Friday 5 November 2021

Sushi Eggmayo Bajet

Sushi makanan jepun yang sangat popular diseluruh dunia. Cara masakan yang mudah dan ringkas serta pelbagai membuatkan makanan ini diminati.  Berikut cara mudah dan bajet Homemade Sushi.


Bahan-bahan:-

Nasi( tidak menggunakan beras sushi- small grain rice) ( Bahan A)

1 cup Beras

1 cup Beras pulut 

3 cup Air

(p/s: Sekiranya menggunakan beras sushi masak nasi seperti biasa.)


Perasa ( Bahan B)

2 tbs Gula

1 tbs Cuka

1 ts Garam

1 tbs Minyak Bijan


Bahan Inti/lain-lain (Eggmayo)

2 biji telur yang telah direbus

4-5 tbs Mayonnaise ( Japanese mayo disyorkan)

Rumpai Laut (seaweed) 50 keping (19.x2.7cm)

Telur Ikan (Tobiko)- pilihan


Cara-cara:

Rendam beras pulut (10-15min). Campurkan beras dan beras pulut yang telah direndam dan bilas. Campurkan air dan masak seperti biasa. 

Satukan semua Bahan B. Campurkan Bahan B kedalam nasi yang telah siap dimasak dan digaulkan. Gunakan penutup agar nasi tidak kering. 

Bahan Inti. Telur rebus dilenyek dan mayonis diletakkan dan digaul sebati. 

Nasi bolehlah dibentukan menjadi bujur dan dibalut menggunakan Seaweed dan diisi menggunakan inti telur mayonis dan diletakkan telur ikan diatasnya. Siap untuk dihidang. 

Selesai. 




Sunday 31 October 2021

Takoyaki


Takoyaki merupakan salah satu makanan yang digemari di Jepun dan mendapat ribuan peminat di Malaysia. Berikut cara mudah untuk menghasilkan Takoyaki dengan menggunakan bahan bahan yang ringkas. 

Bancuhan Tepung :- 


1 cawan tepung gandum

1 1/2 Sudu tepung jagung

2 biji telur

2 cawan air

1 Sudu kecil garam @ 1kiub pati ikan bilis/ayam

1 Sudu kicap cair

1 Sudu kecil bikarbonat

Cara-cara:-

Bancuhkan semua bahan bahan tepung tersebut sehingga sebati.

Bahan inti

200gm sotong/udang/ayam dipotong dadu

3 Sudu kicap manis

1 Sudu kecil garam

Cara cara :-

Campurkan semua bahan bahan tersebut dan masak diatas kuali sehingga sotong/udang/ayam masak sepenuhnya mengunakan api pelahan.


Cara memasak takoyaki:

Panaskan kuali takoyaki dan sapu rata mentega/minyak ke dalam kuali dengan api pelahan. Letak bancuhan tepung kedalam kuali berserta inti. Biarkan tepung mengeras sebelum digerakan menjadi separuh dan tambah tepung sehingga penuh. Putar putar bancuhan sehingga keperangan dan di angkat. 

Takoyaki boleh dihidangkan dengan sos takoyaki, hirisan ikan panggang dan rumpai laut panggang. 


Selesai.. selamat mencuba