Friday 20 March 2015

Kelas kami #2

Sumber asal: http://awangkilat.blogspot.com/2015/03/kelas-kami-2.html

Dalam bilik guru yang agak sunyi dan tinggal hanya hanya cikgu Shida di dalamnya.

"Amboi... Cikgu Shida termenung jauh nampak, ingatkan buah hati ke?" cikgu Nurul cuba menegur sambil mengusik.

"Eh! Taklah cikgu, Shida just teringat peristiwa pelik yang terjadi semalam,"

"Peristiwa pelik? Apa maksud Cikgu?" cikgu Nurul menjongket kening bingung.
"Kalau Shida cerita cikgu jangan gelak tau, sebenarnya semalam Shida diganggu oleh mahluk halus. Shida takut sampai tertidur, pagi baru Shida sedar,"

"Ish... Biar betul Shida ni, Nurul dah lama mengajar kat sekolah ni tapi tak ada pun cikgu-cikgu lain cerita yang macam cikgu cerita ni," Masih tidak percaya.

"Tulah... Shida dah agak memang cikgu tak percaya punya. Tapi tolonglah percaya, Shida ni bukan penipulah," cuba meyakinkan.

"Ok ok cop cop cop! Kalau betul cikgu tak tipu, cuba 'try' ceritalkan apa yang terjadi semalam," menagih bukti.

"Ok, macam ni sebenarnya semalam Shida tengah menaip soalan kuiz dan sambil tengok gambar dan emel, tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan tak lama selepas itu datang jelaga api berwarna hijau terapung-apung dekat depan Shida," bercerita b=dengan penuh serius.

"Oh... Semalam memang ada sekejap bekalan elektrik terputus Nurul pun perasan juga, jadi masa tulah agaknya ya, jadi lepas tu?" mencelah.

"Err... Sebenarnya masa tu Shida sempat menjerit kecil tapi lepas tu Shida terus pengsan," sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Baru nak seram tapi dah habis pula," suara asing seakan mengeluh.

"Betul tu baru je nak rasa seram," cikgu Nurul turut mengeluh. Tapi mereka berdua berasa hairan siapa pula yang bersuara itu. Mereka menoleh kebelakang.

"Ops pocot mak kau!" "Eh, kambing terkejut!" cikgu Nurul dan cikgu Shida terkejut dan melatah sikit. Mereka tidak sedar akan kehadiran orang di belakang mereka.

"Ish... Kamu ni siapa? Kenapa muncul tiba-tiba? Cikgu kenal tak siapa dia ni? Eh! Kenapa cikgu nampak pucat macam mayat ni?

"Ma... Ma... Mayat!" tersekat-sekat kata-kata cikgu Shida sambil menunjuk ke arah orang yang sedang berdiri di hadapan mereka sekarang.

"Ha! Mayat?!" cikgu Nurul cuba melihat apa yang cikgu Shida tunjuk. Rupanya tanda nama pada tudung perempuan itu terselindung sedikit jadi perkataan yang terlihat cuma 'Mayat' sahaja. Cikgu Nurul cuba menyelak sedikit tanda nama itu dan barulah cikgu Shida kembali sedar dan sedikit terkejut.

"Oh... Mayati..." cikgu Shida mengangguk sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Dalam hatinya berkata "Ish! Siapalah yang bagi nama budak ni? Tak ada nama lain ke?"

"Ish! Kamu ni siapa? Kenapa datang sini? Sederhana menengking.

"Shii..." cikgu Nurul memberi isyarat sambil meletakkan jari telunjuknya di bibirnya. Kemudian berbisik kepada cikgu Shida. "Cikgu jangan tengking dia nanti cikgu boleh dapat susah," cikgu Nurul dan cikgu Shida kembali menghadap Mayati dengan senyuman dibuat-buat. Cikgu Shida pula masih bingung tidak mengerti dengan apa yang cikgu Nurul bisikkan tadi.

"Mayati datang ke sini nak apa? Ada apa-apa yang cikgu boleh bantu?" dengan lemah-lembut cikgu Nurul bertanya. "Cikgu, kami sudah lama menunggu di dalam kelas, bila cikgu hendak masuk mengajar?" Mayati melontarkan soalan sambil memandang tepat cikgu Shida dengan wajah yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Cikgu Nurul dan cikgu Shida saling berpandangan, kemudian hinggap tamparan kecil ke dahi cikgu Shida.

"Aduh macam mana saya boleh lupa yang saya ada kelas masa ni!?" cikgu Shida bergegas bersiap untuk masuk mengajar kemudian berlari keluar dari bilik guru kemudian dia kembali berpatah balik dan hanya menjenguk dari luar dan berkata. "Maaf ya cikgu, saya masuk kelas dulu nanti kita sambug cerita lagi ya," cikgu Shida hairan melihat cikgu Nurul tiada dalam bilik guru tersebut, tetapi dia terus meluru menuju ke kelasnya. Waktu itu dia perasan yang mayati masih mengikutinya dari belakang tanpa berkata apa-apa. Setibanya di dalam kelas sambil termengah-mengah dia terkejut melihat Mayati telah berada di dalam kelas sedang berdiri bersama-sama mudir-murid lain dan mengucapkan salam beramai-ramai. Dalam kebingungan cikgu Shida meneruskan sesi kelasnya.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment