Sunday 8 March 2015

Kenapa Rika ?? part 4

Pandangan Rika tepat ke arah AS, dia cuba untuk bersuara tetapi my mom menyedari kehadiran kami dah terus bertanya " Macam mana?, dah hantar semua?" sambil mengukir senyuman. AS menjawab pertanyaan my mom,"Dah, semua dah settle, diorang ucapkan terima kasih ke Ibu" sambil membalas senyuman my mom. "Sama-sama, baguslah kalau dah siap hantar semua" sambil berlalu pergi dari dapur.

AS terus mencapai gelas untuk minum air sambil duduk dihadapan Rika, AS mengulangi pertanyaan kepada Rika. Rika yang telah berada dalam keadaan tenang membalas pertanyaan AS,. " Sebenarnya masa Rika kecik, Mak Rika selalu melumurkan getah pisang ke kepala Rika, katanya untuk dapatkan rambut cantik, Mak selalu buat" katanya sambil memandang ke bawah. 

Jawapan yang diberikan Rika masih belum berpenghujung, AS cuba mengangguk tanda faham sambil membuat gerakan pertanyaan. Rika menyambung bicara dengan pelahan "Sebenarnya masa hari kejadian tu, macam biasa Mak akan potong pokok anak pisang dan getahnya dilumurkan ke kepala, tetapi hari tu waktu ingin senja, Mak terpotong sekali dengan 'anak benda tu' yang berada di anak pokok pisang tu, masa tu Mak masih tidak sedar, Mak masih lumurkan getah pisang tu ke rambut Rika".  katanya dengan nada perlahan dan hampir tidak kedengaran. "Lepas tu?." AS mencelah ingin mengetahui selanjutnya. 

"Lepas tu, masa dah lumurkan getah pisang ke rambut Rika, getah pisang yang dilumurkan ke kepala Rika mengalir dan terkena ke mata Rika, dan masa tu  Rika dah tak nampak getah pisang, Rika hanya nampak darah merah yang dilumurkan kepala Rika. Rika terkejut terus arahkan Mak untuk berhenti". katanya bersungguh. 

Rika menyambung ceritanya, " Jadi malam tu, Rika bermimpi ada berjumpa dengan satu makhluk besar yang menyatakan yang Mak Rika dah terpotong anaknya, dan dia nak Rika menjadi anaknya disebabkan Mak dah menyebabkan anaknya mati.". Suasana menjadi sunyi setelah mendengar penjelasan Rika. AS dah tak tahu nak bertanya soalan apa ke Rika. 

"Rika iakan saja, kerana masa tu Rika tak tahu apa-apa". katanya lagi. "Benda yang Rika maksudkan tu adalah Jin, dia yang akan jaga Rika seperti anaknya, Rika dah tak boleh nak buat apa". AS cuba mendiamkan diri. semestinya Jin yang di maksudkan Rika itu bersama-sama kami di dapur itu. AS cuba memberi jawapan simpati ke Rika, " Macam tu pula ye, bahayanya. Tapi sekarang Rika ok tak?"  kataku cuba untuk memberhentikan persoalan. Rika mengangguk sekali dua, dan kami terus berlalu pergi dari dapur, dan Rika terus masuk ke biliknya dan AS pergi ke Living room tempat my mom dan adik-beradik yang lain beristirehat. 

 Bersambung...



5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. chaiyok2 !
    jemput join meriahkan :D

    http://mellyareenza.blogspot.com/2015/02/february-giveaway-by-mellya-and-friends.html

    ReplyDelete
  3. chaiyok2 !
    jemput join meriahkan :D

    http://mellyareenza.blogspot.com/2015/02/february-giveaway-by-mellya-and-friends.html

    ReplyDelete