Thursday 26 March 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #7

Sumber asal:
  Seperti penuntut yang lain AK juga seperti mereka hidup sebagai seorang penuntut, cuma pada hari itu cuaca agak mendung dan bila-bila sahaja hujan boleh turun. Ketika AK sedang duduk di bilik kuliah sambil menanti pensyarah tiba, secara tiba-tiba AK berasa amat sakit pada seluruh badan. AK tidak berapa pasti apa yang terjadi ketika itu, apa yang AK pasti pada masa itu seorang pun rakan sekuliah AK tidak sedar yang AK berada dalam kesakitan.

 Pengelihatan AK semakin kabur dan gelap kemudian AK tidak ingat lagi apa yang terjadi selepas itu. AK cuma sedarkan diri apabila seorang rakan menggerakkan AK yang dilihatnya sedang tidur.
 "Awang bangun masa kuliah sudah habis ni," AK bangun dalam keadaan kebingungan dan bertanya kepadanya apa yang telah berlaku. Dia menjelaskan bahawa aku tertidur dari tadi. Pensyarah pula tidak dapat hadir dan hanya mengarahkan supaya membuat tugasan yang sebelum ini telah diberikan. Mujurlah pensyarah tidak ada jika tidak sudah tentu aku didendanya kerana tidur dalam bilik kuliah walaupun sebenarnya AK pengsan.

 Sungguh misteri kesakitan yang AK rasa secara mengejut itu. Tiba-tiba AK terlihat kelibat seorang lelaki sedang berjalan laju melintasi luar jendela. Sebelum beredar dari bilik kuliah itu AK cuba meninjau ke luar jendela di mana ada lelaki melintasinya tadi, alangkah terkejutnya AK apabila melihat bahawa di luar jendela tiada laluan yang membolehkan seseorang berjalan melintasi jendela tersebut.

 AK beredar dan melihat lagi jendela tersebut yang berada di tingkat dua banguna kuliah itu daripada bawah pula. AK begitu yakin yang ada seorang lelaki melintasi jendela tersebut walaupun AK tidak dapat mengecam wajahnya. Namun apabila AK fikirkan agak mustahil dan tidak masuk akal jika ada sesiapa mampu berjalan melintasi jendela itu dari luar.

 Tiba-tiba AK berasa sakit yang amat pada bahagian tengkuk dan selepas itu AK telah pengsan lagi.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment