Saturday 4 April 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #9


Dalam bilik asrama.

 "Wang, cubalah kau berteruterang dengan aku, apa yang terjadi sebenarnya? Aku kesihan melihat engkau begini, ini sudah dua kali orang jumpa engkau pengsan. Kali ini sampai demam pula," Ikhwan bertanya dengan nada yang bimbang.

 "Janganlah risau Wan, aku ok je. Sebenarnya aku pun tak tahu nak ceritakan apa-apa kepada kepada engkau, pasal aku sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya terjadi kepada aku," AK masih bingung demam dan sakit di seluruh badan.

 "Biar aku berterus-terang kepada engkau Wang. Sebenarnnya tempoh hari kali pertama kau dijumpai pengsan, sebelum itu aku nampak yang engkau jatuh dari kaki lima dekat dengan tandas. Aku betul-betul terkejut melihat apa yang berlaku, tetapi aku diamkan sahaja pasal engkau pun enggan menceritakannya,"

 "Wan, maaflah bukan aku hendak menipu engkau, tapi aku sendiri pun sampai sekarang tak faham apa yang berlaku sebenarnya,"

 "Perkara sebegini pernah berlaku ke sebelum ini?"

 "Sejak dari kecil aku memang selalu diganggu oleh perkara-perkara pelik yang aku sendiri tidak dapat tafsir dengan akal logik. Bila nak mengadu aku tak tahu nak cakap macam mana dan dengan siapa. Jadi aku hanya pendamkan sahaja, pasal aku anggap kalau aku cerita pun pasti tiada yang akan percaya dan aku akan dianggap penipu,"

 "Wang kita ni bukannya lama kenal, sebelum ini pun kita tak pernah jumpa. Tapi sekarang kita tinggal berdua dalam bilik asrama ini, biarlah susah dan senang kita hadapi bersama. Erm... Baiklah aku tak nak ganggu engkau lama-lama, jadi rehatlah dulu ya,"

 "Wan terima kasihlah sebab perihatin dan percayakan aku," AK cuma mampu tersenyum sedikit. Ikhwan juga membalas dengan senyuman dan berlalu keluar dari bilik meninggalkan AK.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment