Monday 23 March 2015

Realiti Sunyi - part 4

“Dah jom” Simon mengajak Alif yang masih dalam kebingungan. Elektrik yang tadinya mati berfungsi seperti sediakala. Alif membawa Simon ke biliknya untuk menceritakan apa yang berlaku. Jam menunjukan pukul 11.08 malam, Simon minta diri untuk pulang, “Alif aku nak gerak dulu dah pukul 11 dah ni, nanti parents aku marah pula”. “Alah tido sini je lah, esok bukanya ada kuliah pun, call parents ko kata ko tido sini, macam tak biasa” balas Alif untuk Simon bermalam sahaja dirumahnya malam itu. “Yelah-yelah, aku call mak aku kejap”. sambil membuat panggilan.


“Alif, nak buat apa semester break ni, minggu depan kot?, ada apa-apa planning tak?” Tanya Simon dengan berbaring dikatil Alif. “Tak tahu lagi, ko ada idea ke nak pergi mana-mana?” Alif melontar persoalan semula kearah Simon. “Tak tahu lagi, nanti kita bincangkan” menamatkan perbualan, dan keduanya menonton DVD dengan tv LCD 32” dibilik Alif.

Cuti semester yang ditunggu telah tiba. Alif, Simon dan 5 orang rakannya yang lain Lyn, Mia, Chloe, Ezrail dan Noel bersiap ke pulau peranginan terpencil yang jarang dikunjungi orang dengan mempunyai khazanah laut yang memukau, dan sangat sesuai untuk aktiviti menyelam yang mereka idamkan. Ada satu-satunya chalet yang masih beroperasi disana.

Keadaan sedikit berangin ketika mereka menaiki bot untuk ke pulau itu, Lyn dan Mia tidak tahan gelora laut dan mabuk disepanjang perjalanan. Manakala yang lain seperti sudah biasa dengan keadaan berombak. Setibanya mereka dipulau tersebut di sambut oleh Pak Ali yang merangkap untuk semua kerja di chalet itu.

“Wei korang, mari sini!” jerit Simon yang telah berada dipantai setelah daftar masuk ke chalet. “Cantik kot pantai kat sini, rugilah kalau dah sampai kita duduk lepak kat chalet” sambungnya setelah Alif, Ezrail dan Noel menghampiri. “Lyn dan yang lain mana?” tanya Simon apabila bayang rakan wanitanya tidak kelihatan. Noel membalas spontan “Lyn dan Mia masih mabuk lagi, Chloe temankan diorang”.

Sambil berjalan dipersisir pantai sambil berbincang apa aktiviti yang perlu dilakukan semasa berada dipulau tersebut. Alif lebih banyak mendiamkan diri sejak peristiwa minggu lepas, perkara tersebut masih bermain di fikiran Alif. “Okay, malam ni kita buat ala-ala fire-camp kat depan pantai ni, lepas tu kita boleh bincang sekali dengan budak perempuan untuk aktiviti esok, macam mana?” Simon mula memberikan pandangan dan soalan  kepada yang lain. “okay je, tak kisah yang penting kita!” kata Ezrail “Enjoy” sambung yang lain serentak.

Malam semua berkumpul seperti yang dijanjikan, membuat unggun api sambil membakar ayam dan jagung. Semua kelengkapan disediakan oleh pihak chalet. Bersembang panjang sehingga larut malam, Lyn dan Mia masih lagi lemah disebabkan mabuk laut tadi. “Lyn teman Mia pergi toilet jap” Mia memanggil Lyn yang sedang duduk mendengar Ezrail bercerita. “Okay jap, Lyn pun nak pergi tandas gak ni” Lyn bergerak bersama Mia untuk ke tandas.

Beberapa minit kemudian, Lyn datang dengan tergesa-gesa seperti dikejar hantu. “Mia mana?, sampai hati tak tunggu aku kat tandas” Lyn membuka persoalan kepada rakan yang lain. “Mia tak datang sini lagi lah Lyn, kan dia dengan Lyn tadi” Chloe cuba meyakinkan Lyn. “Tapi dia dah takde tadi, Lyn dah panggil nama dia kat tandas, kat luar semua takda” Lyn mula merasa cemas.  “Takpa-takpa, kita cari Mia sekitar sini” Kata Alif bingkas bangun dari duduknya sambil membawa yang lain.

Bersambung…

No comments:

Post a Comment