Tuesday 3 March 2015

Kisah seorang Lelaki dengan Air wudhuk

Kali ni nak cerita pasal kisah seorang lelaki yang ingin mengambil air sembahyang. Cerita ni berlaku masa AS masih disekolah rendah. Azan dah berkumandang dan disusuli dengan iqamat, seorang lelaki yang kelewatan segera masuk ke ruang mengambil wudhuk. Dengan keadaan yang bergegas dan kelam kabut untuk mengejar solat berjemaah yang pada ketika itu yang takbirnya telah dimulai.

Tidak semena-mena, semasa lelaki itu sedang mengambil air sembahyang dia terserempak dengan satu lembaga yang besar badannya dan tinggi tubuhnya yang seakan-akan terbang diruangan tempat mengambil air sembahyang tersebut. Akibat daripada terkejut akan kehadiran lembaga tersebut, Lelaki itu terus melarikan diri menaiki tangga untuk terus ke ruangan solat, malangnya semasa menaiki tangga tersebut lelaki itu tersungkur dan terseliuh.

Selang beberapa hari, bengkak pada kaki lelaki tersebut semakin teruk walaupun telah dibawa mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Hari berganti hari, keadaan kaki lelaki tersebut semakin teruk. Sebagai ikhtiar mencari jalan untuk menyembuhkan sakit, lelaki tersebut cuba mendapatkan rawatan secara tradisional dengan berjumpa dengan seorang ustaz yang bertauliah. Setelah berjumpa ustaz tersebut tiada tanda yang dapat dipastikan, ustaz itu meminta penjelasan daripada lelaki itu bagaimana dia boleh terseliuh dengan bergitu teruk. 

Lelaki tersebut cuba untuk menyembunyikan perkara sebenar, namun setelah didesak oleh ustaz tersebut yang ingin mencari penawar menyembuhkan penyakit tersebut. Akhirnya pemuda itu menceritakan segalanya bahawa dia ada terserempak dengan satu lembaga hitam diruangan mengambil wudhuk dimasjid sebelum terjatuh ditangga akibat berlari meninggalkan bilik wudhuk tersebut. 


Tanpa berlengah ustaz tersebut meminta lelaki tersebut untuk membawa tempat dimana dia bertemu lembaga tersebut. Setelah sampai ditempat ruangan itu, ustaz tersebut membaca beberapa potong ayat alquran sebelum berkomunikasi dengan lembaga tersebut. Ustaz itu memulakan perbualan " Siapakah kau yang menghuni disini?". Lembaga itu mula menjawab pertanyaan ustaz tersebut " Aku adalah saudaramu, aku adalah jin".. Ustaz menyambung pertanyaan kepada jin tersebut " Adakah kau muslim, dan apakah yang telah ko perbuat terhadap lelaki ini?". Jin membalas "ya, Aku adalah jin islam saudaramu, dan Akulah yang telah menyebabkan dia terjatuh ditangga."  Ustaz tersebut bertanyakan kembali " Apa yang telah kau lakukan terhadap lelaki ni?". kali ini  dengan suara yang lebih tegas.

Jin tersebut menjawab persoalan itu dengan nada marah " Aku telah menjentik kakinya dengan perlahan sehingga menyebabkan dia tersungkur". "Kenapa?" ustaz menyambung persoalanya. " Dia tidak menyempurnakan wudhuknya ketika dia terlihat Aku, kakinya telah ku jentik kerana pada kaki itulah belum tersempurnanya wudhuk!!" Jin itu membalas dengan suara keras. Kemudianya Jin itu menyambung semula " Bagaimana dia ingin mengadap Allah dengan tidak sempurna wudhuknya".  Maka tahulah sudah ustaz tersebut apa yang terjadi pada lelaki tersebut. Ustaz tersebut kemudianya berlalu dengan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh lelaki itu. 

Kemudian, berkat doa, taubat dan tawakal lelaki tersebut terhadap pencipta-Nya, akhirnya kaki lelaki itu beransur sembuh dan membaik. 









P/S = Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan shalat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki.  {Al Maidah ayat 6}
 


No comments:

Post a Comment