Sunday 8 March 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #1

Sekadar gambar hiasan!
 Sewaktu AK melanjutkan pelajaran di sebuah institut pendidikan, AK mempunyai ramai kenalan. Pada mulanya AK tinggal di dalam bilik asrama dengan enam orang penghuni, namun atas sebab-sebab tertentu AK berpindah dengan salah seorang rakan dalam bilik itu ke bangunan asrama sebelah. Di bangunan tersebut tidak ramai yang menghuni di tingkat 3 mungkin kerana malas nak naik tangga.

 Setelah selesai memunggah barang ke dalam bilik tersebut kami hanya tinggal berdua sahaja dalam bilik tersebut. Senang tak banyak kerenah, anak kunci pun ada lebih lagi. Pada mulanya kehidupan kami berlalu seperti biasa, siang hari kami menghadiri kuliah dan malam kami agak lapang untuk melakukan aktiviti masing-masing namun tidak dibenarkan keluar dari institut tersebut.
 Nak dijadikan ceritalah AK ni bukannya spesis yang berani, seram juga kalau jalan di kaki lima asrama tu berseorangan waktu malam. Sudahlah banyak lampu yang tidak berfungsi dan banyak pula bilik yang kosong tidak bertutup pintunya. Tutup pun tak guna kalau angin bertiup pintu itu akan terbuka semula.

 Sepanjang melalui laluan kaki lima melimpasi setiap pintu bilik asrama yang kosong, perasaan AK selalu berdebar-debar, pernah juga AK terfikir kalaulah ada yang menyergah atau menakut-nakutkan AK masa tu tentu sahaja AK akan pengsan. Hahaha penakut juga AK ni kan? Hihihi yelah Ak bukan macam AS yang berani tu, dah malam pun berani bawa basikal lagi.

 Ha.. Suatu malam AK hendak ke tandas kerana hendak membuat sedikit pelaburan tanpa faedah hihihi faham-faham jelah ye.. Dengan membawa baldi, tawal, sabun, gayung dan lain-lain keperluan AK terus masuk ke tandas yang sering AK gunakan kerana di situ tandasnya lebih bersih berbanding yang lain.

 Ketika AK berada di dalam tandas tiba-tiba AK terdengar seperti empat orang sedang berbual, Ak agaklah pasal AK masih dalam tandas dan tak nampak mereka. Suara mereka jelas kedengaran, AK rasa mereka berbual di luar kaki lima berhampiran pintu masuk tandas.

 "Hai saya Akmal panggil je Mal boleh berkenalan?"

 "Selamat malam cik adik janganlah sombong, saya Ikmal boleh panggil Mal je,"

 "Kamu ni janganlah tegur macam tu! Cakaplah elok-elok dengan cik adik manis kita ni, Hai saya Kamal panggilan manja Mal,"

 "ish.. Mal kau ni kacaulah tepi sikit biar aku yang cakap pula,"

 "ish.. Apa pula aku yang tepi.. Ni si Mal seorang ni yang patut ke tepi,"

 "ish ish ish.. Abang Mal bertiga ni perangai macam budak-budaklah,"

 "ehh, boleh cakap rupanya kenapa diam je dari tadi?"

 "Wah.. Lembutnya suara, suka Mal mendengarnya boleh nyanyi sikit?"

 "ish.. Diamlah kau ni Mal, soalan Mal tadi pun dia belum jawab bagilah cik adik comel kita ni peluang bercakap,"

 "Yelah.. Aku diamlah sibuk je kau ni Mal!"

 "Ala janganlah bertengkar, saya Intan. Intan confuselah dengan nama abang bertiga tadi, itulah Intan diam," bercakap engan suara yang lembut bak suara buluh perindu.

 "Hahaha.. La.. Pasal itu je ke?"

 "ish Mal tak baik ketawakan cik Intan kita ni,"

 "Yelah tak patut betul kau ni Mal,"

 "ehh, maaf ye cik Intan bukan niat saya nak ketawakan cik Intan tadi,"

 "Tak apalah.. Intan memang selalu diketawakan, siapalah diri Intan ni.."

 "ish.. Kau ni Mal tengok cik Intan kita dah merajuk pasal kaulah ni,"

 "hihihi cik Intan janganlah marah sayakan dah minta maaf. Oh ye, cik Intan buat apa malam-malam kat sini?"

 "Intan tak marahlah. Intan tengah tunggu seseorang ni. Dia ada kat dalam tu masih belum keluar,"

 "ish.. Tengah tunggu seseorang yang ada kat dalam tu? Ala buat apa tunggu budak kat dalam tu dah lah dia tak pakai seluar. Hahaha,"

 "Yelah cik Intan, buat apa nak tunggu budak dalam tu! Budak tu dah lah spesis sombong dan tengok kepala dia pun dah macam bola rasa nak tampar je. Abang Mal bertiga ni dulu wakil sekolah sukan bola tampar tau. Lebih baik cik Intan bersama kami, kalau nak minta tolong apa-apa pun kami sudi membantu,"

 "Oh.. yeke? Ish.. tak sangka abang bertiga ni sudi menolong, memang Intan tunggu budak Awang kat dalam tu pasal nak minta tolong. Dah banyak kali Intan minta tolong tapi dia buat tak layan je.."

 "ish.. yeke? Tak patut betul budak tu! Nanti tahulah abang Mal ajarkan dia,"

 "ehh, cik Intan nak minta tolong apa ye?"

 "Nanti Intan ceritakan, jom kita lompat kat bawah tu nak?"

 "Ok jom borak kat bawah tu. Ada pondok boleh borak sampai pagi kan.."

 Tiba-tiba suara perbualan itu hilang, AK berasa sangat pelik, hairan, takut dan pelaburan AK pun dah terbantut. Dengan segera AK bersiap dan keluar dari tandas namun tiada sesiapapun di ruang kaki lima berhampiran tandas itu. Bila AK melihat ke bawah bangunan terdapat beberapa buah pondok untuk berteduh tapi Ak yakin tiada sesiapa di situ walaupun suasana agak gelap di sana.

 Tiba-tiba bulu roma AK meremang, seram sejuk rasanya. Tidak lama selepas itu AK cuba nak bergerak tapi tak dapat seperti ditahan oleh sesuatu. Nak jerit pun suara AK tak keluar. Pap! Pipi kiri AK terasa panas seolah ditampar.

 Bila Ak dah dapat bergerak AK pecut sekuat hati tanpa menoleh ke belakang. Ak masuk bilik dan terus berbungkus dalam selimut di atas katil. Ak tertidur dalam ketakutan, esok paginya AK jalankan penyiasatan sikit tanya berkenaan Intan, Akmal, Ikmal dan Kamal manalah tahu jika ada sesiapa yang mengenali mereka.

 Malang sungguh seharian AK bertanya kepada orang-orang yang telah tinggal lama di institut itu tapi seorang pun tak tahu mengenai mereka. AK mushkil Intan tu suara merdu Ak yakin dia perempuan tapi macam mana dia boleh berada di kawasan asrama lelaki. AK tak berpuas hati dengan sedikit keberanian esok AK akan jalan siasatan lagi.

Bersambung.. 

No comments:

Post a Comment