Tuesday 31 March 2015

PhotoScape

 Dalam lambakan perisian komputer sudah tentu ramai yang mengkehendaki perisian yang boleh didapati secara percuma dan mempunyai pelbagai kebolehan. Biar AK kongsikan sebuah perisian komputer yang mampu membantu dalam bentuk pengolahan atau ubahsuai gambar.

 Perisian yang AK maksudkan adalah PhotoScape. Sesuai untuk sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam dunia ubahsuai gambar, perisian PhotoScape ini boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma. Alangkah indahnya jika gambar-gambar kenangan terindah anda diolah menjadi lebih menarik. Sebenarnya dengan sedikit bantuan perisian percuma ini ada banyak pihak yang mampu menghasilkan banyak gambar-gambar atau imej-imej yang sangat menarik dan lebih menariknya ada antara pengguna perisian ini mampu menjana pendapatan.

 Walaupun AK hanya menggunakan perisian ini sekadar untuk suka-suka namun hakikatnya AK akui perisian ini telah banyak membantu. Apa lagi jangan berlengah silalah cuba perisian ini banyak gunanya... :)

 Antara kebolehan perisian ini adalah:

1. Pemapar imej
2. Editor imej
3. Cetakan kertas
4. Menamakan semula imej
5. Menukar format imej
6. Mengambil contoh warna
7. Menangkap paparan skrin
8. Pemisah imej
9. Membuat imej bergerak format .gif
10. Menggabungkan gambar
11. Menyusun imej pada satu paparan
12. Logo editor
13. Banyak lagi...

 AK harap anda semua mampu mendapat mendapat manfaat melalui perkongsian perisian komputer ini. Jumpa lagi akan datang dalam post yang akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment