Wednesday 4 March 2015

Mimpi itu.

Hai, masih ingat dengan cerita AK yang tajuknya 'Ghost Rider wujud!'? Ha.. AK nak ceritakan kesinambungan cerita tersebut dalam post kali ini.
Baiklah seperti mana yang diceritakan AK ambil masa yang lama untuk sembuh sejak peristiwa malam itu, namun AK tidaklah sembuh sepenuhnya. Kesan parut besar dan banyak masih kekal menghiasi badan AK.
Saban malam tidur AK pun sering terganggu kerana gangguan mistik seperti AK terlihat kelibat atau mahluk yang orang lain tidak dapat lihat. AK juga mendapat mimpi yang menakutkan serta sukar untuk ditafsirkan.
Kemudian gejala tersebut berlarutan hingga diwaktu siang hari. AK rasa begitu takut namun jika diceritakan kepada sesiapa adakah mereka akan percaya dan sudikah mereka membantu. AK hanya mampu mendiamkan diri.
Suatu hari AK bermimpi seorang lelaki berkulit gelap sedang berlumuran darah diikat dan digantung terbalik dengan rantai besi berduri yang jelas nampak panas kerana berwarna merah menyala. Walaupun suara lelaki itu tidak jelas namun AK seolah-olah faham sesuatu yang dia sedang memohon pertolongan.
Belum sempat AK cuba menghampiri lelaki itu tiba-tiba entah dari mana muncul banyak rantai yang sama seperti rantai pada lelaki itu menusuk masuk dan menembusi badan AK. Saat itu kesakitan yang amat perit dirasakan. Rantai itu bergerak-gerak hingga menghancurkan isi-isi badan AK, tulang-tulang pula jelas kedengaran patah mematah.
Tidak lama selepas itu dalam keadaan yang amat sakit, AK telah tergantung seperti lelaki tadi. Kini bukan air mata sahaja yang mengalir tetapi segala darah, air kencing dan segala isi-isi dalam badan termasuklah najis terburai keluar.
...
Akhirnya AK sedar daripada mimpi itu, badan AK terasa sakit dan berpeluh yang banyak habis basah tilam AK dengan peluh, air kencing dan paling malang AK terberak dalam seluar.
Setelah beberapa ketika AK mampu untuk bergerak, AK bergerak perlahan bimbang jika ibu bapa AK sedar apa yang AK buat. Secara senyap-senyap AK membersihkan tilam dan pakaian tidur AK yang telah kotor.
Bersambung..

No comments:

Post a Comment