Sunday 26 April 2015

Teksi usang

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas mahgrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid alsyahidahh kami.

Setibanya dipersimpangan bedok/chai chee, kereta kami tiba-tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapatkan bantuan. Malangnya beliau bekerja shift malam hari tu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

Kami terus berjalan perlahan-lahan disepanjang bedok/chai chee sambil melihat lihat kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuat teksi pun kelihatan.

Dalam keadaan bosan menunggu, tiba-tiba entah dimana, munvul sebuah teksi yang berhenti betul-betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahanya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambil mengucapkan rasa syukur.


Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ke tempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/ chai cheek e eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20minit sahaja.

Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar-benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami.
Sempat juga saya bertanya. “ Apek kami nak ke Eunos Cresent! Lu bawak kemana ni?”. Apek tadi hanya mengganguk kepalanya.

Bertambah gementar saya seperti hendak menangis resanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat-ayat yang kami ingat.

Tiba-tiba, kami seperti kluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi it uterus berhenti betul betul dihadapan blok kami.
Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

Waktu saya menghulukan wang, alangkah terperanjantnya saya apabila menyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar-benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditanganya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukanya ke arah lain.

Tanpa bersuara, pemandu itu menolak pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak saya menyuruh saya turun dari teksi itu dengan segera. Saya yang dari tadi sepert terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutup pintunya kembali.

Alangkah terperanjatnya kakak saya sewatu hanya beberapa tapak sahaja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi susdah tidak kelihatan lagi.

Waktu penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjat apabila menyedari sebenanrnya kami bukanlah menaiki teksi, tetap sebuah kereta yang usang pada pandanganya, waktu itu saya melihat jam tangan hampir pukul 11.30 malam.

Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai cheek e Eunos crescent mengambil masa tiga jam 

No comments:

Post a Comment