Friday 13 March 2015

Realiti Sunyi - part 1

Terjaga dari lena, Alif memerhati kawasan sekeliling yang agak asing buatnya. Alif cuba untuk bangkit dari alas timbunan kain dan tilam, dan menghampiri pintu untuk keluar. Dalam keadaan separa sedar Alif keluar dari pintu bilik sejuk dirumahanya. 

"Kenapa aku kat bilik sejuk pula?" sambil membersihkan dirinya yang sedikit berdebu. Bilik sejuk yang dulunya digunakan untuk meletakkan peralatan menyelam dan sampel kajian ayahnya tidak lagi berfungsi seperti biasa setelah ayahnya bersara. Setelah itu Alif merasa dahaga dan ke dapur rumahnya. "Bibik tak kerja ke hari ni?" Alif berkata sendiri sambil menuju ke peti sejuk. Jam ditangan Alif menunjukan pukul 7.00 pagi.

Alif mengintai melalui jendela dapur ke luar, keadaan masih samar-samar diluar dengan pancaran matahari pagi. Alif ingin ke biliknya semula,  namun terdengar bunyi dibilik air belakang, tempat selalu bibik menbasuh kain. "Kerja juga bibik hari ni", kata Alif didalam hati berlalu pergi. Bibik pembantu rumah warga indonesia yang selalu menyiapkan segala kelengkapan Alif sebelum ke kuliah. Belum sempat Alif berjalan jauh, terdengar bunyi besen jatuh dibilik air. Alif memanggil bibik " Bibik ok ke?" dengan pertanyaan tapi tidak berjawab.



Alif segera ke bilik air belakang tetapi tiada siapa disana, orang yang disangkanya Bibik ternyata tidak muncul lagi untuk bekerja pada hari itu. "Aik.. tak da pula bibik kat sini". Alif terus keluar dari bilik air dan menuju semula ke biliknnya. Alif yang tinggal disebuah banglo 3 tingkat yang telah diubah suai dengan ciri-ciri ala inggeris dengan dilengkapi perabot-perabot jati bermutu. Alif terus ke biliknya di tingkat 2. 

Rasa tidak selesa, Alif masih berfikir macam mana dia boleh berada dibilik sejuk pagi ni. Jam sudah menunjukan pukul 7.22 pagi. Alif kena bersiap untuk kekuliah hari tu. Tiada yang lebih penting bagi Alif selain daripada tuntutan ilmu. Alif segera bersiap dan meninggalkan rumah untuk ke kuliah. Perginya Alif dijemput oleh kawan rapatnya Simon seorang anak perniagaan berjaya yang berbangsa cina. Mereka terus ke kuliah bersama. 

Alif tidak menyedari ibunya tiada dirumah pagi itu akibat daripada terlalu memikirkan bagaimana dia boleh berada dibilik sejuk. Alif agak lewat pulang ke rumah kerana ada perbincangan kumpulan di kolejnya. Pulangnya Alif ke rumah dengan keadaan rumah yang masih gelap dengan lampu tidak dipasang. "Kemana semua orang dalam rumah ni, tak kan tak sedar hari dah malam" Alif mengomel kecil sambil memasuki rumah dan terus ke biliknya. 


Bersambung...

No comments:

Post a Comment