Thursday 30 April 2015

kelebihan Buah Betik

Sebab AS baru je habis makan Papayas so nak kongsi sedikit mengenai betik..


Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Sebelum ini saya ada berkongsi khasiat dan kebaikan buah-buahan yang lain seperti buah Avokado, buah Delima, buah Belimbing dan buah Naga. Di bawah saya senarai 10 khasiat dan kelebihan buah betik.

1) Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.


2) Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.


3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.


4) Mengubati sakit-sakit otot 

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.


5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.


6) Mengubati tumit pecah-pecah 

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.


7) Dijadikan Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.


8) Sesual untuk merawat Hemoroid

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.


9) Kaya dengan vitamin c

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.


10) Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.


Wednesday 29 April 2015

Pengalaman Seram Asrama

Asrama selalu dikaitkan dengan cerita hantu, korang pernah mengalami pengalaman seram di asrama ? Cerita dibawah ialah pengalaman dari seorang rakan facebook. Cerita nie beliau hantar ke dalam inbox facebook aku untuk dikongsi bersama.

Tempat Kejadian : Sebuah Sekolah Di Terengganu
Jenis Hantu : Tidak Diketahui
Mangsa : Atiqah

Saya pernah mengalami pengalaman seram ketika menuntut di sebuah sekolah ( nama dirahsiakan ) di Kuala Terengganu. Sekolah saya memang dekat dengan hutan, kalau budak Terengganu tau kot sekolah ni. Saya mula belajar hidup di asrama ketika tingkatan 1 lagi. Memang menjadi perkara biasa di mana2 sekolah, pelajar senior akan buka cerita seram diasrama kepada pelajar junior. Lagi2 budak yang baru nak start tinggal di asrama.

Hari ketiga saya di asrama, pelajar senior mula menceritakan cerita hantu kepada saya dan pelajar2 junior lain. Hantu yang mereka cerita ialah hantu mengira. Pada mulanya saya nak tergelak sebab terlintas dalam hati ada pulak hantu pandai matematik. Tapi setelah dengar cerita sampai habis baru saya tau, hantu mengira tu ialah hantu yang mengira pelajar yang tak tidur malam.

Hari tu jugak saya kenal Julia, kami mula rapat sebab masing2 takut nak pergi tandas malam2. Kami saling menemani bila nak terkencing malam2. Pada mulanya kami berdua memang tak percaya cerita senior ni sebab sebelum saya mendaftarkan diri di asrama, abang saya dah bagitau awal2 supaya jangan dengar sangat cerita hantu ni. Cerita ni biasanya nak buat junior respect kat senior je. Si Julia ni pun awal2 lagi mak ayah dia dah cakap jangan percaya cerita hantu senior.

Nak dijadikan cerita, ada la satu hari ni saya memang tak boleh nak lelapkan mata. Katil Julia ni sebelah saya je, saya nampak Julia ni dah tidur nyenyak dah, yang lain pun dah tidur jugak. Saya tengok jam dah pukul 2 pagi. Saya cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh, mungkin sebab banyak sangat minum air Nescafe masa minum petang tadi.

Sedang saya berguling ke kiri ke kanan cuba nak lelapkan mata, saya terdengar macam ada orang buka tingkap bilik saya. Tingkap tu betul2 depan katil saya. Saya boleh nampak tingkap tu sebab semua katil dah disusun mengadap ke tingkap tu, katil saya yang ke-4 dari dinding. Saya tak fikir apa2 lagi masa tu sehingga saya terdengar suara “ satu, dua, tiga… “. Lepas saya dengar suara tu, saya terus teringat cerita senior masa mula2 saya mendaftar diasrama.

Saya mula meremang satu badan, saya dengar lagi “ satu, dua, tiga….empat tak tidur lagi…?? “. Saya makin tak sedap hati sebab memang saya katil ke-4 dari dinding. Saya baca semua surah2 yang saya hafal dalam keadaan sebutan yang berterabur. Benda tu mengira lagi “ satu, dua, tiga…empat tak tidur lagi…?? “.

Badan saya memang dah menggigil dah masa tu, saya cuba paggil Julia dalam suara terketar2. “Julia !! Ju.. Julia… Julia !! “ Tapi apa yang membuatkan saya makin menggigil dan menangis bila saya dengar benda tu cakap “ Julia dah tidur… “  dan disertakan hilaian ketawa yang sangat kuat. Saya terus menjerit “ PERGI !!!! “ Banyak kali jugak saya jerit sampai semua pelajar dalam bilik saya terbangun. Saya langsung tak berani nak pandang benda tu.

Dipendekkan cerita, hari esoknya tu warden arahkan semua pelajar perempuan berkumpul di tempat parking kereta asrama selepas isyak. Warden cakap dulu ada satu pokok besar di belakang asrama ni. Tapi sebab nak meluaskan kawasan tempat menyidai baju, pokok tu ditebang. Mungkin sebab tempat tinggal benda tu di kacau, sebagai balasannya pelajar pulak kena kacau dengan benda tu.

Sebelum ni pun dah ramai senior dengar suara mengira ni. Tapi diorang buat tak tau je sebab benda tu tak kacau atau sentuh diorang. Malam tu semua pelajar baca Yassin kat bilik masing2.

Sumber: Pengalaman seram asrama

Tuesday 28 April 2015

KISAH SERAM DI PETRONAS JALAN SUBANG AIRPORT

Aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb…. Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya… aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik… bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer… tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon… hampeh… badan letih boleh perah otak ke… tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi “Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau”, aku jawap ” Ok…” jer…,

Kepala otak menerawang… kat mana aku nak beli tengah malam buta ni…, sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda… merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la… janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb…

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah… selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu…., aku rasa lain macam jer…. bila masuk jalan besar… aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer… dalam hati aku berkata “something wrong somewhere” dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh… berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah….

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang… alamak kompom ada something kat kerusi
belakang …, lepas tu…. aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang… tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya…nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho….

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra…, bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam
keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti… kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan… mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya… sayangnya muka dia aku tak nampak… adakah secantik model kapal selam atau secantikmodel Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie… aku tak pasti…

Aku kata padanya “Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ” korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap… gagap… macam MB Selangor tu… kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali… tapi nak buat macam mana, darurat…beb… itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik… kalau tak macam manalah suara dia… sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya…

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik
sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi…, tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan….. terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu…

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada… aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dadaaku, perut aku semuanya tak tenteram… barcampur baur jadinya… tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang… macam takda apa-apa jer…. tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu… pelik juga… atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya… pasal tu takda respons…kecewa betul….

Sampai jer… kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia ” Ok… saudari kita dah sampai… boleh turun di sini” sambil menjeling cermin pandang belakang… alamak apasal dia ada lagi… tak nak turun ke… dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula… kacau macam ni…dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang… minah tu dah takda…, aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian…. wokeh … kompom dia dah blah… masa bila dia keluar pun aku tak tau… pantas betul…

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah… aaminnn…. dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and
becareful dan aku pun apalagi… pecut kereta semahunya… aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer… berdesup perginya… tengok meter… fuhhh… 160… aku slowdown… sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi…. manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi… sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan… macam bau bunga melor kalau tak silap aku… dan aku pun malas nak ambik pot… sangat… pasal bau tu… janji aku selamat.

Sampai jer… di luar pagar rumah… aku teringat pesan orang tua-tua… aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layanastro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki,
ludah kiri kanan dan masuk rumah…. cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata…. masih terbayang-bayang lagi pada minah tu…. adakah aku dah jatuh cinta padanya…. ha..ha..ha… minta laluan… minta…laluan… idak ler…teman…

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh… mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya… apa pun syukur alhamdulillah… sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya… padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh…. bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu… dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.

Jadi itulah pengalaman “Jangan Pandang Belakang” yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi… tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu… manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu… untung sabut timbul… boleh buat bini…

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi… aku ingatkan hanya rekaan semata-mata… rupanya real…. wa cakap lu…. tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya… sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua… walau apa pun…

Innalillah..hiwainalillah…hirrajiun…. semuanya dalam kekuasaanNYA.

Sumber : Takaful Hajj 2u 

Monday 27 April 2015

Misteri Wad Bersalin

Assalamualaikum. Ini lagi satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.
Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.
Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.
Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..
Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…
Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Seram
Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang kan mengantuk kami baca buku atau berborak.
Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap, “Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah.” Dia tanya saya lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi.” Dia geleng kepala je…
Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain sangat.
Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi apasal mu senyum.. mu bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan sapa?” Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..
Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??” Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. “La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah.” Kawan saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.
Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke mu sembang dengan akak tu??” Saya cakap, “betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak..” Saya cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya cakap lagi, “mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus istighfar banyak²..
Memang terkejut sangat. Sepanjang malam tu saya fikir.. “Biar betul, habis limau yang dia bagi tu apa.. Tak kan aku mimpi kot..” Bisik hati saya.. Sekali saya tengok dalam beg saya.. Dalam tu bukan limau.. Tapi batu. Subhanallah.. Sangat seram peristiwa yang saya alami.. Pengalaman saya kerja di hospital.. Kalau tak faham maaf ye.. Cuba fahamkan ye..
Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Kesimpulan
Macam mana kisah seram wad bersalin yang penuh misteri ni?? Korang boleh faham ke tak cara dia nak menyampaikan cerita seram ni?? Aku harap korang dapat la apa yang cuba dia sampaikan ye. Kesimpulannya, jangan ingat kalau kita jumpa seseorang tu dia adalah manusia. Kita tak tahu sama ada dia manusia ataupun jelmaan semata-mata. Sekian, terima kasih.

Sunday 26 April 2015

Teksi usang

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas mahgrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid alsyahidahh kami.

Setibanya dipersimpangan bedok/chai chee, kereta kami tiba-tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapatkan bantuan. Malangnya beliau bekerja shift malam hari tu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

Kami terus berjalan perlahan-lahan disepanjang bedok/chai chee sambil melihat lihat kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuat teksi pun kelihatan.

Dalam keadaan bosan menunggu, tiba-tiba entah dimana, munvul sebuah teksi yang berhenti betul-betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahanya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambil mengucapkan rasa syukur.


Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ke tempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/ chai cheek e eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20minit sahaja.

Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar-benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami.
Sempat juga saya bertanya. “ Apek kami nak ke Eunos Cresent! Lu bawak kemana ni?”. Apek tadi hanya mengganguk kepalanya.

Bertambah gementar saya seperti hendak menangis resanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat-ayat yang kami ingat.

Tiba-tiba, kami seperti kluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi it uterus berhenti betul betul dihadapan blok kami.
Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

Waktu saya menghulukan wang, alangkah terperanjantnya saya apabila menyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar-benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditanganya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukanya ke arah lain.

Tanpa bersuara, pemandu itu menolak pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak saya menyuruh saya turun dari teksi itu dengan segera. Saya yang dari tadi sepert terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutup pintunya kembali.

Alangkah terperanjatnya kakak saya sewatu hanya beberapa tapak sahaja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi susdah tidak kelihatan lagi.

Waktu penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjat apabila menyedari sebenanrnya kami bukanlah menaiki teksi, tetap sebuah kereta yang usang pada pandanganya, waktu itu saya melihat jam tangan hampir pukul 11.30 malam.

Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai cheek e Eunos crescent mengambil masa tiga jam 

Saturday 25 April 2015

Bilik Hostel Pelajar Perempuan

Kisah ini merupakan kisah seram sebenar yang di alami sendiri oleh palajar hostel perempuan. Beliau mengalami beberapa kejadian misteri sehingga beliau dirasuk oleh makhluk halus. Jom baca kisah seram ini sepenuhnya.

Kisah Seram Misteri Hostel Pelajar Perempuan

Kisah seram ini bermula masa Sha mula-mula masuk semester 1.. Sha dapat bilik di blok Damai 3 aras 2 bilik 33 hostel pelajar perempuan.. Bilik yang Sha dapat ni bukan la berhantu. Tapi bilik Sha berhadapan dengan bilik yang tak diketahui siapa penghuninya. Sha ni kan peramah orangnya.. Semua orang Sha tegur dan berkawan.

Tapi ada seorang je budak aras Sha tak pernah tegur dia.. Tapi Sha selalu jugak berbalas senyum dengan dia.. Tapi budak perempuan ni, kadang² je dia senyum. kadang² dia tak senyum langsung.. Tapi muka dia bapak masam plus scary kot..haha.. Suatu hari Sha tanye roomate Sha.. Nama dia Syira a.k.a keding.. Sha tanya kat keding ni.. “wehh, keding.. hang kenal tak budaq kat depan bilik kita tu..??” Sekali keding cakap camni.. “budak mana hang tanya ni..??” Sha cakap laa.. “budak prempuan duk depan bilik kita nii.. Takkan hang xnampak?” Keding pon jawab.. “hang gila apa..mana ada orang duk kat bilik depan kita ni”.

Sha geram.. Sha jwb balik.. “ade la senget oii..minah tu pepagi msti senyum kat aku”. Keding pun bagitau kat Sha, “Sha..kat depan tu tak ada sapa² duduk pun.. Hang tak percaya hang pi tengok depan bilik dia, tak ada pun kertas yang bagitau ada penghuni kat dalam bilik tu”. Jadi, Sha pun dengan muka confident nak pergi tengok kat bilik tu.. Skali Sha nampak perempuan yang Sha cakap kat keding tu. Masa tu Sha tak percaya cakap keding, sebab Sha nampak perempuan tu masuk bilik dia dan perempuan tu senyum kat Sha.. Bagi Sha keding tu mungkin tak perasan kot ade penghuni kat depan bilik 33 ni. Ataupun keding tu saja je nak kasi Sha rasa seram nak lalu kat bilik tu.

Satu hari ada seorang kakak AJK pusat Islam ni kena hesteria kat hostel perempuan Damai 3 aras 1 bilik 24. Kebetulan Sha lalu situ dan tiba-tiba je.. Ada sorang kakak ni panggil Sha, mintak tolong Sha masa tengah uzur. Tapi di sebabkan tak ada sapa berani pegang, Sha pon beranikan diri Sha untuk pegang kakak tersebut. Mula² pegang Sha rasa meremang bulu roma ni seram semacam dah satu badan.. Entah macam mana ada AJK pusat Islam lelaki datang tolong masa tu.. Sha pun balik bilik Sha sendiri. Semasa perjalanan nak balik bilik. Sha nampak ada benda merangkak ke arah Sha. Masa tu, Sha cepat² jalan balik bilik.. Bila dah sampai kat bilik, roomate Sha buka pintu bilik sebab dia panas. Sha masuk je dalam bilik.. Sha terus tutup pintu bilik Sha tu, sebab Sha takut menda tu masuk bilik.

Semasa Sha tengah baring, roomate Sha ni marah Sha sebab Sha tutup pintu bilik tu, dia cepat² pergi buka pintu.. Sha tak sempat nak cakap jangan buka. Masa tu apa lagi.. melambak benda tu masuk dalam bilik.. Sumpah masa tu, badan² Sha terasa kena cucuk² dan macam orang cubit kuat². Nauzubillah.. Sakit sangat masa tu.. Dah la benda tu terlalu buruk.. Duduk dekat Sha. Sha punya takut dan tak tahan sakit sampai Sha menangis², kakak MEKAR bawa Sha prgi ke surau Damai.. Tapi Sha makin teruk sakit.. Sebabnya Sha nampak benda tu terlalu banyak sangat².. Sampai Sha tak mampu nak tahan takut. Akhir sekali, Sha dibawa ke pusat Islam untuk di pulihkan oleh ustaz. Masa Sha dalam proses nak dipulihkan, macam² Sha lalui.. Sakitnya tak payah cakap la. Memang sangat sakit.


Tapi yang Sha pelik sangat.. Perempuan yang selalu Sha senyum tu.. Ada sekali kat dalam pusat Islam. Masa Sha dah nak pulih, ustaz tanya.. Apa yang Sha nampak sampai Sha terlalu takut..? Sha cerita la semua yang terjadi kat Sha. Dan Sha ade cerita, pasal perempuan Sha nampak tu.. Ustaz pun bukak la kisah perempuan yang Sha selalu nampak tu.. Sebenarnya perempuan tu, mati bunuh diri.. Sebab dia mengandungkan anak luar nikah. Baru laa Sha tahu cerita sebenar pasal perempuan misteri bilik hostel perempuan tu.. Betul la kata roomate Sha Sebenarnya bilik depan Sha tu tak ada penghuni dan bilik tu di tutup oleh sebab mempunyai macam² kisah seram dan misteri yang berlaku.


Semenjak dari peristiwa tu.. Sha dah tak nampak perempuan tu.. Misteri sangat perempuan yang duduk bilik depan tu. Tapi mungkin ade hikmah kenapa dia muncul dan bagi Sha sorang saja yang nampak diri dia.. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang² beriman..AMIN.

Friday 24 April 2015

Misteri Bilik No 8

Kisah seram ni berlaku tahun 2000.. Masa tu ada kursus dengan kawan² lain di sebuah Maktab Perguruan di utara tanah air.. Jadi masa daftar tu semua pelajar akan disebut nama, nama partner dia dan nombor bilik.. Maksudnya diorang dah pecah² la. So bercampurla sikit dengan budak² sekolah lain… Semua kawan² aku yg lain dah dapat bilik dan tiba giliran aku.. Dengan yakinnya aku dan kawan aku pun mencari² bilik masing².. Bilik dia nombor 6 dan bilik aku nombor 8.. Lepas kawan aku letak beg dia, dia ikut aku ke bilik aku pulak.. Terpana kami bila tengok bilik tu siap ada mangga lagi berkunci..

Lepas mengumam sesama sendiri kami buat keputusan ke bilik urusetia untuk pengesahan… Urusetia tu tanya… bilik nombor berapa.. Kami pun bagitau la.. Bilik nombor 8 tapi berkunci.. Urusetia tu dengan suara yang sangat mendatar jawab… Memang bilik nombor 8 tu kunci sebab tak boleh duduk… Bila check nama aku sekali lagi rupanya bilik aku nombor 11… Aku pandang muka kawan aku.. Dia pun pandang muka aku macam tak pecaya.. Memang kami berdua dengar bilik aku nombor 8 tadi.. Jadi dengan bingung² nya bawak beg masuk bilik nombor 11.. Lain sangat rasanya nombor 8 dengan 11.. Macam mana boleh dengar nombor 8 tu.. Kawan aku pun dengar yang sama..

Malam tu lepas Ice Breaking (pecah air batu) kami semua masuk tidur.. Roomate aku kata nak tidur bilik kawan dia jadi aku pun tumpangla tidur dengan kawan aku.. Masa tu dalam pukul 1 pagi, aku dan kawan aku tak boleh tidur… Yang roomate dia dah selamat belayar… Tiba² aku dengar bunyi macam bergaung… Sangat mengganggu.. Di ikuti bunyi ketukan pintu demi pintu bermula dari bilik hujung.. Ketukkan tu bukan macam ketukan biasa… Melurut dari atas ke bawah… Aku pandang muka kawan aku.. Aku tanya dia dengar tak? Dia angguk… Lega! Bukan lega apa.. Lega sebab bukan aku sorang je dengar.. Bunyi ketukan tu semakin lama semakin menghampiri… Kami berdua tengok roomate kawan aku relaks je dah lena….




Baca ayat Kursi pun dah lintang pukang.. Kami pejam mata rapat²… Sebab bunyi ketukan tu dah sampai bilik sebelah… Dalam hati aku berkata… “hang nak ketuk sampai pagi pun ketukla… Jangan buka pintu atau tunjuk muka hang dah”… Sampai kat pintu kami ketukan tu dirasakan sangat lama… Berulang² melurut² dari atas ke bawah.. Dan bunyi bergaung tu pun tak berenti² lagi.. Hampir pukul 3 baru berhenti…

Aku dengan kawan aku dah tak boleh lena… Bila dengar je azan Subuh kami terus lari pergi ke bilik kawan sorang lagi.. Tanya ada dengar bunyi ketuk pintu tak semalam… Diorang semua kata tak ada… Maknanya memang aku dan member aku yang pergi tegur bilik nombor 8 tu je la yang dengar… hmmm… Masa LDP pagi tu fasilitator tanya boleh tidur ke tak.. Sebab diorang pun ada yang terkena bilik panas… Banyak nyamuk katanya sampai terpaksa tumpang tidur ramai² bilik fasilitator lain.. Akhirnya sampai malam akhir kami tidur beramai².. Tapi Alhamdulilah tak ada gangguan…


Akibat dari kejadian tu hampir sebulan aku fobia tak boleh dengar orang ketuk pintu.. Kalau dengar je jantung aku berdegup kencang… huhuhu… Pengajaran yang aku dapat.. Bila pergi tempat orang.. Kalau ada benda² pelik aku tak tegur dah… Itulah pengalaman pertama aku.. Sekian, terima kasih..


Sumber: Internet.. 

Thursday 23 April 2015

THINKING OUT OF THE BOX

SETIAP hari Pak Samat melalui sempadan Siam dengan menunggang motosikal. Beberapa guni besar tersandang di belakang motosikalnya.

Pegawai kastam yang mahu menahan beliau bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Pak Samat."Turun dari motor, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pegawai Kastam terus mengambil guni-guni tersebut dan dengan pantas membukanya.

Sementara pasir itu diperiksa, Pak Samat ditahan di dalam lokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dengan diteliti, ternyata pasir yang dibawa memang pasir tulen dan tiada bahan lain selain dari pasir semata-mata.

Pak Samat dibebaskan. Pasir kepunyaannya juga dimasukkan semula ke dalam guni dan dia dibenarkan melalui sempadan Malaysia untuk ke Siam. Keesokan harinya perkara yang sama berlaku. Pegawai Kastam bertanya, "Apa yang kau bawa kali ini?", "Pasir" jawab Pak Samat.

Pegawai Kastam tidak berpuas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, namun guni tersebut tidak mengandungi benda lain selain daripada pasir semata-mata.Maka Pak Samat dibenarkan melalui sempadan dengan motosikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Akhirnya pegawai kastam itu telah pun bersara dan tidak lagi berkhidmat sebagai pengawal sempadan.

Pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dengan Pak Samat di pekan. Pegawai Kastam itu mengajak Pak Samat minum di sebuah kedai.Pegawai Kastam itu pun bertanya, "Aku hairan tengok kau melintas sempadan setiap hari tapi cuma bawa pasir, sebenarnya apa yang kau seludup?"


"Motosikal" jawab Pak Samat ringkas.


THINKING OUT OF THE BOX


Wednesday 22 April 2015

Anak soleh


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. .

Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allahs.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. . Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t .

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur.

Tuesday 21 April 2015

Saya Sayang Mak Saya

Untuk seorang anak.baca lah ni.tak sampai 5 minit pun. .
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata, memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku ..... Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku ......Mak .
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku ..... Mak
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut ...... Mak .
Bila bangun tidur, aku cari .......Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang ....... Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati .......Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah ........Mak .


Bila sedih , yang boleh memujukku hanya .......Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku ........Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma ........Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah........ Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku .........Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk ........Mak .
Aku selalu teringatkan ........ Mak .
Bila sedih , aku mesti telefon .........Mak .
Bila seronok , Orang pertama aku nak beritahu .......Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada .........Mak .
Bila takut , aku selalu panggil .......... " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah ........Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga ........Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu ........Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau ..........Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni ......... Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku ....... Mak .
Kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk ........Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku ..........Mak .
Yang selalu berleter kat aku .........Mak .
Yang selalu puji aku .........Mak .
Yang selalu nasihat aku ....... Mak .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ......... Mak.
Ucapan azimat mak "Biar org tak sayang kamu..... Mak sayang kamu"
Kini Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila seronok , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut harijadi, Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefon pasanganku !
Entah bila , aku nak telefon mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !
Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirim wang untuk mak
" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT-
SANGAT ! "
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya ! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya !
<<<<<<>>>>>>>>
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron,lalu menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak & terus membacanya .
Kos upah membantu ibu :
1) TOlOng pergi kedai :
RM4.00
2) TOlOng jaga adik :
RM4.00
3) Tolong buang sampah :
RM1.00
4) TOlOng kemas bilik :
RM2.00
5) TOlOng siram bunga :
RM3.00
6) TOlOng sapu sampah :
RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
"PERCUMA"
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata ,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .
Kasih ibu kasih sejati bawa ke hingga ke mati.
Saya sayang MAK saya !!

Monday 20 April 2015

Mertua

Ada sepasang suami isteri dalam perjalanan balik kampung, semasa didalam perjalanan mereka telah bergaduh..

Sepanjang perjalanan, mereka langsung tidak bercakap dan tidak bertegur sapa......

Kemudian, mereka melalui satu kawasan hutan yang penuh dengan monyet-monyet liar yang sedang berkeliaran.....

Si isteri menjeling suaminya sambil berkata dengan penuh sinis....



"Saudara kau ke ni???"...... dengan muka puas


Sunday 19 April 2015

Cerita abang tembikai

Berborak dengan seorang senior. Dia berkulit gelap, chubby dan boroi. Macam mamak sikit. Isterinya juga lebih kurang dengan dirinya.
Disebabkan dia ni sporting, sengaja ku ajukan soalan kepadanya. Masa tu isterinya pergi mencari sayur. Dia duduk di sebelah membelek-belek tembikai. "Maaf tanya, bang. Abang tak terfikir ke masa nikah dulu, nak dapatkan isteri yang cantik?"
Dia tersentak. Maybe soalan tu agak direct. Tapi, dia senyum saja. Orang matang, kan.
"Siapa yang tak nak isteri cantik. Lelaki mana yang tak nak?Tapi, bukan sekadar itu yang patut kau nilaikan. Bukan setakat rupa dan fizikalnya. Kau patut pergi lebih jauh dari skop sempit tu.
"Aku berkerut kening."Maksud abang?"Dia tergelak."Macam tembikai-tembikai depan mata kau ni. Adakah kau nilainya semata-mata dari kulit luaran? Tidak, kan?
Untuk bahagia, kau kena letakkan ketepi soal rupa. Soal agama letak yang utama. Soal jawab dia, sekurang-kurangnya solat 5 waktu tu cukup. Aurat tutup. Sempurna atau tak tu belakang kira, sebab tugas mendidik di bahu kau.
Then, kau kena fikir keluarganya. Kau boleh masuk tak dalam keluarga dia? Kau boleh kamceng ke tak dengan mak ayah dia, adik-beradik dia? Kau jangan pilih mentua yang pernah menyindir, menghina diri kau.
Contoh, pekerjaan kau dipertikaikan, gaji kau diungkitkan. Lama-lama, sabar kau cuma akan membawa kepada sakit hati, akhirnya jadi dendam bila benci mulai bertapak di sanubari. Mulalah kau tak nak balik rumah mentua sebab tak suka dengar, tak suka tengok muka. Dengan adik-beradik dia pun begitulah juga.
Nilaikan semua.Bernikah ni, bukan setakat dengan dia. Tapi, seluruh keluarga dia. Dia saja baik, tapi keluarganya layan kau dengan buruk, kau jangan keraskan hati nak jugak. Kau berundur saja.Pilih yang menyenangkan hati kau. Keluarga yang boleh menghormati dan menyayangi kau, menerima kau seadanya kau. Barulah kita rasa suka ziarah mentua, hati lapang. Bukan kau saja yang mereka terima, tapi keluarga kau juga mereka reda terima. Timbul rasa syukur dapat keluarga baru macam tu.
Seterusnya, kau kena nilaikan. Dia sendiri. Dia cerewet atau tidak. Kalau cerewet, kau jangan teruskan. Pilih yang lain.

Kau takkan senang duduk, nak berehat sikit pun tak boleh asyik membebel. Suruh itu dan ini. Queen control kau. Tak boleh macam tu.
Pilih yang bertolak ansur dan sederhana. Dia tak kisah tak ada aircond, janji ada kipas meja pun dah ok. Tak ada meja makan, makan bersila pun tak mengapa. Tak ada kereta, naik motosikal pun tak jadi masalah baginya. Tak ada duit, dia tak mengeluh. Dia ada duit, dia kongsikan dengan kau. Kau ada duit, kau pula belanja dia macam-macam. Begitulah hidup suami isteri dan nak bentuk keluarga yang bahagia.Bukan kerna rupa.
Bila hati tenang, ibadah pun lenang. Dia tenang, keluarga dia tenang. Semua orang tenang.
Apa lagi yang tak cukup?"Aku senyum saja mendengar kata-kata abang tu. Dia menambah sedikit di hujungnya,
"Sebab itulah aku pilih isteri aku. Atas sebab-sebab yang aku sebutkan tadilah. Kulit hitam ke putih ke, lemak banyak ke sikit ke, takkan pernah memuaskan nafsu mata.Kalau kau nak ikut nafsu mata, mata takkan pernah puas.Tapi kalau kau ikut kata iman, kau akan hargai segala yang kau ada. Segala yang realiti di depan mata.
"Aku salam tangannya. Hulurkan tembikai padanya sebagai hadiah. Ilmu yang lebih mahal harganya dari tembikai-tembikai yang aku jual.
Aduh. Bila Tuhan mahu menjentik hati.
cerita oleh: Muhammad Rusydi

Saturday 18 April 2015

Robbie Williams - Better Man

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Friday 17 April 2015

Michael Learn to Rock - Take me to your heart

Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won't let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat

Thursday 16 April 2015

Bebola Api

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1997-97. lama dah, tapi masih segar diingatan, aku bersama rerakan bercadang nak memancing lampam disungai Perak. Sebenarnya sangat banyak port untuk memancing lampam disekitar Bukit Chandan, tapi kami semua bersetuju nak memancing dibelakang masjid Ubudiah pasal sana sesuai untuk aktiviti memancing beramai-ramai. 
Walaupun dengar-dengar cerita tempat yang nak dituju agak keras, tapi disebabkan ramai dan musim lampam tengah rancak, hantu setan tolak tepi dulu... hehehe

Nak dijadikan cerita, dalam ramai-ramai tu ada seorang yang last minit cancel, pasal ada hal peribadi. kami pun ramai-ramai mengutuk budak yang tak jadi pergi tu kononya dia tu penakutla, anak emak la, memacam la kena kutuk budak yang tak jadi pergi tu.. hehehe..

Malam tu, dalam jam 9 kami bertolak kesana, semuanya bawak motor pasal kereta memang tak muat, Mana muat 9 orang naik kereta beb... hehehe..

Sampai je destinasi, kami semua kena turun melalui lereng bukit yang agak curam sebelum sampai ke tebing sungai yang mendatar. Lokasi sesuai untuk memancing, turun je di tepi tebing, tanpa banyak cerita semua pasang joran dah letak umpan. Umpan pula pakai perut ayam yang dah peram 2-3 hari, dia punya bau ... wow, hehehe... tapi apa nak buat, itu makanan peberet lampam. hehehe... kami semua duduk berbaris ditepi tebing sungai.

masa terus berlalu, ikan lampam dah banyak naik kedarat, tapi aktiviti memancing diteruskan , ikan tengah main takkan nak berhenti kot..

tiba-tiba.. jeng jeng jeng..

Plopp!! plopp!!

Bunyi air dilemparkan batu-batu kecil. Mula-mula kami semua tak endahkan bunyi air tu, sebab ingatkan bunyi air sungai berkocak, tapi lepas diperhatikan betul-betul, kami dapati bunyi itu terhasil daripada batu yang dibaling kedalam sungai.

pada mulanya, semua orang pakat-pakat buat tak tahu je dengan kejadian tersebut, tapi makin dibiarkan makin menjadi-jadi.. yang herannya, kami semua duduk sebaris dan kami semua duduk dekat dengan tebing sungai, kalau nak diikutkan logik akal, takkan seorang pun yang tak kena baling dengan batu, power betul orang yang baling tu.

Dan kami mulanya ingatkan orang yang baling batu adalah kawan kamu yang tak jadi pergi, tak puas hati kena kutuk punya pasal, saja je datang senyap-senyap dan nak takutkan kami semua. Jadi, semua orang pun bangun dan berjalan kearah lereng bukit untuk melihat samaada ada tak orang menyorok kat situ. cari punya cari tak ada. 

Adalah dua tiga orang yang mulutnya mak bapak dia tak ambil insuran dulu dah start maki hamun orang yang baling batu tu. hehehe... hati memasing mula rasa tak sedap. Kita orang pun patah balik ke tepi tebing dan duduk. baru je letak punggung kat atas tanah,

Bedebab!!!

Seketul batu sungai bersaiz lebih kurang bateri kereta jatuh betul-betul dekat tempat kami berkumpul, besar bateri kereta beb, kalau kena kepala tak tahula... terus semua bangun dah tengok ke tepi lereng, masa itulah kami nampak bebola api, sedang berpusing ligat betul-betul di tepi tebing. aku pulak time tu dah tengok kira kanan, kalau sorang start lari, aku pun lari jugak... takkan nak tunggu kot.. tapi nak lari kemana, sungai? mana nak lari.. tu yang terpacak je semuanya.. hahaha...

nasib baik ada sorang yang agak brave, dia azan.. elok jer dia melaungkan azan, bebola api tu terus berputar ligat dan terus terbang melangkaui kepala kami semua menuju ke seberang sungai.. masa dia terbang atas kepala ti, semua automatik meniarap atas tanah takut kena sambar, angin memang kuat time tu dan kami memang nampak dia terbang menyeberang sungai perak menuju ke seberang....

Terus semua bangun packing barang pancing terus balik, yang kelakarnya, masa packing semua berlagak cool, masa nak naik lereng bukit sekor-sekor kelam kabut nak naik dulu.. hahahahaha... dan yang paling bestnya, bila dah sampai ke motor, baru perasan yang ikan lampam tertinggal... hahaha... sorang pun tak berani nak patah balik ambik.. 



sekian...







Sumber: Penmerah



Wednesday 15 April 2015

Kuih Kacang Hijau Bujang (kuih kasturi/ rengas)

Selalu AS buat kuih untuk minum petang. Jadi kali ni AS nak ajar cara untuk buat kuih kasturi bujang. Semudah 1 2 3... jom kita mulakan

Bahan-bahan:
Kacang hijau- 200g
Gula- 3-4 sudu
Garam
Tepung- 200g
Kelapa parut (jika perlu)-100g
Minyak masak- untuk menggoreng

Cara-cara:
Rebus kacang hijau sehingga empuk, kemudian lenyekkan kacang hijau bersama-sama (kelapa parut), gula dan garam. Biarkan adunan kacang hijau itu sejuk pada suhu bilik. Setelah adunan sejuk tambah 1-2 sudu tepung sehingga adunan boleh dibentukakn kemudian bolehlah dibentukkan mengikut citarasa. Pastikan bentuk tidak terlalu tebal. Setelah semua adunan telah dibentukkan, bancuh tepung dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga nampak keperangan. Bolehlah dihidangkan


Tuesday 14 April 2015

Ibu

SEORANG SUAMI MENGAJAK ISTERINYA MAKAN SEPERTI BIASA. 
.
"JOM SAYANG KITA PERGI MAKAN KAT SATU TEMPAT TU, SEDAP SANGAT MAKANANNYA DAN TEMPAT YANG SANGAT ISTIMEWA PULA."
.
ISTERINYA PADA MULANYA DIAM DAN TIBA-TIBA BERKATA:
.
"SAYA SEBENARNYA LEBIH RELA ABANG AJAK SEORANG WANITA LAIN UNTUK MAKAN ISTIMEWA DENGAN ABANG..""
.
SUAMINYA TERKEJUT DAN BERTANYA SIAPA WANITA TERSEBUT.
.
ISTERINYA MENJAWAB, "AJAKLAH MAK ABANG."
.
"ABANG DAH TERLALU LAMA TAK MELUANGKAN MASA BERBUAL DAN MAKAN DENGAN MAK ABANG."
.
"SAYA SUDAH SELALU ABANG LAYAN SETIAP HARI TAK PERNAH TERLUPA..
ABANG PERGILAH LAYAN MAK ABANG PULA."
.
SUAMINYA TERKEJUT BERCAMPUR SEDIH DAN AMAT TERHARU. 
.
DIA TELEFON IBUNYA DAN MENGAJAK IBUNYA. 
.
IBUNYA TERKEJUT TAPI SANGAT GEMBIRA.
.
IBUNYA INGINKAN KEPASTIAN APAKAH BENAR
HANYA MEREKA BERDUA SAHAJA..
.
SI ANAK MENGIAKAN.
.
DIA PUN MEMBAWA IBUNYA MAKAN BERSAMA-SAMA DI TEMPAT ROMANTIK DAN ISTIMEWA ITU.
.
MEREKA BERBUAL PANJANG.
.
IBUNYA TERSENYUM PUAS DAN SANGAT GEMBIRA DAPAT MAKAN SERTA BERCAKAP-CAKAP PANJANG DENGAN ANAKNYA..
.
SI ANAK BERTANYA PADA IBUNYA.
.
"OK KE MAK?"
.
"MAK SERONOK KE?"
.
JAWABNYA IBUNYA,
.
"YA ANAKKU."
.
"SUSAH-SUSAH BAWA MAK KE SINI. "
.
"SERONOK DAPAT BERCAKAP-CAKAP DENGAN KAMU."
.
"NANTI SAYA BAWA MAK LAGI YA?”
.
JAWAB IBUNYA, 
.
"NANTI MAK PULA YANG AKAN BELANJA DAN AJAK KAMU KE SINI..
.
SETELAH ITU MEREKAPUN PULANG.
.
SI ANAK TERLALU SIBUK DENGAN KERJAYANYA.
.
SIBUK DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK SETIAP HARI..
.
TIDAK SEMPAT LUANGKAN MASA UNTUK MENELEFON IBUNYA YANG KESEORANGAN. 
.
JUMPA JARANG-JARANG SEKALI.
.
SATU HARI DALAM KESIBUKAN DIA TERKEJUT MENDENGAR IBUNYA SAKIT.
.
DIA KELAM KABUT MENINGGALKAN KERJA KERANA DIA MASIH SAYANG IBUNYA. 
.
APABILA SAMPAI DI HOSPITAL IBUNYA TELAH DIAMBIL TUHAN(MENINGGAL DUNIA).
.
DIA SANGAT SEDIH DAN MENYESAL KERANA MENGABAIKAN IBUNYA.
.
TIDAK BERAPA LAMA KEMUDIAN, DIA MENDAPAT KAD DARI TEMPAT MAKAN ISTIMEWA ITU.
.
TEMPAT MAKAN UNTUK DIA DAN ISTERINYA SUDAH DIBAYAR...
.
MEREKAPUN MAKAN. 
.
MASA MAKAN DIA DAPAT SEKEPING NOTA DARIPADA ORANG YANG MENEMPAH TEMPAT ITU.
.
RUPA-RUPANYA TEMPAHAN DIBUAT OLEH ARWAH IBUNYA. 
.
KATA IBUNYA, 
"TERIMA KASIH GEMBIRAKAN MAK, WALAUPUN HANYA SEKALI LUANGKAN MASA KAT MAK".
.
" MAK NAK BALAS DAN TUNAIKAN JANJI MAK. 
.
MAK DAH TEMPAH KHAS BUAT KAMU DAN ISTERI KAMU.
.
"SELAMAT BERGEMBIRA WAHAI ANAKKU."
.
LELAKI TADI DAN ISTERINYA MENANGIS TERESAK-ESAK.
.
ITULAH MAK.....
.
YA TUHAN, TIDAK TERBAYAR PENGORBANAN MAK.
.
TAK PERLU LAYAN MAK TIAP-TIAP HARI SEBAB KITA SANGAT-SANGAT SIBUK DENGAN KEHIDUPAN.
.
TAPI SEKURANG-KURANGNYA BUATLAH SESUATU DAN GEMBIRAKAN HATI MAK, SEBELUM MAK PERGI....
.
MALAM HARI BERDOA DAN MENANGISLAH PADA ALLAH MOHON KEBAIKAN BUAT MAK...
.
KADANG-KADANG ADA ORANG BERASA HEBAT KERANA BARU BERKHIDMAT SIKIT DENGAN MAK.
.
BARU BAGI SEDIKIT SUMBANGAN DGN MAK, DAH RASA MEMADAI .
.
SEBENARNYA KITA BELUM BUAT YANG TERBAIK KAT MAK....
.
KITA CUMA BARU NAK BALAS JASA MAK...
.
ITU PUN TAK TERBALAS SAMPAI BILA2.
.
MAK TUMPANGKAN KITA DALAM PERUT DIA SELAMA 9 BULAN
.
MAK BERSABUNG NYAWA MAK BAGI KITA LIHAT DUNIA NI
.
MAK BAGI KITA PERGI TADIKA
.
MAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH RENDAH
.
MAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH MENENGAH
.
MAK BAGI KITA BELAJAR DI UNIVERSITI
.
MAK BAGI KITA BEKERJA
.
MAK BAGI KITA BERKAHWIN
.
MAK BAGI KITA ADA ANAK
.
BUKAN MAK BAGI UNTUK LUPAKAN DIA..... 
.
MAK MANDIKAN KITA DARI BARU LAHIR SEHINGGA 6 TAHUN. 
.
MAK TUKARKAN PAMPERS ATAU LAMPIN DARI BARU LAHIR SEHINGGA 3 TAHUN. 
.
MAK MENYUSU SEHINGGA 2 TAHUN
.
MAK SUAP MAKAN SEHINGGA UMUR 3 TAHUN
.
MAK SIAPKAN MAKAN MINUM PALING KURANG 17 TAHUN.
.
MAK BASUH BAJU DAN SETERIKA BAJU KITA SELAMA 17 TAHUN.
.
MAK DUKUNG 3 TAHUN. 
.
MAK CUCI NAJIS 5 TAHUN. 
.
MAK BERDOA BUAT KITA SELAGI MAK BERNYAWA.
.
MAK SAYANG KITA SAMPAI KE AKHIRAT....TIADA KESUDAHAN....
.
KITA PULA SAYANG MAK, MACAMANA YA..?????
.
JADILAH ANAK SOLEH WAHAI ANAK-ANAK YANG MASIH ADA MAK.
.
HARGAILAH MAK KITA..
.
SAYANGILAH MAK. 
.
MINTA MAAF DENGAN MAK.
.
BUAT BAIK DENGAN MAK....
.
CAKAP ELOK2 DENGAN MAK
.
JAGALAH HATI MAK....
.
KUNJUNGILAH MAK....
.
BERBUALLAH DENGAN MAK
.
HUBUNGILAH MAK WALAU SIBUK MACAMANA SEKALIPUN.
.
ITUPUN JIKA SEMPAT.....
.
ITUPUN JIKA MAK MASIH BERNYAWA...
.
LAKUKANLAH TANPA BERLENGAH LAGI.....
.
ALLAH AKAN BANTU ANAK2 SEKALIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
.
AAMIIN.