Tuesday 24 March 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #6

Sumber asal:
 Selepas menunaikan solat Zohor di surau AK duduk di tepi tembok kolam ikan, AK semakin berasa tenang apabila melihat ikan-ikan yang sedang berenang ke sana-sini dan AK juga turut bermain dengan air kolam itu.
 Kebetulan hari ini tiada lagi kuliah disebelah petang dan kami warga penuntut diberi peluang dari institut dan mesti kembali semula sebelum jam 8 malam. AK tidak mahu keluar sebenarnya namun apakan daya, AK terpaksa juga keluar kerana perlu menunaikan elaun yang diterima melalui cek. Walupun agak sedih dan malu apabila hendak menunaikan cek yang nilainya tidak sampai RM13 itu namun pada masa itu 10 sen pun amat berharga buat AK. Sebenarnya elaun yang sepatutnya kami warga penuntut terima setiap bulan hampir RM300 tetapi telah dipotong untuk penyediaan makanan di dewan makan untuk kami setiap hari. Walaupun makanan yang kami terima mungkin tidak setimpal dengan nilai elaun kami yang dipotong tetapi bagi AK itu sudah cukup banyak membantu dan AK rasa begitu bersyukur.

 Sebenarnya setelah beberapa hari berlalu keadaan mata AK kembali normal dan sejak itulah juga AK tidak lagi dapat berkomunikasi dengan Intan si gadis yang misteri itu.

 Teringat AK pada malam terakhir yang kami berdua berjumpa di pondok tepi kolam ikan, walaupun pada masa itu AK cuma dapat mendengar suaranya sahaja tanpa dapat melihatnya namun semakin lama semakin kami rancak berbual dan rasa takut AK terhadap Intan juga turut hilang.

 Intan ada berkata sesuatu mengenai badan AK yang berlainan dari hari sebelumnya, sempat Intan berkata badan AK mengeluarkan dan dikelilingi jelaga api yang berwarna hitam. Namun jelaga hitam tersebut semakin hilang ketika bertemu dengannya pada malam tersebut. Belum sempat AK memahami maksud kata-kata Intan itu, tiba-tiba sahaja perbualan kami terputus begitu sahaja.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment