Thursday 16 April 2015

Bebola Api

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1997-97. lama dah, tapi masih segar diingatan, aku bersama rerakan bercadang nak memancing lampam disungai Perak. Sebenarnya sangat banyak port untuk memancing lampam disekitar Bukit Chandan, tapi kami semua bersetuju nak memancing dibelakang masjid Ubudiah pasal sana sesuai untuk aktiviti memancing beramai-ramai. 
Walaupun dengar-dengar cerita tempat yang nak dituju agak keras, tapi disebabkan ramai dan musim lampam tengah rancak, hantu setan tolak tepi dulu... hehehe

Nak dijadikan cerita, dalam ramai-ramai tu ada seorang yang last minit cancel, pasal ada hal peribadi. kami pun ramai-ramai mengutuk budak yang tak jadi pergi tu kononya dia tu penakutla, anak emak la, memacam la kena kutuk budak yang tak jadi pergi tu.. hehehe..

Malam tu, dalam jam 9 kami bertolak kesana, semuanya bawak motor pasal kereta memang tak muat, Mana muat 9 orang naik kereta beb... hehehe..

Sampai je destinasi, kami semua kena turun melalui lereng bukit yang agak curam sebelum sampai ke tebing sungai yang mendatar. Lokasi sesuai untuk memancing, turun je di tepi tebing, tanpa banyak cerita semua pasang joran dah letak umpan. Umpan pula pakai perut ayam yang dah peram 2-3 hari, dia punya bau ... wow, hehehe... tapi apa nak buat, itu makanan peberet lampam. hehehe... kami semua duduk berbaris ditepi tebing sungai.

masa terus berlalu, ikan lampam dah banyak naik kedarat, tapi aktiviti memancing diteruskan , ikan tengah main takkan nak berhenti kot..

tiba-tiba.. jeng jeng jeng..

Plopp!! plopp!!

Bunyi air dilemparkan batu-batu kecil. Mula-mula kami semua tak endahkan bunyi air tu, sebab ingatkan bunyi air sungai berkocak, tapi lepas diperhatikan betul-betul, kami dapati bunyi itu terhasil daripada batu yang dibaling kedalam sungai.

pada mulanya, semua orang pakat-pakat buat tak tahu je dengan kejadian tersebut, tapi makin dibiarkan makin menjadi-jadi.. yang herannya, kami semua duduk sebaris dan kami semua duduk dekat dengan tebing sungai, kalau nak diikutkan logik akal, takkan seorang pun yang tak kena baling dengan batu, power betul orang yang baling tu.

Dan kami mulanya ingatkan orang yang baling batu adalah kawan kamu yang tak jadi pergi, tak puas hati kena kutuk punya pasal, saja je datang senyap-senyap dan nak takutkan kami semua. Jadi, semua orang pun bangun dan berjalan kearah lereng bukit untuk melihat samaada ada tak orang menyorok kat situ. cari punya cari tak ada. 

Adalah dua tiga orang yang mulutnya mak bapak dia tak ambil insuran dulu dah start maki hamun orang yang baling batu tu. hehehe... hati memasing mula rasa tak sedap. Kita orang pun patah balik ke tepi tebing dan duduk. baru je letak punggung kat atas tanah,

Bedebab!!!

Seketul batu sungai bersaiz lebih kurang bateri kereta jatuh betul-betul dekat tempat kami berkumpul, besar bateri kereta beb, kalau kena kepala tak tahula... terus semua bangun dah tengok ke tepi lereng, masa itulah kami nampak bebola api, sedang berpusing ligat betul-betul di tepi tebing. aku pulak time tu dah tengok kira kanan, kalau sorang start lari, aku pun lari jugak... takkan nak tunggu kot.. tapi nak lari kemana, sungai? mana nak lari.. tu yang terpacak je semuanya.. hahaha...

nasib baik ada sorang yang agak brave, dia azan.. elok jer dia melaungkan azan, bebola api tu terus berputar ligat dan terus terbang melangkaui kepala kami semua menuju ke seberang sungai.. masa dia terbang atas kepala ti, semua automatik meniarap atas tanah takut kena sambar, angin memang kuat time tu dan kami memang nampak dia terbang menyeberang sungai perak menuju ke seberang....

Terus semua bangun packing barang pancing terus balik, yang kelakarnya, masa packing semua berlagak cool, masa nak naik lereng bukit sekor-sekor kelam kabut nak naik dulu.. hahahahaha... dan yang paling bestnya, bila dah sampai ke motor, baru perasan yang ikan lampam tertinggal... hahaha... sorang pun tak berani nak patah balik ambik.. 



sekian...







Sumber: Penmerah



No comments:

Post a Comment