Saturday 21 March 2015

Keuy teow Goreng Bujang

Hari tu dah makan mee goreng.. kali ni nak buat cara-cara untuk masak mee Keuy Teow Goreng Bujang. Ringkas sahaja bahan-bahan yang digunakan. Ini untuk makan 1-2 orang.

Bahan-Bahan:

Mee keuy Teow -500g
Bawang Besar- 1biji (dihiris)
Lada kisar  4-5 sudu
3 biji telur
Lada besar 1 biji(dihiris)
Daun sup (dihiris)
Isi ayam/udang/sotong/daging/kerang goreng/kerang panggang 200g (jika perlu)
Taugeh- 200g
Minyak masak (5 sudu)
Kicap pekat (2 sudu)
Garam
Gula
Air

Cara-cara:

Panaskan kuali dan masukan minyak 5 sudu minyak, pecah kan telur kedalam kuali dan kacau sehingga hancur dan berbuih, masukan lada kisar, biarkan 4 minit (api sederhana) dan kacau. Masukan bawang besar dan lada besar. Letak sedikit air, kicap, garam gula secukup rasa. ( masukan Isi ayam/udang/sotong/daging/kerang goreng/kerang panggang  (jika perlu)). Masukan mee, gaul sehingga air sedikit kering (kalau suka makan basah biarkan air tinggal banyak). Masukan taugeh, kacau 1-2 minit. Tutup api. Boleh dihidangkan. tabur daun sup diatas mee.




No comments:

Post a Comment