Monday 9 March 2015

Asam Pedas Bujang

Kali ni nak  kongsi Asam Pedas Bujang, walaupun bahan-bahan yang perlu digunakan telah diringkaskan dan hanya menggunakan bahan-bahan asas sahaja. So senanglah abang-abang dan kakak-kakak bujang kita nak cuba. Tidak terlalu rumit. Resipi untuk makan 1-2 orang.

Bahan-bahan:

Ikan kembung (mackerel) 2-3 ekor (telah dibersihkan)
Lada kisar- 7 sudu
Bawang putih- 3 biji (ditumbuk)
Bawang merah- 3 biji (ditumbuk)
Air asam (200ml)
Air (200ml)
Daun penumis (Daun kari/ Daun kesum)( Jika perlu)
Bunga Kantan - 1/2 kuntum (dihiris) (Jika perlu)
Minyak masak - Untuk mengoreng 
Serai - 1 batang (Jika perlu) (dititik)
Serbuk kunyit- 1 sudu kecil
Garam
Gula

Cara-cara: 

Goreng Ikan:
Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam, Panaskan minyak dan goreng Ikan sehingga garing dan alihkan. 

Asam pedas:
Ambil 5 sudu minyak gorengan ikan dan panaskan, masukan lada kisar, bawang putih, bawang merah, serai ( jika perlu) dan daun kari (jika perlu). Tumis sehingga naik bau dalam 3 minit dengan api sederhana. Masukkan air asam, air biasa, daun kesum (jika perlu) dan bunga kantan (jika perlu). Biarkan mendidih, kemudian masukan garam gula secukupnya dan akhir sekali masukan ikan yang telah digoreng. Biarkan mendidih selama 3 minit, siap untuk dihidang. 






No comments:

Post a Comment