Friday 6 March 2015

Kenapa Rika ?? part 2


Kerana kejadian itu Rika semakin berhati-hati semasa berada dikawasan rumah. Pada petang itu AS, My little bro dan nephew menuju ke kawasan belakang rumah yang pada masa itu sedang rancak untuk dibersih untuk mendirikan beberapa biji rumah. Kawasan belakang rumah AS adalah jenis hutan berbukit dan banyak pokok buah, AS akan rasa tenang bila berada dikawasan tu dengan keadaan yang sejuk dan selesa bagi AS.

Petang tu AS meninjau kawasan hutan yang telah diratakan. Terasa rugi dan sedih dengan satu persatu pokok buah ditumbangkan. Lepas ni tidak boleh menikmati kemewahan buah-buahan lagi. Sedang AS dan yang lain memerhati keadaan sekeliling, muncul Rika dari hujung rumah membuat lambaian menuju kearah AS dan yang lain. 

Rika terus berkata dari jauh dengan suara kuat, "Buat apa tu?" dengan pertanyaan. AS cuma tersenyum. Nephew membalas sapaan Rika, "Jalan-jalan petang je kak", pada masa itu Rika telah menghampiri kami. Jalan beberapa minit dikawasan tanah yang telah diratakan dengan keadaan berdebu, AS mula melangkah untuk balik. My little bro dan Nephew masih bersama-sama Rika bermain lari-lari disitu. AS mula meninggalkan mereka.


Sedang AS berada jauh dan menghampiri rumah, AS menoleh ke belakang dan melihat Rika, Little bro and Nephew berlari semahunya balik ke rumah. AS menjadi pelik dan memulakan pertanyaan kepada Rika yang telah berada di hadapan AS, "Kenapa?". Dengan nafas turun naik Rika menjawab persoalan AS. " Kita masuk rumah dulu". 

Semua persoalan mulai timbul di kotak pemikiran AS apa sebenarnya telah terjadi. Rika cuba menenangkan diri, kemudianya membalas semula pertanyaan AS dengan nafas yang masih lagi berbaki. Rika mula bersuara, "Tadi masa AS dah balik, Rika tanya ke adik. Apa nak buat kat sini". Aku menggangu tanda mengerti, dan Rika menyambung ceritanya "Adik bagi tahu yang semua pokok-pokok hutan ni akan dipotong dan tak akan ada lagi yang tinggal." Lepas tu kataku secara senyap. "Lepas tu semasa adik berkata macam tu, semua 'benda' dalam hutan tu keluar menuju kearah kami, ada yang besar, menyerupai perempuan, berapi dan ada yang kecik". Aku mula mengerti apa yang cuba disampaikan Rika. 

'Benda' yang dimaksudkan Rika tentunya makhluk halus yang tidak boleh dinampak oleh mata kasar kecuali Rika. Rika mula menyambung semula ceritanya " Jadi kami lari sekuat hati daripada dikejar 'benda-benda' tu, dan masa dah menghampiri 'benda-benda' tu dah tak ikut". Rika berehat setelah menceritakan semuanya kepada AS. 

Keesokkanya my little bro dan Nephew deman panas sejak kejadian itu, Rika katakan kemungkinan Adik dan Nephew dah kena bahang panas 'benda' tu semalam dan menyebabkan demam. Sembuh selang sehari. 

Rika kata kat sini banyak sangat.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment