Tuesday 31 March 2015

PhotoScape

 Dalam lambakan perisian komputer sudah tentu ramai yang mengkehendaki perisian yang boleh didapati secara percuma dan mempunyai pelbagai kebolehan. Biar AK kongsikan sebuah perisian komputer yang mampu membantu dalam bentuk pengolahan atau ubahsuai gambar.

 Perisian yang AK maksudkan adalah PhotoScape. Sesuai untuk sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam dunia ubahsuai gambar, perisian PhotoScape ini boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma. Alangkah indahnya jika gambar-gambar kenangan terindah anda diolah menjadi lebih menarik. Sebenarnya dengan sedikit bantuan perisian percuma ini ada banyak pihak yang mampu menghasilkan banyak gambar-gambar atau imej-imej yang sangat menarik dan lebih menariknya ada antara pengguna perisian ini mampu menjana pendapatan.

 Walaupun AK hanya menggunakan perisian ini sekadar untuk suka-suka namun hakikatnya AK akui perisian ini telah banyak membantu. Apa lagi jangan berlengah silalah cuba perisian ini banyak gunanya... :)

 Antara kebolehan perisian ini adalah:

1. Pemapar imej
2. Editor imej
3. Cetakan kertas
4. Menamakan semula imej
5. Menukar format imej
6. Mengambil contoh warna
7. Menangkap paparan skrin
8. Pemisah imej
9. Membuat imej bergerak format .gif
10. Menggabungkan gambar
11. Menyusun imej pada satu paparan
12. Logo editor
13. Banyak lagi...

 AK harap anda semua mampu mendapat mendapat manfaat melalui perkongsian perisian komputer ini. Jumpa lagi akan datang dalam post yang akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday 30 March 2015

Stokin

Lima pasang stokin yang dibeli dari kedai yang berbeza iaitu giant, tesco, parkson, carrefour, dan 7E.. kelima2 pasang stokin itu direndam di dalam laut merah, setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam.. apakah yang akan terjadi setiap pasang stokin tersebut??

Kulit berseri dengan tiga bahan

Sumber asal: Majalah Rapi | 15 September 2013 | Muka 29 | Petua cantik | Susunan: Salwana Mohammad

 Ada banyak petua untuk memiliki kulit yang cantik. Jika masih tercari-cari, petua ini mungkin boleh dicuba. Ambil tiga sudu madu lebah asli, campurkan dengan perahan air limau nipis serta kuning telur. Gaulkan ketiga-tiga bahan itu sehingga sebati dan terus sapukan pada keseluruhan wajah. Usah terus mencuci wajah sebaliknya biarkannya sehingga kering atau sekurang-kurangnya selama 15 minit. Setelah benar-benar yakin ia sudah kering barulah dicuci. Amalkan petua ini setiap malam jika boleh dan hasilnya pasti tidak mengecewakan.

* PERHATIAN! Kesan pengamalan sebarang petua yang kami kongsikan boleh mendatangkan kesan yang berlainan kepada setiap individu. Kami serta pihak yang berkaitan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesan sampingan akibat pengamalan petua-petua yang kami kongsikan. Pengamalan petua-petua yang dikongsi adalah atas dasar kerelaan pengamalnya sendiri.

Sunday 29 March 2015

Halang perut sentiasa buncit

Sumber asal: Majalah Rapi | 15 September 2013 | Muka 29 | Petua cantik | Susunan: Salwana Mohammad

 Pelbagai cara telah dicuba untuk menngelakkan perut menjadi buncit, naun ia dengan mudah akan kembali kelihatan setelah menjamu selera.

Saturday 28 March 2015

Mengurangkan pertumbuhan bulu ketiak

Sumber asal: Majalah Rapi | 15 September 2013 | Muka 29 | Petua cantik | Susunan: Salwana Mohammad

 Bulu ketiak yang tidak dicabut atau tidak dipotong pastinya akan membuatkan kita rasa tidak cukup bersih.

Thursday 26 March 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #7

Sumber asal:
  Seperti penuntut yang lain AK juga seperti mereka hidup sebagai seorang penuntut, cuma pada hari itu cuaca agak mendung dan bila-bila sahaja hujan boleh turun. Ketika AK sedang duduk di bilik kuliah sambil menanti pensyarah tiba, secara tiba-tiba AK berasa amat sakit pada seluruh badan. AK tidak berapa pasti apa yang terjadi ketika itu, apa yang AK pasti pada masa itu seorang pun rakan sekuliah AK tidak sedar yang AK berada dalam kesakitan.

 Pengelihatan AK semakin kabur dan gelap kemudian AK tidak ingat lagi apa yang terjadi selepas itu. AK cuma sedarkan diri apabila seorang rakan menggerakkan AK yang dilihatnya sedang tidur.

Tuesday 24 March 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #6

Sumber asal:
 Selepas menunaikan solat Zohor di surau AK duduk di tepi tembok kolam ikan, AK semakin berasa tenang apabila melihat ikan-ikan yang sedang berenang ke sana-sini dan AK juga turut bermain dengan air kolam itu.

Monday 23 March 2015

Realiti Sunyi - part 4

“Dah jom” Simon mengajak Alif yang masih dalam kebingungan. Elektrik yang tadinya mati berfungsi seperti sediakala. Alif membawa Simon ke biliknya untuk menceritakan apa yang berlaku. Jam menunjukan pukul 11.08 malam, Simon minta diri untuk pulang, “Alif aku nak gerak dulu dah pukul 11 dah ni, nanti parents aku marah pula”. “Alah tido sini je lah, esok bukanya ada kuliah pun, call parents ko kata ko tido sini, macam tak biasa” balas Alif untuk Simon bermalam sahaja dirumahnya malam itu. “Yelah-yelah, aku call mak aku kejap”. sambil membuat panggilan.

Sunday 22 March 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #5

Sumber asal:
  Ketika Intan sedang bersendirian di atas bumbung bangunan asrama lelaki yang tingginya tiga tingkat itu, tiba-tiba muncul Akmal, Ikmal dan Kamal secara mengejut. Intan sedikit terperanjat dan mereka berempat saling berpandangan antara satu sama lain dengan raut wajah yang serius.

 "Kenapa dengan abang Mal bertiga ni? Terkejut Intan tau! Ni muka serius sangat ni kenapa? Macam nak telan Intan je!" memulakan perbualan dengan nada sedikit geram.

Saturday 21 March 2015

Keuy teow Goreng Bujang

Hari tu dah makan mee goreng.. kali ni nak buat cara-cara untuk masak mee Keuy Teow Goreng Bujang. Ringkas sahaja bahan-bahan yang digunakan. Ini untuk makan 1-2 orang.

Bahan-Bahan:

Mee keuy Teow -500g
Bawang Besar- 1biji (dihiris)
Lada kisar  4-5 sudu
3 biji telur
Lada besar 1 biji(dihiris)
Daun sup (dihiris)
Isi ayam/udang/sotong/daging/kerang goreng/kerang panggang 200g (jika perlu)
Taugeh- 200g
Minyak masak (5 sudu)
Kicap pekat (2 sudu)
Garam
Gula
Air

Cara-cara:

Panaskan kuali dan masukan minyak 5 sudu minyak, pecah kan telur kedalam kuali dan kacau sehingga hancur dan berbuih, masukan lada kisar, biarkan 4 minit (api sederhana) dan kacau. Masukan bawang besar dan lada besar. Letak sedikit air, kicap, garam gula secukup rasa. ( masukan Isi ayam/udang/sotong/daging/kerang goreng/kerang panggang  (jika perlu)). Masukan mee, gaul sehingga air sedikit kering (kalau suka makan basah biarkan air tinggal banyak). Masukan taugeh, kacau 1-2 minit. Tutup api. Boleh dihidangkan. tabur daun sup diatas mee.




Pisang goreng dicampur dengan cebisan plastik?

Sumber:  http://awangkilat.blogspot.com/2015/03/pisang-goreng-dicampur-dengan-cebisan.html
Sumber asal: Utusan Borneo | Khamis | 19 Mac 2015 | 28 Jamadilawal 1436H | PPK 220/12/2012 (031414) | Muka utama | Oleh: Vivi Olviana Najurus 
 KOTA KINABALU: Kesedapan pisang goreng yang rangup dan garing pastinya membuatkan penggemar pisang goreng tidak bosan untuk menjamah kuih terbabit apatah lagi jika dimakan panas-panas sebaik digoreng.

 Namun, kerangupan serta kesedapan yang dinikmati tidak semuanya sempurnajika tidak dicampurkan dengan ramuan tambahan yang sesuai tetapi ada juga dalam kalangan penjual yang sanggup mencampurkan dengan bahan yang berbahaya.

Friday 20 March 2015

Kelas kami #2

Sumber asal: http://awangkilat.blogspot.com/2015/03/kelas-kami-2.html

Dalam bilik guru yang agak sunyi dan tinggal hanya hanya cikgu Shida di dalamnya.

"Amboi... Cikgu Shida termenung jauh nampak, ingatkan buah hati ke?" cikgu Nurul cuba menegur sambil mengusik.

"Eh! Taklah cikgu, Shida just teringat peristiwa pelik yang terjadi semalam,"

"Peristiwa pelik? Apa maksud Cikgu?" cikgu Nurul menjongket kening bingung.

Kesedihan yang melampau



Dengarkan nasihat yang menyedihkan dari seorang kawan








Thursday 19 March 2015

Najwa REJECT! Ahmad

Suatu sudut di Taman Hidupan Liar...

Ahmad: Najwa! Abang sungguh-sungguh sayang dan cinta kepada Najwa. Tetapi kenapa Najwa enggan menerima abang? Kenapa?

Najwa: Oh! Abang Ahmad sebenarnya bagi Najwa perasaan cinta itu begitu penting. Tanpa perasaan cinta bagaimana mungkin Najwa boleh menerima abang Ahmad.

Ahmad: Najwa cinta itu boleh dipupuk dan disemai dari sekarang. Tetapi cinta abang kepada Najwa telah lama mekar bersinar 94% untuk Najwa selama ini. Berilah peluang dan kesempatan untuk membuktikan cinta abang kepada Najwa.

Najwa: Maafkan Najwa abang Ahmad, sebenarnya Najwa belum boleh memberi sebarang keputusan. Aik! Kenapa cinta abang Ahmad untuk Najwa cuma 94%? Kenapa tak full 100%?

Ahmad: Err... sebenarnya yang lagi 6% tu dah kena GST Najwaku sayang.

Najwa: YOU ARE REJECTED!!!

Begitulah kesudahan Ahmad dengan Najwa. Hihihi padan dengan muka si Ahmad tu. Hahah..

Wednesday 18 March 2015

Realiti Sunyi - part 3

Di cubanya untuk mengerakkan Bibik “Bibik.. Bibik..” dengan keadaan jari bergeletar. Bibik tidak bergerak sedikit pun, tapi helah nafasnya masih lagi kedengaran. Sedang Alif cuba membangunkan Bibik, bunyi dari kedengaran di perkarangan rumah. Alif cuba mengintai dari jauh ke perkarangan rumah, namun keadaan gelap menghalang jarak penglihatan Alif.

Ketika cuba mendekati pintu masuk utama, tiba-tiba semua lampu didalam rumah terpadam. Alif terus lari ke biliknya di tingkat dua, dengan bantuan lampu kecemasan yang agar samar didalam rumah. Terus mendapatkan telefon bimbitnya untuk membuat panggilan kawan rapatnya Simon yang tinggal beberapa baris di situ untuk meminta bantuan.



Alif buntu didalam bilik, mundar mandir menunggu kedatangan Simon. Alif baru teringat akan ibunya yang masih lagi tidak balik, Alif segera menelefon ibunya tetapi telefon ibunya dimatikan. Alif semakin tidak keruan. Hanya beberapa minit menunggu kedatangan Simon dirasa berhari lamanya.

Pintu utama di ketuk dan Alif melihat dari luar jendela, diperhatikanya Simon berada diperkarangan rumah. Alif terus berlari menuruni anak tangga dengan pantas dan menunju ke pintu utama. “Simon!”, Jerit Alif sebaik sahaja membuka pintu utama. Alif hairan, sebab ibu bersama-sama Simon diluar rumah.



“Ibu.” Dengan muka pucat memerhatikan ibunya. “Bila ibu balik?, Tadi Alif call tapi tak dapat”, sambung Alif dengan nada sedikit gusar. Ibu membalas pertanyaan Alif “Handfon ibu habis bateri, Ibu balik lewat ni pun sebab meeting lambat habis, tambah-tambah lagi traffic jammed” sambil masuk  ke dalam rumah. “Simon aunty masuk dulu ye.”

“Kejap Ibu, Alif sebenarnya ada benda nak bagi tahu.” Dengan muka serius dengan sedikit gemuruh. “Bibik”.. Alif memandang ibu. “Bibik ibu, bibik, dia ada kat bilik air belakang” Ibu dan Simon saling berpandangan dan memerhatikan gelagat Alif.“ Alif tak tahu macam mana Bibik boleh masuk ke dalam mesin basuh. Kita kena bantu dia sekarang” sambil menarik tangan ibunya ke bilik air, Simon hanya mengekori dibelakang ibu dan Alif.

Alif segera membuka penutup mesin basuh yang tertutup rapat. “Ini Ibu”. Sambil menunjuk kedalam mesin basuh. “Apa yang ada kat dalam, hanya baju kotor Alif. Apa yang Alif Nampak?” Tanya Ibu kepada Alif. Alif berasa hairan sebab dia betul-betul telah nampak Bibik didalam mesin basuh tidak sedarkan diri. “Betul ibu, Alif nampak Bibik kat dalam ni” cuba meyakinkan Ibu. “ Ibu lupa nak bagi tahu ke Alif, Bibik ada call pagi tadi bagi tahu dia tak masuk kerja hari ni, sebab rasa badan tak sihat, sudahlah Alif, bawa Simon ke ruang tamu”. Sambil keluar dari bilik air “ aunty naik dulu Simon nak rehat, kalau nak apa-apa minta je kat Alif” Ibu meninggalkan Alif yang didalam ke bingungan. “Tapi Bibik”. Sambil Alif melihat Simon di muka pintu tandas.




Bersambung…

Kelas kami #1

 Seperti biasa keadaan dalam kelas begitu sunyi, kesemua murid duduk berdiam diri di tempat duduk masing-masing.

 Yang kedengaran cuma suara riuh rendah murid-murid dan guru-guru yang berusaha untuk memberi tunjuk ajar. Langkah seorang guru yang teragak-agak sedang menghampiri sebuah kelas yang paling menyeramkan dalam seluruh warga sekolah.

 Cikgu Shida melangkah masuk ke dalam kelas itu, semua murid yang ada telah siap sedia berdiri. Tanpa arahan daripada ketua kelas iaitu Murad, mereka semua serentak mengucapkan salam sebagai rutin kebiasaan seorang guru memasuki kelas. Cuma ucapan yang diberikan berbunyi agak seram sedikit dan cukup berbeza daripada ucapan yang biasa didengar daripada kelas-kelas yang lain.

 "Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Cikgu Shida!"

Tuesday 17 March 2015

Ayam Kuning Bujang

Dah berhari makan luar je, terasa kering dompet ni. Nak jimat kali ni AS masak Ayam Kuning Bujang. Sangat ringkas dan mudah. makan untuk 2-3 orang. 

Bahan-bahan:

Ayam (dipotong kecil) 500g
Kentang (potong wedges) - 3 biji
Tomato- (potong wedges) - 2 biji
Serbuk kunyit - 3 sudu
Bawang merah- 3 biji
Bawang putih- 3biji
Bawang besar- 1/2 biji
Lada padi- 11 biji (nak pedas tambah lagi)
Buah pelaga- 2 biji
Bunga lawang- 1 kuntum
Bunga cengkih - 3 kuntum
Minyak masak - 2 sudu
Lada Sulah- 1 sudu tea
Air- 700ml
Garam
Gula

Cara-cara:

Panaskan kuali dan masukan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukan air sedikit kemudian masukan kunyit masak sehingga mendidih. Masukan Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan lada padi, jangan biarkan serbuk kunyit hangit untuk mengelak masakan menjadi pahit. Masukan air biarkan mendidih, kemudian masukan ayam dan kentang letak, lada sulah,  garam dan gula secukupnya. Sebelum matikan api masukan tomato dan masak 1-2 minit dan matikan api. Siap untuk di hidang. 



Monday 16 March 2015

Realiti Sunyi - part 2

“Penatnya hari ni” keluh Alif sambil bebaring di sofa biliknya. Setelah penat yang berpaut hilang, Alif menyiapkan diri untuk mandi dan bersolat. Semua telah selesai, Alif terasa lapar dan bersedia untuk makan malam. Keadaan rumah masih sunyi tanpa sesiapa di rumah.

Alif ke dapur untuk mencari makanan, “Bibik oh Bibik!!” panggil Alif dengan suara kuat. “Mana pula Bibik ni pergi” Alif berkata perlahan sambil menjerang air menggunakan pemanas air elektrik.

Menunggu air mendidih, Alif memerhati bilik air belakang dengan lampu yang masih bernyala dari pagi tadi sebelum dia berangkat ke kuliah. Alif memberanikan diri untuk memeriksa sekali lagi. Dilihatnya keadaan hanya sama seperti pagi tadi. Alif ke bahagian almari penyimpaan sabun untuk diperiksa.

Ternyata setelah dibuka didalam almari tersebut Alif ketemukan sesuatu yang telah lama dicarinya iaitu baju pemberian sahabat lamanya Soer yang telah terputus hubungan kerana telah pergi ke luar negara. Alif terus teringat macam mana perkenalannya dengan Soer. Soer adalah anak kawan ayah yang juga bekerja sebagai pengkaji hidupan laut bersama-sama dengan ayahnya.

Kerana keakraban orang tuanya yang sering melawat kerumah, akhirnya Soer dan Alif berkawan baik. Tetapi secara tiba-tiba ayah soer terpaksa berpindah keluar Negara disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, sejak dari itu perhubungn Soer dan Alif telah terputus.

“Siapa yang sembunyikan baju ni disini” sambil mengambil baju tersebut Alif berkata dalam hatinya “Bilalah boleh kita boleh bertemu Soer, hampir 8 tahun kita tidak mendengar khabar” dengan tersenyum simpul. Alif membawa baju tersebut  dan dibawanya keluar dari situ.



Ketika Alif ingin keluar dari bilik air tersebut, terlintas dikepala Alif untuk memeriksa didalam mesin basuh automatik yang berada dipenjuru hujung bilik air tersebut. Dengan hati yang berdebar-debar Alif mendekati mesin basuh tersebut, fikirannya bercampur aduk untuk membuka penutup mesin itu atau tidak. Di kuatkannya tekad dan secara pelahan-lahan Alif membuka penutup mesin basuh. “BIBIK!!!!” jerit Alif.


Bersambung…

Sekolah

Awang : " dulu itu, aku sempat sekolah di Australia, tapi sayang . . . ."

Fatihah : " sayang kenapa ?"

Awang : " aihhhh, jangan panggil aku sayang lah! kn aku bukan siapa2 kamu , kenapa kamu panggil sayang . . . . "

Fatihah : " adeeeehhhhhhh (kuang hajaq) , siapa juga yang panggil sayang "

Sunday 15 March 2015

Cikgu

Pada suatu hari ada seorang budak bernama Hameed yang tinggal di sebuah kampung di Perak. Kesemua rakan-rakannya benci dengan kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Noraini. Guru kelasnya selalu memarahi Hameed dengan berkata "Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan awak ni Hameed". Pada suatu hari ibu Hameed datang ke sekolah untuk melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah. 

Cikgu Noraini berterus-terang dengan ibu Hameed bahawa Hameed sudah tidak dapat dilakukan apa-apa usaha lagi terhadapnya. Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain. 25 tahun kemudian, Cikgu Noraini mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit jantung untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yang sangat pakar dengan pembedahan tersebut. 

Cikgu Noraini tiada pilihan lalu bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan sekaligus pembedahan tersebut berjaya. Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor yang kacak berada di sampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum. Cikgu Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara. 


Semasa mereka saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba mengangkat tangannya dengan keadaan yang bersusah payah untuk memberitahu sesuatu. Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yang sedang Cikgu Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan mendapati Hameed yang bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum dia... 

Jika anda fikir Hameed adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak menonton filem Tamil atau Hindustan, atau terlalu banyak membaca buku-buku motivasi..

Cara letak LINK

Sebagai seorang blogger tentu telah sinonim dengan penggunaan pautan atau selalu senang dipanggil 'link'.

Sebenarnya link boleh membantu menghubungkan sesebuah laman blog atau web ke laman blog atau web yang lain dengan hanya satu klik sahaja.

Saturday 14 March 2015

Orang tua dibuang.

Di negara Jepun, dahulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke dalam hutan. Ada juga yang organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan.
Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya, agar tidak membebankan kehidupan anak - anaknya mereka.

Curang


Seorang isteri , ingin menguji suami nya. apakah tindakan suami nya andai dia meninggalkan suami tanpa apa2 sebab. begitu sahaja. Lalu si isteri menulis surat untuk si suami. 


"abang , saya dapat merasakan abang curang, dan saya ingin keluar dari rumah ini . selamat tinggal, halalkan makan minum saya. ampuni segala dosa saya." 

Selepas menulis surat dan meletak nya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di bilik nya. Ingin mengintai reaksi suami nyamembaca surat tersebut.


Tidak lama kemudian, suami nya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik surat nya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.

"hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang." 
Lalu suami nya melangkah keluar dari bilik nya, dan terus keluar dengan kereta nya.
Semasa isteri nya mendengar percakapan nya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang alamari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu ia membaca,

( "aku nampak kaki kau, sayang. aku keluar sekejap, beli roti. " )

Akmal, Ikmal dan Kamal #4

Sumber asal: http://awangkilat.blogspot.com/2015/03/akmal-ikmal-dan-kamal-4.html
 Selesai berwirid AK berjalan perlahan menuju ke pondok di tepi kolam depan surau. Waktu AK sampai ada beberapa orang penuntut lelaki di institut itu sedang rancak bersembang.

 AK hanya memberi salam dan mohon untuk rehat di pondok yang sama. Meraka tidak kisah dan mempersilakan AK masuk ke pondok tersebut. AK tidak berapa kenal dengan mereka kerana berlainan bidang yang diambil. Tidak lama selepas itu mereka meninggalkan pondok dengan tergesa-gesa. AK terkilan sebab mereka tidak memberi salam seperti biasa tapi AK cuba bertenang dan anggap mereka mungkin ada hal yang mustahak.

Friday 13 March 2015

Realiti Sunyi - part 1

Terjaga dari lena, Alif memerhati kawasan sekeliling yang agak asing buatnya. Alif cuba untuk bangkit dari alas timbunan kain dan tilam, dan menghampiri pintu untuk keluar. Dalam keadaan separa sedar Alif keluar dari pintu bilik sejuk dirumahanya. 

"Kenapa aku kat bilik sejuk pula?" sambil membersihkan dirinya yang sedikit berdebu. Bilik sejuk yang dulunya digunakan untuk meletakkan peralatan menyelam dan sampel kajian ayahnya tidak lagi berfungsi seperti biasa setelah ayahnya bersara. Setelah itu Alif merasa dahaga dan ke dapur rumahnya. "Bibik tak kerja ke hari ni?" Alif berkata sendiri sambil menuju ke peti sejuk. Jam ditangan Alif menunjukan pukul 7.00 pagi.

Alif mengintai melalui jendela dapur ke luar, keadaan masih samar-samar diluar dengan pancaran matahari pagi. Alif ingin ke biliknya semula,  namun terdengar bunyi dibilik air belakang, tempat selalu bibik menbasuh kain. "Kerja juga bibik hari ni", kata Alif didalam hati berlalu pergi. Bibik pembantu rumah warga indonesia yang selalu menyiapkan segala kelengkapan Alif sebelum ke kuliah. Belum sempat Alif berjalan jauh, terdengar bunyi besen jatuh dibilik air. Alif memanggil bibik " Bibik ok ke?" dengan pertanyaan tapi tidak berjawab.



Alif segera ke bilik air belakang tetapi tiada siapa disana, orang yang disangkanya Bibik ternyata tidak muncul lagi untuk bekerja pada hari itu. "Aik.. tak da pula bibik kat sini". Alif terus keluar dari bilik air dan menuju semula ke biliknnya. Alif yang tinggal disebuah banglo 3 tingkat yang telah diubah suai dengan ciri-ciri ala inggeris dengan dilengkapi perabot-perabot jati bermutu. Alif terus ke biliknya di tingkat 2. 

Rasa tidak selesa, Alif masih berfikir macam mana dia boleh berada dibilik sejuk pagi ni. Jam sudah menunjukan pukul 7.22 pagi. Alif kena bersiap untuk kekuliah hari tu. Tiada yang lebih penting bagi Alif selain daripada tuntutan ilmu. Alif segera bersiap dan meninggalkan rumah untuk ke kuliah. Perginya Alif dijemput oleh kawan rapatnya Simon seorang anak perniagaan berjaya yang berbangsa cina. Mereka terus ke kuliah bersama. 

Alif tidak menyedari ibunya tiada dirumah pagi itu akibat daripada terlalu memikirkan bagaimana dia boleh berada dibilik sejuk. Alif agak lewat pulang ke rumah kerana ada perbincangan kumpulan di kolejnya. Pulangnya Alif ke rumah dengan keadaan rumah yang masih gelap dengan lampu tidak dipasang. "Kemana semua orang dalam rumah ni, tak kan tak sedar hari dah malam" Alif mengomel kecil sambil memasuki rumah dan terus ke biliknya. 


Bersambung...

Akmal, Ikmal dan Kamal #3

Sumber asal: http://awangkilat.blogspot.com/2015/03/akmal-ikmal-dan-kamal-3.html
 Renungan tajam oleh gadis berbaju kurung hitam dan bertudung sedikit labuh juga turut hitam warnanya membuatkan AK berdebar. Debaran yang dirasa bukan bermakna AK sudah terjatuh cinta tetapi rasa takut yang memuncak dan AK pun menggeletar seluruh badan hihihi almaklumlah AK ni spesis penakut sikit. Tapi tidak disangkal yang paras rupa gadis itu jika diukir dengan senyuman tentu sungguh menawan.

 Cik adik ni siapa? kenapa tengok saya macam tu?" Tersekat-sekat dan terketar-ketar aku memulakan pertanyaan.

Wednesday 11 March 2015

Sup Ikan Bujang

Resipi sup ikan ni kalau tengah sejuk-sejuk musim hujan sedap juga makan dengan nasi panas. Kali ni AS nak kongsi sikit Sup Ikan Bujang ringkas sangat caranya tanpa menggunakan minyak

Bahan-Bahan:

Ikan Cermin (Longfin Trevally)/ Ikan Kembung (Horse mackerel) 1-2 ekor- (dibersihkan)
Bawang putih -3 biji (dihiris)
Bawang besar - 1/2 biji (dikupas)
Bawang merah- 3-4 biji (dihiris dan digoreng)
Bunga lawang- 1 kuntum
Bungah cengkih- 1 kuntum
Buah pelaga -  3biji
Air Asam
Garam

Cara-cara:

Masukan air dan air asam kedalam periuk dan didihkan. Masukan bawang putih, bawang besar, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan ikan cermin kedalam air yang mendidih, masukan garam secukupnya (nak pedas masukan 7 biji cili thai). 


Akmal, Ikmal dan Kamal #2

 AK sedang berdiri di lokasi di mana dua malam yang lalu AK telah mengalami pengalaman yang menyeramkan, cuma kali ini yang berbeza adalah hari siang. AK cuba memikirkan semula serba sedikit maklumat mengenai kejadian pada malam tersebut.

 Seingat AK suara perbualan antara Akmal, Ikmal, Kamal dan Intan ada menyebut berkenaan orang yang berada di dalam tandas. Erm.. Adakah orang yang dimaksudkan itu adalah AK?

Tuesday 10 March 2015

Bilis Asam Bujang

Hari-hari makan ayam terasa pula nak makan bilis, kali ni AS nak kongsi resipi yang sangat simple dan hanya menggunakan bahan-bahan asas. Jom kita mulakan untuk masak 1-2 orang

Bahan-bahan:

Bilis yang telah digoreng - 400g
Cili thai- 7 biji (dihiris)
Bawang putih - 3 biji (dihiris)
Bawang merah - 3 biji (dihiris)
Air Asam (25ml)
Air (40ml)
Garam
Gula
Minyak masak - 1 sudu

Cara-cara:

Panaskan minyak, tumis cili thai, bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau, masukan air asam air biasa sedikit agar bahan tumis tidak hangit. Masukan garam gula secukupnya. Masak sehingga air kering. (Nak nampak gelap letakkan kicap 1 sudu)


Monday 9 March 2015

Kenapa Rika??... End

Tinggal beberapa hari lagi Rika akan menghabiskan kajianya. Hari-hari terakhir Rika tiada benda yang pelik-pelik terjadi. My dad just recognize something was happened in this house. My dad cuba mendapatkan penjelasan daripada AS, "Abah tengok macam ada tak kena je? apa dah belaku sebenarnya" sambil membelek-belek helaian surat khabar lama. AS duduk disebelah my dad sambil menerangkan apa yang berlaku. 

My dad menunjukkan reaksi terkejut setelah mendengar cerita dari AS. Kemudianya my dad cuba mendapatkan Rika yang pada masa itu bersama-sama my sis di dapur untuk kepastian. My dad ke dapur seolah-olah ingin minum sambil duduk berhadapan dengan meja makan. My dad memulakan persoalan "Buat apa makan tengahari ni?" tanya my dad ke arah my sis. 

My sis membalas "Macam biasa je abah, hari ni masak asam pedas ikan tenggiri" dengan membuatkan makanan ringan untuk My dad. "Rika dah habis ke kajianya?"... " Ah'.. Rika ke pacik,,, owh.. sikit lagi, dalam dua ke tiga hari lagi Rika dah siap dan balik semula ke kampus". Sambil ketawa kecik. . " Rika betul ke pakcik dengar yang Rika  boleh nampak benda-benda tu semua?". Soal my dad tanpa melengah masa. 

"arr.. a'ah pakcik". Rika mengangguk. My dad terus memberi rujukan beberapa potong ayat untuk Rika baca dan fahami bagi menjauhi semua itu. Rika mencatat dan terus melakukan kerjanya. My dad juga memberi rujukan beberapa potong ayat untuk AS baca dan amalkan. Sewaktu menghampiri Rika, AS cuba membaca potongan ayat tersebut yang AS dah cuba hafal semalaman. Rika memberikan tindakbalas setiap  bacaan yang AS lakukan, Rika cuba melarikan diri. 

My dad cuba bertanyakan Rika tentang amalkan potongan ayat tersebut, Rika hanya tersenyum setiap kali diajukan soalan itu. Kini Rika mula berangkat untuk balik ke kampus, semasa menghantar Rika ke terminal, My dad ada juga membaca beberapa ayat, Ternyata Rika ada bersama-sama dengan makhluk tersebut dan mendampingi Rika sepanjang berada di rumah. Makhluk yang mendampingi Rika adalah seekor Jin, namun Jin terseut tidak memasuki rumah.  Mungkin itu adalah Ibu Jin kepada anak Jin yang telah dibunuh oleh mak Rika suatu masa dahulu yang telah dibuat perjanjian dengannya.

Sejak dari itu, Rika yang telah kembali ke kampus telah hilang perhubungan dengan My sis setelah menamatkan pembelajaranya. Semua rakan-rakan kelas My sis juga tidak tahu kemana hilangnya dan apa yang telah terjadi. Semua persoalan mulai timbul dengan ketiadaannya dan apa yang telah terjadi kepadanya dan Kenapa Rika??.


Tamat









Asam Pedas Bujang

Kali ni nak  kongsi Asam Pedas Bujang, walaupun bahan-bahan yang perlu digunakan telah diringkaskan dan hanya menggunakan bahan-bahan asas sahaja. So senanglah abang-abang dan kakak-kakak bujang kita nak cuba. Tidak terlalu rumit. Resipi untuk makan 1-2 orang.

Bahan-bahan:

Ikan kembung (mackerel) 2-3 ekor (telah dibersihkan)
Lada kisar- 7 sudu
Bawang putih- 3 biji (ditumbuk)
Bawang merah- 3 biji (ditumbuk)
Air asam (200ml)
Air (200ml)
Daun penumis (Daun kari/ Daun kesum)( Jika perlu)
Bunga Kantan - 1/2 kuntum (dihiris) (Jika perlu)
Minyak masak - Untuk mengoreng 
Serai - 1 batang (Jika perlu) (dititik)
Serbuk kunyit- 1 sudu kecil
Garam
Gula

Cara-cara: 

Goreng Ikan:
Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam, Panaskan minyak dan goreng Ikan sehingga garing dan alihkan. 

Asam pedas:
Ambil 5 sudu minyak gorengan ikan dan panaskan, masukan lada kisar, bawang putih, bawang merah, serai ( jika perlu) dan daun kari (jika perlu). Tumis sehingga naik bau dalam 3 minit dengan api sederhana. Masukkan air asam, air biasa, daun kesum (jika perlu) dan bunga kantan (jika perlu). Biarkan mendidih, kemudian masukan garam gula secukupnya dan akhir sekali masukan ikan yang telah digoreng. Biarkan mendidih selama 3 minit, siap untuk dihidang. 






Sunday 8 March 2015

Kenapa Rika ?? part 4

Pandangan Rika tepat ke arah AS, dia cuba untuk bersuara tetapi my mom menyedari kehadiran kami dah terus bertanya " Macam mana?, dah hantar semua?" sambil mengukir senyuman. AS menjawab pertanyaan my mom,"Dah, semua dah settle, diorang ucapkan terima kasih ke Ibu" sambil membalas senyuman my mom. "Sama-sama, baguslah kalau dah siap hantar semua" sambil berlalu pergi dari dapur.

AS terus mencapai gelas untuk minum air sambil duduk dihadapan Rika, AS mengulangi pertanyaan kepada Rika. Rika yang telah berada dalam keadaan tenang membalas pertanyaan AS,. " Sebenarnya masa Rika kecik, Mak Rika selalu melumurkan getah pisang ke kepala Rika, katanya untuk dapatkan rambut cantik, Mak selalu buat" katanya sambil memandang ke bawah. 

Jawapan yang diberikan Rika masih belum berpenghujung, AS cuba mengangguk tanda faham sambil membuat gerakan pertanyaan. Rika menyambung bicara dengan pelahan "Sebenarnya masa hari kejadian tu, macam biasa Mak akan potong pokok anak pisang dan getahnya dilumurkan ke kepala, tetapi hari tu waktu ingin senja, Mak terpotong sekali dengan 'anak benda tu' yang berada di anak pokok pisang tu, masa tu Mak masih tidak sedar, Mak masih lumurkan getah pisang tu ke rambut Rika".  katanya dengan nada perlahan dan hampir tidak kedengaran. "Lepas tu?." AS mencelah ingin mengetahui selanjutnya. 

"Lepas tu, masa dah lumurkan getah pisang ke rambut Rika, getah pisang yang dilumurkan ke kepala Rika mengalir dan terkena ke mata Rika, dan masa tu  Rika dah tak nampak getah pisang, Rika hanya nampak darah merah yang dilumurkan kepala Rika. Rika terkejut terus arahkan Mak untuk berhenti". katanya bersungguh. 

Rika menyambung ceritanya, " Jadi malam tu, Rika bermimpi ada berjumpa dengan satu makhluk besar yang menyatakan yang Mak Rika dah terpotong anaknya, dan dia nak Rika menjadi anaknya disebabkan Mak dah menyebabkan anaknya mati.". Suasana menjadi sunyi setelah mendengar penjelasan Rika. AS dah tak tahu nak bertanya soalan apa ke Rika. 

"Rika iakan saja, kerana masa tu Rika tak tahu apa-apa". katanya lagi. "Benda yang Rika maksudkan tu adalah Jin, dia yang akan jaga Rika seperti anaknya, Rika dah tak boleh nak buat apa". AS cuba mendiamkan diri. semestinya Jin yang di maksudkan Rika itu bersama-sama kami di dapur itu. AS cuba memberi jawapan simpati ke Rika, " Macam tu pula ye, bahayanya. Tapi sekarang Rika ok tak?"  kataku cuba untuk memberhentikan persoalan. Rika mengangguk sekali dua, dan kami terus berlalu pergi dari dapur, dan Rika terus masuk ke biliknya dan AS pergi ke Living room tempat my mom dan adik-beradik yang lain beristirehat. 

 Bersambung...



Akmal, Ikmal dan Kamal #1

Sekadar gambar hiasan!
 Sewaktu AK melanjutkan pelajaran di sebuah institut pendidikan, AK mempunyai ramai kenalan. Pada mulanya AK tinggal di dalam bilik asrama dengan enam orang penghuni, namun atas sebab-sebab tertentu AK berpindah dengan salah seorang rakan dalam bilik itu ke bangunan asrama sebelah. Di bangunan tersebut tidak ramai yang menghuni di tingkat 3 mungkin kerana malas nak naik tangga.

 Setelah selesai memunggah barang ke dalam bilik tersebut kami hanya tinggal berdua sahaja dalam bilik tersebut. Senang tak banyak kerenah, anak kunci pun ada lebih lagi. Pada mulanya kehidupan kami berlalu seperti biasa, siang hari kami menghadiri kuliah dan malam kami agak lapang untuk melakukan aktiviti masing-masing namun tidak dibenarkan keluar dari institut tersebut.

Saturday 7 March 2015

Kari Ayam Bujang

Katanya AK nak minta ajar resipi kari ayam dari AS. Ini resipi ringkas kari ayam AS. Untuk makan 1-2 orang.

Bahan-bahan:

Ayam 400g (dipotong)
Serbuk kari 1 paket (70g) - nak pekat boleh tambah lagi (make it slurry)
Ubi kentang - 3 biji (sederhana besar) (potong wedges) 
Bunga lawang (1 kuntum)
Bunga Cengkih (1 kuntum)
Buah pelaga (3 biji)
Kulit kayu manis ( 3 cm)
Lada kisar ( 2 sudu) ( jika perlu)
Bawang putih (3 biji, Ditumbuk) (jika perlu)
Bawang merah ( 3 biji, Ditumbuk) ( jika perlu)
Air asam jawa (50ml)
Garam 
Gula
Air (500ml) (sehingga ayam terendam)
Minyak masak - 3 sudu

Cara-cara:

Panaskan 3 sudu minyak masak,tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air (slurry) dan lada kisar sehingga kari masak. Masukan sedikit air, masukan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis, kacau seketika, kemudian masukan air asam jawa dan air biasa, biarkan mendidih, kemudian masukan kentang dan ayam. Biarkan kentang dan ayam masak sehingga empuk (dalam 10-15 minit, api sederhana). Masukan gula dan garam secukupnya. Biarkan lagi selama 3 minit. Sedia untuk dihidang. (Jika suka pedas cili padi bolehlah dimasukan kedalam Kari).


Ni kari bujang ringkas, bahan-bahan pun mudah didapati. Selamat mencuba.


Ghost Rider wujud!

Dulu sewaktu filem Ghost Rider begitu mendapat sambutan, sehinggakan ramai orang takut untuk keluar malam terutama sekali kanak-kanak.

Sebenarnya filem itu cuma cerita rekaan semata-mata yang sengaja dibuat-buat oleh orang dari negara barat dan bukan betul pun. Bagi aku filem tersebut tak masuk akal dan karut semata-mata. Watak hantu sengaja direka sebagai tarikan sahaja. Lagi pun hantu mana tahu menunggang motasikal. Hahaha.
Beberapa tahun selepas tayangan filem tersebut di pawagam. Aku berjalan kaki sahaja seorang diri pada waktu malam untuk balik ke rumah, jaraknya boleh tahan juga dalam 2KM apa boleh buat sejak Mikey basikalku yang setia telah meninggalkan aku.

Entah kenapa pada malam tersebut perasaan aku tidak tenang, sedangkan aku baru sahaja solat di masjid. Kebetulan malam tersebut adalah malam Jumaat jadi di masjid kami adakan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat.

Tiba-tiba ketika aku berjalan melalui sebatang jalan kampung yang gelap dan di kiri kanan jalan tersebut begitu semak dan serta adalah kawasan belukar. Aku tiba-tiba rebah dan menekup telingaku dengan erat.

Aku terdengar bunyi ganjil yang nyaring kuat dan bercampur-campur dengan bunyi motosikal, seretan rantai dan bunyi seperti jelaga api ditiup angin. Sungguh derita dan takut aku ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu.

Tidak lama selepas itu muncul kelibat mahluk yang begitu mengejutkan aku. Hantu.. rangka tulang manusia yang berapi-api turun dari motosikalnya datang menghampiri aku. Sungguh aku sukar percaya dengan apa yang aku lihat dan rasakan.

Semakin mahluk itu menghampiri aku semakin kuat bunyi yang menyakitkan telinga dan badan aku terasa seolah ikan disalai, namun aku tidak berdaya bergerak tubuhku terkulai lemah di atas tanah.

Hantu itu mengangkat kepalaku menyebabkan tengkuk aku terasa begitu sakit kerana menanggung berat badanku yang tergantung. Hantu itu seolah-olah mempunyai kuasa yang boleh memaksa aku melihat lubang mata pada tengkoraknya yang berapi itu.

Sebelum aku tidak sedarkan diri sempat aku berkata dalam hatiku. Rupanya kau wujud Ghost Rider. Janganlah kau apa-apakan aku...

Tiga hari kemudian aku sedarkan diri dan kelihatan ibu bapa aku berada di sisiku dengan wajah gelisah dan sedih. Mereka bertanya apa yang telah terjadi kepada aku namun aku hanya senyum semampu yang boleh kerana kulit pada bahagian mukaku melecur teruk dan aku tidak menceritakan perkara yang sebenar kepada sesiapa pun.

Sakit memang sakit.. tetapi mujurlah aku selamat. Namun aku muskil kenapa aku seorang sahaja yang dikatakan oleh orang kampung disampuk hantu api. Cis! Ini semua kerana seorang lelaki tua yang datang tanpa diundang mengaku dirinya bomoh kebangsaan yang ditauliahkan kerajaan konon hendak mengubati aku. Nampok benar nipunyer..

Aku beranggapan yang hantu Ghost Rider tu mungkin cuma lalu jalan tersebut pada malam itu dan kebetulan pula masa itu aku pun melalui jalan yang sama. Jadi mungkin sudah hobi dia nak siksa orang jadi aku pun kena jugalah malam itu.

Ambil masa yang lama juga aku nak sembuh tapi itu pun tidak sepenuhnya. Namun itulah kali pertama dan diharap kali terakhir aku terjumpa hantu itu.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi dilain cerita.

Kenapa Rika ?? part 3

Rika semakin resah, semua yang dilakukanya semakin tidak menentu. Kemana sahaja dia pergi ada sahaja mata-mata yang memerhati. Sehinggakan berada didalam rumah pun dia sentiasa ingin berteman. AS menjadi musykil apa sebenarnya telah berlaku dan apa punca terbuka hijap  Rika untuk dapat melihat benda-benda tu.

Rika hanya menghitung hari untuk dia berada disini bagi menyelesaikan projeknya di kawasan ini. Pada malam hari my mom ada buat sedikit juadah untuk diberikan beberapa bungkusan kepada jiran sekeliling, pada masa tu jam baru menunjukkan pukul 9.15 malam. My mom ask me for deliver all that thing, AS mengangguk tanda setuju. Sedang semua barangan tersebut siap dibungkus untuk dihantar, Rika menyahut untuk ikut. 

AS katakan kepada Rika, "Tak payahlah dekat je, lagi pun bukan banyak sangat", dalam hati AS malas nak ramai-ramai, apatah lagi Rika mampu untuk melihat 'benda-benda' lain, nanti haru biru dibuatnya. "Ala.. tak buat apa pun malam ni, nak jalan-jalan tengok orang kampung", kata Rika untuk turut serta. AS pun malas untuk berkata panjang "Jom", AS mengajak Rika bersama. Rika membawa beberapa bungkusan dan AS membawa beberapa bungkusan. 

Sepanjang perjalanan Rika gemar bercerita mengenai kerjanya yang dilakukan sepanjang hari ni. AS bertanya sedikit soalan agar tidak sunyi diperjalanan "Jadi, bila siap kajiannya?".. Rika membalas " Sikit lagi, nanti dalam 2 ke 3 hari lagi siaplah semua collect data".. "owh" kataku. Sampai dirumah tetangga yang pertama. Rika pantas memberi salam . "Assalamualaikum".. begitulah seterusnya sehingga rumah yang terakhir.

Perjalanan pulang, AS mula merasa lain, Rika yang tadinya rancak bercerita kini diam seribu bahasa dan berjalan dengan cepat. Persoalan timbul dan AS tanya ke Rika. " Kenapa?"..  Rika menggelengkan kepalanya sahaja, namun langkahnya semakin laju. Kaki AS mula mengikut rentak jalanan Rika. Tanpa sebarang kata, Rika mula berlari balik, AS tanpa berlengah terus berlari sama. 

Nafas turun naik AS mula mengeluarkan persoalan kepada Rika yang telah sampai terlebih dahulu. "Kenapa pula kali ni??".. " Tak rasa ke??" katanya ringkas. "Dekat pokok pisang yang kita lalui masa balik tadi, dia ada kat sana dia mula tengok kat Rika, so Rika diam je." cuba memahamkan AS. "Jadi dia dah kat mana?" AS cuba membalas dengan pertanyaan. " Dia balik ke pokok pisang tu semula" Rika masuk ke pintu dapur. 

Rika duduk di kerusi dapur, AS pula masih termengah-mengah berlari tadi. AS mula bertanyakan soalan yang menjadi kemusykilan sejak beberapa perkara telah berlaku. "macam mana Rika boleh dapat tengok semua ni" soal AS ke Rika yang tiba-tiba cuba untuk merahsiakannya. " Adalah masa dulu, bukan Rika nak pun", katanya.  AS masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Rika. " Apa kisah sebenarnya, apa yang telah berlaku, cuba share dengan AS", AS cuba mendapatkan kepercayaan Rika. Rika memandang AS dan mula untuk bersuara. 





Bersambung...

Friday 6 March 2015

Kenapa Rika ?? part 2


Kerana kejadian itu Rika semakin berhati-hati semasa berada dikawasan rumah. Pada petang itu AS, My little bro dan nephew menuju ke kawasan belakang rumah yang pada masa itu sedang rancak untuk dibersih untuk mendirikan beberapa biji rumah. Kawasan belakang rumah AS adalah jenis hutan berbukit dan banyak pokok buah, AS akan rasa tenang bila berada dikawasan tu dengan keadaan yang sejuk dan selesa bagi AS.

Petang tu AS meninjau kawasan hutan yang telah diratakan. Terasa rugi dan sedih dengan satu persatu pokok buah ditumbangkan. Lepas ni tidak boleh menikmati kemewahan buah-buahan lagi. Sedang AS dan yang lain memerhati keadaan sekeliling, muncul Rika dari hujung rumah membuat lambaian menuju kearah AS dan yang lain. 

Rika terus berkata dari jauh dengan suara kuat, "Buat apa tu?" dengan pertanyaan. AS cuma tersenyum. Nephew membalas sapaan Rika, "Jalan-jalan petang je kak", pada masa itu Rika telah menghampiri kami. Jalan beberapa minit dikawasan tanah yang telah diratakan dengan keadaan berdebu, AS mula melangkah untuk balik. My little bro dan Nephew masih bersama-sama Rika bermain lari-lari disitu. AS mula meninggalkan mereka.


Sedang AS berada jauh dan menghampiri rumah, AS menoleh ke belakang dan melihat Rika, Little bro and Nephew berlari semahunya balik ke rumah. AS menjadi pelik dan memulakan pertanyaan kepada Rika yang telah berada di hadapan AS, "Kenapa?". Dengan nafas turun naik Rika menjawab persoalan AS. " Kita masuk rumah dulu". 

Semua persoalan mulai timbul di kotak pemikiran AS apa sebenarnya telah terjadi. Rika cuba menenangkan diri, kemudianya membalas semula pertanyaan AS dengan nafas yang masih lagi berbaki. Rika mula bersuara, "Tadi masa AS dah balik, Rika tanya ke adik. Apa nak buat kat sini". Aku menggangu tanda mengerti, dan Rika menyambung ceritanya "Adik bagi tahu yang semua pokok-pokok hutan ni akan dipotong dan tak akan ada lagi yang tinggal." Lepas tu kataku secara senyap. "Lepas tu semasa adik berkata macam tu, semua 'benda' dalam hutan tu keluar menuju kearah kami, ada yang besar, menyerupai perempuan, berapi dan ada yang kecik". Aku mula mengerti apa yang cuba disampaikan Rika. 

'Benda' yang dimaksudkan Rika tentunya makhluk halus yang tidak boleh dinampak oleh mata kasar kecuali Rika. Rika mula menyambung semula ceritanya " Jadi kami lari sekuat hati daripada dikejar 'benda-benda' tu, dan masa dah menghampiri 'benda-benda' tu dah tak ikut". Rika berehat setelah menceritakan semuanya kepada AS. 

Keesokkanya my little bro dan Nephew deman panas sejak kejadian itu, Rika katakan kemungkinan Adik dan Nephew dah kena bahang panas 'benda' tu semalam dan menyebabkan demam. Sembuh selang sehari. 

Rika kata kat sini banyak sangat.


Bersambung...

Thursday 5 March 2015

Masalah kesuburan, BASIKAL!

Lelaki yang menunggang basikal berisiko dengan masalah kesuburan. Hal ini adalah kerana kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk terlalu lama boleh mengganggu kesuburan lelaki. Bukan itu sahaja, aktiviti berbasikal yang terlalu lama juga boleh menyebabkan tekanan pada bahagian buah zakar.
Sumber: Majalah Rapi
Tarikh: 15 September 2013
Susunan: Norhasliza Mohd. Shafi
Muka: 74

Roti Jala Bujang Sangat

Hihihi.. kali ini AK kongsikan sikit mengenai resepi 'Roti Jala Bujang Sangat'. Agak simple sesuai sangat untuk orang bujang yang nak try belajar masak.

Bahan-bahan:
- Tepung gandum - 1 cawan
- Air - 1 cawan
- Telur ayam - 1 biji
- Santan - 1/2 cawan
- Garam - 1 sudu teh
- Serbuk kunyit - 1 sudu teh

Cara menyediakan:
- Bancuh tepung bersama air dan santan, kacau hingga rata.
- Masukkan telur, serbuk kunyit dan garam. Kacau hingga sebati.
- Panaskan kuali kemudian sederhanakan api dapur.
- Ambil satu ceduk bancuhan dan tuangkan ke dalam kuali bagi membentuk juraian roti jala.
- Ulang langkah di atas sehingga bancuhan habis.
- Lipat atau gulung juraian roti jala tersebut sebelum dihidang.

Yea.. siap pun. Tapi kalau nak lagi sedap makan bersama kuah kari. Tak pandai masak kari beli je yang dah siap dalam tin. Hihihi apa kata kita minta abang Chef kita AS tolong post resepi kari bujang pula hihihi.

Sekian terima kasih.

Sosej masak terjun/ Sosej bujang

Resipi kali AS buat Sosej/hotdog masak merah. Simple je tapi mesti ada abang-abang bujang yang nak tahu jugakan. Jom mula masak. 

Bahan-bahan:

Sosej 1paket-10 batang dihiris
Sosej Goreng
Bawang putih - 3 biji dihiris
Bawang merah- 3 biji dipotong dadu (mana-mana pun boleh)
Lada kisar- 7 sudu
Garam- 1/2 sudu
Gula - 2 1/2 sudu
Air asam jawa- 50ml
Air - 150ml
Minyak masak- untuk mengoreng


Cara-cara:

Panaskan minyak dan goreng sosej yang telah dipotong. Angkat dan alihkan sosej dari minyak. Guna kuali baru, ambil 3 sudu minyak dari gorengan sosej tadi dan panaskan, masukan bawang putih dan bawang merah, tumis 10saat guna api sederhana. Masukan lada kisar dan tumis sehingga lada masak (dalam 3minit) masukan sedikit air. Masukan air asam jawa, air, garam dan gula. Masak sehingga mendidih, kemudian masukan sosej yang telah digoreng. biarkan dalam 1-2 minit. Siap untuk dihidang.