Wednesday 1 April 2015

Memulihkan attrib

Kon ni chiwa,

 Assalamualaikum. Apa khabar? AK harap anda semua dalam keadaan yang sihat dan gembira selalu. Baiklah berbalik mengenai topik kita pada kali ini, AK ingin menceritakan serba-sedikit pengetahuan AK mengenai cara memulihkan attrib pada komputer dan peranti mudah alih(flash drive).

 Kenapa perlu dipulihkan? Soalan yang bagus, attrib perlu dipulihkan setelah mengalami serangan sejenis virus komputer yang mengubah attrib asal sesuatu peranti. Jika tidak berubah maka tidak perlulah attrib dipulihkan.

 Jika anda pernah mengalami pengalaman seperti AK yang mana, fail-fail dalam komputer atau peranti mudah alih disembunyikan oleh virus dan tidak dapat dipaparkan semula kerana menu Folder options... telah hilang atau menu tersebut masih ada namun apabila butang 'Show hidden files, folders, and drives' diaktifkan namun fail-fail milik anda masih tidak dapat dipaparkan ini menunjukkan bahawa komputer atau peranti tersebut mengalami masalah attrib.

 Bagaimana AK tahu fail-fail disembunyikan dan bukannya dipadam oleh virus? Ha... Satu lagi soalan yang bagus, sebenarnya AK mengetahui fail-fail AK masih ada ketika melakukan imbasan menggunakan perisian antivirus. AK dapat melihat senarai nama fail-fail asal AK masih ada dan diimbas.

 Cara yang AK bakal tunjukkan sesuai digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP/7. Untuk jenis sistem operasi yang lain AK mohon maaf kerana tidak tahu caranya.

Langkah 1: Klik butang Windows + R kemudian taipkan cmd.exe dan klik Enter.

Langkah 2: Apabila tetingkap cmd.exe dipaparkan taipkan attrib g:*.* /d /s -h -r -s (Gantikan huruf g dengan huruf yang mewakili peranti anda.) dan klik Enter.

Langkah 3: Apabila baris arahan baru keluar dalam tetingkap cmd.exe dan ada tanda _ berkelip-kelip itu bermakna proses telah selesai dan anda boleh menutup tetingkap cmd.exe serta menyemak fail-fail dalam peranti tersebut telah dapat dilihat.

 AK berharap perkongsian ini dapatlah memberi manfaat dan menjadi sumber rujukan, apa yang AK paparkan adalah atas pengetahuan dan pengalaman AK sendiri. Sebarang masalah yang timbul selepas menggunakan cara ini amatlah AK kesali dan AK memohon maaf. Namun mengikut pengalaman AK bukan sahaja di komputer milik AK bahkan komputer lain milik rakan-rakan AK yang menghadapi masalah yang sama turut menggunakan kaedah yang AK tunjukkan dan tiada kesan buruk yang berlaku selepas itu. 

*AWAS! Jangan sesekali memasukkan apa-apa ayat arahan yang tidak diketahui tujuannya di dalam tetingkap cmd.exe kerana boleh menyebabkan banyak masalah lain timbul.

No comments:

Post a Comment