Thursday 2 April 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #8

 Cuaca pagi begitu indah dan cerah sekali. Berhampiran kawasan lubang pelupusan sampah kelihatan Intan dan Kamal sedang bertengkar.
 "Intan nampak apa yang Abang Mal buat terhadap Awang kelmarin, sampai hati abang Mal buat begitu apa salah Awang? Kesian Awang sudahlah abang Mal pukul dia hingga pengsan lepas tu biarkan sahaja dia terlentang kehujanan di situ. Apa sebenarnya tujuan abang Mal?"

 "Apa yang Intan nak peduli sangat pasal budak Awang tu? Abang Mal kan ada, sudah cukup untuk Intan!"

 "Abang Mal tak rasa bersalah ke? Dia bukan tahu apa-apa pun mengenai siapa kita yang sebenar. Kalau macam inilah, Intan tak ingin lagi berkawan dengan Abang Mal,"

 "Intan! Berani Intan nak putuskan persahabatan kita hanya kerana budak tak guna tu. Intan tentu tahu siapa budak tu yang sebenarnya bukan? Jadi kenapa Intan masih hendak membela dia?"

 "Abang Mal tak ada hak nak halang dengan siapa Intan nak berkawan! Intan tahu Awang itu siapa dan sebab itulah Intan hendak berkawan dengannya. Intan yakin dialah orang yang dapat membantu Intan dan abang Mal,"

 "Tidak Intan! Dia bukan manusia yang boleh dipercayai. Intan sendiri lihat tempoh hari jelaga hitam pada badannya, itu bukti yang kita tidak boleh percayakan dia,"

 "Terserah abang Mal! Mulai hari ini jangan dekati Intan lagi. Biarlah Intan selesaikan masalah Intan dengan cara Intan sendiri," Intan beredar dengan cepat meninggalkan Kamal.

 "Intan! Jangan menyesal. Jangan datang cari kami lagi jika dah susah. Pergi mamposlah dengan budak jahanam tu," Kamal terus ghaib meninggal tempat itu dan Intan melangkah pergi tanpa menoleh lagi.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment