Saturday 14 March 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #4

Sumber asal: http://awangkilat.blogspot.com/2015/03/akmal-ikmal-dan-kamal-4.html
 Selesai berwirid AK berjalan perlahan menuju ke pondok di tepi kolam depan surau. Waktu AK sampai ada beberapa orang penuntut lelaki di institut itu sedang rancak bersembang.

 AK hanya memberi salam dan mohon untuk rehat di pondok yang sama. Meraka tidak kisah dan mempersilakan AK masuk ke pondok tersebut. AK tidak berapa kenal dengan mereka kerana berlainan bidang yang diambil. Tidak lama selepas itu mereka meninggalkan pondok dengan tergesa-gesa. AK terkilan sebab mereka tidak memberi salam seperti biasa tapi AK cuba bertenang dan anggap mereka mungkin ada hal yang mustahak.
 Kini AK khusyuk menghayati pemandangan malam yang samar-samar disirami cahaya lampu jalan. Tenang terasa tambahan lagi AK berzikir dengan suara yang sederhana.

 "Assalamualaikum, adik Awang.. Sungguh asyik duduk bersantai di sini," Intan menyapa AK namun kelibatnya tidak kelihatan. AK tercari-cari dari mana suara itu.

 "Kalau ye pun jawablah salam Intan dulu," alunan suara manja geram Intan.

 "Waalaikumussalam, Intan ada di mana?" AK menjawap salam sambil tersipu

 "ish.. Lupa pula nak jawab salam. Ehh! Tapi boleh ke jawab salam dari hantu ek?" Bisikan hati AK.

 "Wah.. Sedap hati dia je kata Intan hantu. Nanti Intan sekeh kepala tu baru tahu," Intan bertambah geram.

 "Ehh! Macam mana pula intan dengar apa saya cakap dalam hati?" AK terkejut sikit.

 "hihihi adalah.." Intan cuba berahsia.

 "err.. Cik Intan saya ada banyak perkara nak tanya ni, tapi sekarang cik Intan ada di mana? Saya tak nampak pun."

 "hihihi dari tadi lagi Intan ada kat kolam ni sambil menari-nari tapi hairan kenapa kali ini Awang hanya boleh dengar suara intan dan tak nampak Intan macam tadi?"

 "Manalah saya tahu. Sebenarnya cik Intan ni siapa dan mahluk apa?" AK cuba memberanikan diri untuk bertanya.

 "Ala.. Intan ni sama macam Awang manusia juga tapi ada kelebihan sikit je.. Sebenarnya panjang ceritanya macam mana Intan boleh jadi bergini tapi takut nanti Awang tak percaya pula kalau Intan ceritakan,"

...

 Dalam pada masa yang sama sekumpulan AJK surau sedang duduk melepak di kaki lima surau tersebut sambil minum air kopi panas dan berjuadahkan biskut kering.

 "Aduh.. Penat sungguh rasanya, hari-hari kita je yang kena kemas surau ni tak ada orang lain ke" nada merungut seorang AJK surau.

 "Apalah kau ni.. Buat kerja tu ikhlaslah sikit baru dapat pahala. Amal kita ni kira boleh dapat pahala besar tau sebab berbakti di surau iaitu rumah Allah ni," nada sedikit tegas menasihati kawannya.

 "Betul tu kita bukan sahaja dapat pahala besar, tapi ni biskut besar pun kita dapat tau. Sedap lagi tu walaupun tiada inti," bercakap sambil ada makanan dalam mulut.

 "Ish.. Kau ni pun satu asyik ingat makan je. Kalau tak ada makanan agaknya tak datang surau kut kau ni,"

 "Hei, korang cuba kamu tengok si Awang tu. Macam tengah mencari-cari sesuatu je, macam cakap dengan orang pun ada juga tapi dia seorang je kat pondok tu aku tengok,"

 "Iyalah macam tak betul je budak Awang tu. Nasib aku tak ambil satu bidang dengan dia, kalau tak tentu aku dah tak betul macam dia tu. Kesian.. ADUH! Ehh kau ni kenapa main cubit-cubit ni? Sakitlah,"

 "Ha! Padan muka kau. Itulah suka sangat mengata orang lain, kau tak tahu ke aku pun satu bidang juga dengan dia tapi aku taklah sewel," nada suara geram

 "hihihi aku gurau jelah. Lagi pun aku bukan maksudkan kau. Ha! Satu lagi mana ada aku sebut perkataan sewel tadi, aku cuma kata macam tak betul itu sahaja," mencari alasan membela diri sambil menggosok-gosok pehanya yang dicubit tadi.

 "Ah! Pandai kau nak cari alasan. Nasib kita ni satu bilik asrama kalau tidak aku dah sumbat mulut kau dengan biskut ni semua termasuk pinggan sekali satu pakej!" masih geram dan sempat bergurau.

 "Ala.. Biarkanlah. Yang penting dia tak ganggu kita, asal dia bahagia baguslah,"

...

Beralih kembali kepada Intan dan AK tadi.

 "Sebelum ini Intan selalu tegur semua orang yang ada dalam institut ni. Tapi seorang pun tak nampak Intan, terasa sangat sedih pula bila diingat kembali. Kemudian Intan terlihat Awang seorang yang pendiam dan baik jadi Intan selalulah perhatikan Awang. Sebenarnya Intan mula berminat nak kenal dengan Awang sejak kali pertama Intan dengar Awang melaungkan azan pada waktu subuh tempoh hari. Sungguh menenangkan jiwa Intan yang sering tak tenang ni. Tapi kenapa Awang dah tak azan lagi ye?"

 "O.. Jadi selama ini kira Intan ni mengintip sayalah, ish.. Tak malu sungguh mengintip lelaki. AK hanya berbual dengan Intan sambil memandang kelibat ikan yang sedang berenang dalam kolam ikan kerana masih belum boleh nampak Intan.

 "hihihi janganlah marah. Intan bukan ada niat tak baik pun. Intan cuma harap Awang dapat tolong Intan," terdengar sedikit sayu suara si Intan ni.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment