye.”

“Kejap Ibu, Alif sebenarnya ada benda nak bagi tahu.” Dengan muka serius dengan sedikit gemuruh. “Bibik”.. Alif memandang ibu. “Bibik ibu, bibik, dia ada kat bilik air belakang” Ibu dan Simon saling berpandangan dan memerhatikan gelagat Alif.“ Alif tak tahu macam mana Bibik boleh masuk ke dalam mesin basuh. Kita kena bantu dia sekarang” sambil menarik tangan ibunya ke bilik air, Simon hanya mengekori dibelakang ibu dan Alif.

Alif segera membuka penutup mesin basuh yang tertutup rapat. “Ini Ibu”. Sambil menunjuk kedalam mesin basuh. “Apa yang ada kat dalam, hanya baju kotor Alif. Apa yang Alif Nampak?” Tanya Ibu kepada Alif. Alif berasa hairan sebab dia betul-betul telah nampak Bibik didalam mesin basuh tidak sedarkan diri. “Betul ibu, Alif nampak Bibik kat dalam ni” cuba meyakinkan Ibu. “ Ibu lupa nak bagi tahu ke Alif, Bibik ada call pagi tadi bagi tahu dia tak masuk kerja hari ni, sebab rasa badan tak sihat, sudahlah Alif, bawa Simon ke ruang tamu”. Sambil keluar dari bilik air “ aunty naik dulu Simon nak rehat, kalau nak apa-apa minta je kat Alif” Ibu meninggalkan Alif yang didalam ke bingungan. “Tapi Bibik”. Sambil Alif melihat Simon di muka pintu tandas.




Bersambung…

2 comments: