Sunday 22 March 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #5

Sumber asal:
  Ketika Intan sedang bersendirian di atas bumbung bangunan asrama lelaki yang tingginya tiga tingkat itu, tiba-tiba muncul Akmal, Ikmal dan Kamal secara mengejut. Intan sedikit terperanjat dan mereka berempat saling berpandangan antara satu sama lain dengan raut wajah yang serius.

 "Kenapa dengan abang Mal bertiga ni? Terkejut Intan tau! Ni muka serius sangat ni kenapa? Macam nak telan Intan je!" memulakan perbualan dengan nada sedikit geram.
  "Intan! Apa yang Intan sembangkan dengan budak Awang tadi? Mesra semacam je kami tengok," Akmal bertanya dengan nada yang agak kasar dan sepertinya mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap sesuatu.

 "Ish... Intan tanya tadi bukannya nak jawab, ni tanya Intan marah-marah pula. Kenapa ni? Apa yang abang Mal bertiga nak sebenarnya?"

 "Biar kami berterus-terang dengan Intan, sebenarnya kami tidak suka Intan dekat dengan budak Awang tu!"Ikmal berkata-kata sambil merenung tajam ke mata Intan.

 "Sekali lagi kami nampak, nahas budak tu kami kerjakan. Ingat Intan! Kami tak bergurau, jangan sampai kami buat budak tu tinggal jasad tak bernyawa. Faham!" Kamal begitu lancang memberi amaran.Tiba-tiba mereka hilang ghaib begitu sahaja dan meninggalkan Intan berseorangan terkebil-kebil, tertanya-tanya, terkejut dan sedikit sebak.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment