Saturday 7 March 2015

Ghost Rider wujud!

Dulu sewaktu filem Ghost Rider begitu mendapat sambutan, sehinggakan ramai orang takut untuk keluar malam terutama sekali kanak-kanak.

Sebenarnya filem itu cuma cerita rekaan semata-mata yang sengaja dibuat-buat oleh orang dari negara barat dan bukan betul pun. Bagi aku filem tersebut tak masuk akal dan karut semata-mata. Watak hantu sengaja direka sebagai tarikan sahaja. Lagi pun hantu mana tahu menunggang motasikal. Hahaha.
Beberapa tahun selepas tayangan filem tersebut di pawagam. Aku berjalan kaki sahaja seorang diri pada waktu malam untuk balik ke rumah, jaraknya boleh tahan juga dalam 2KM apa boleh buat sejak Mikey basikalku yang setia telah meninggalkan aku.

Entah kenapa pada malam tersebut perasaan aku tidak tenang, sedangkan aku baru sahaja solat di masjid. Kebetulan malam tersebut adalah malam Jumaat jadi di masjid kami adakan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat.

Tiba-tiba ketika aku berjalan melalui sebatang jalan kampung yang gelap dan di kiri kanan jalan tersebut begitu semak dan serta adalah kawasan belukar. Aku tiba-tiba rebah dan menekup telingaku dengan erat.

Aku terdengar bunyi ganjil yang nyaring kuat dan bercampur-campur dengan bunyi motosikal, seretan rantai dan bunyi seperti jelaga api ditiup angin. Sungguh derita dan takut aku ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu.

Tidak lama selepas itu muncul kelibat mahluk yang begitu mengejutkan aku. Hantu.. rangka tulang manusia yang berapi-api turun dari motosikalnya datang menghampiri aku. Sungguh aku sukar percaya dengan apa yang aku lihat dan rasakan.

Semakin mahluk itu menghampiri aku semakin kuat bunyi yang menyakitkan telinga dan badan aku terasa seolah ikan disalai, namun aku tidak berdaya bergerak tubuhku terkulai lemah di atas tanah.

Hantu itu mengangkat kepalaku menyebabkan tengkuk aku terasa begitu sakit kerana menanggung berat badanku yang tergantung. Hantu itu seolah-olah mempunyai kuasa yang boleh memaksa aku melihat lubang mata pada tengkoraknya yang berapi itu.

Sebelum aku tidak sedarkan diri sempat aku berkata dalam hatiku. Rupanya kau wujud Ghost Rider. Janganlah kau apa-apakan aku...

Tiga hari kemudian aku sedarkan diri dan kelihatan ibu bapa aku berada di sisiku dengan wajah gelisah dan sedih. Mereka bertanya apa yang telah terjadi kepada aku namun aku hanya senyum semampu yang boleh kerana kulit pada bahagian mukaku melecur teruk dan aku tidak menceritakan perkara yang sebenar kepada sesiapa pun.

Sakit memang sakit.. tetapi mujurlah aku selamat. Namun aku muskil kenapa aku seorang sahaja yang dikatakan oleh orang kampung disampuk hantu api. Cis! Ini semua kerana seorang lelaki tua yang datang tanpa diundang mengaku dirinya bomoh kebangsaan yang ditauliahkan kerajaan konon hendak mengubati aku. Nampok benar nipunyer..

Aku beranggapan yang hantu Ghost Rider tu mungkin cuma lalu jalan tersebut pada malam itu dan kebetulan pula masa itu aku pun melalui jalan yang sama. Jadi mungkin sudah hobi dia nak siksa orang jadi aku pun kena jugalah malam itu.

Ambil masa yang lama juga aku nak sembuh tapi itu pun tidak sepenuhnya. Namun itulah kali pertama dan diharap kali terakhir aku terjumpa hantu itu.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi dilain cerita.

No comments:

Post a Comment