Wednesday 11 March 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #2

 AK sedang berdiri di lokasi di mana dua malam yang lalu AK telah mengalami pengalaman yang menyeramkan, cuma kali ini yang berbeza adalah hari siang. AK cuba memikirkan semula serba sedikit maklumat mengenai kejadian pada malam tersebut.

 Seingat AK suara perbualan antara Akmal, Ikmal, Kamal dan Intan ada menyebut berkenaan orang yang berada di dalam tandas. Erm.. Adakah orang yang dimaksudkan itu adalah AK?
 Kemungkinan juga orang dimaksudkan itu adalah AK amat tinggi kerana tiada sesiapa lagi orang selain AK di dalam tandas pada masa itu. Seingat AK Suara yang menggelar dirinya Intan ada menyebut nama orang yang ditunggu itu Awang. Jadi ini mungkin betul yang mereka berbual berkenaan AK. Akan tetapi kenapa mereka kata AK ini seorang yang sombong, tidak memperdulikan mereka dan tidak menolong walaupun si Intan kata telah banyak kali meminta pertolongang daripada orang tersebut. Betulkah orang yang mereka maksudkan adalah AK. Kalau benar ada sesiapa yanng meminta pertolongan tentu AK akan cuba membantu semampu AK.

 Ish.. AK semakin berasa pening dan tidak mengerti dengan apa yang terjadi, kejadian beberapa malam yang lalu begitu mendatangkan kesan yang mendalam kepada AK. Sebenarnya AK amat yakin yang pada malam tersebut AK telah ditahan oleh sesuatu dan ditampar selepas itu.

 Dalam perbualan suara yang AK dengar itu, ada juga seperti mereka berkata hendak mengenakan orang yang berada dalam tandas itu. Mungkin betullah mereka maksudkan orang tersebut adalah AK kerana bagi Ak ada persamaan antara muka AK yang seolah-olah ditampar dengan bola tampar dalam perbualan mereka itu.

 Persoalanya lagi.. Ke mana mereka menghilang dan jika merekalah yang menampar AK bagaimana pula AK tidak dapat melihat mereka. Adakah mereka manusia yang halimunan, atau mereka adalah mahluk halus seperti iblis, syaitan atau jin. Aduh.. AK semakin pening.. AK tersandar penat berfikir di tembok penghadang kaki lima tersebut.

 Tiba-tiba muncul angin yang agak lembut bertiup mengenai muka AK dan selepas itu terasa badan AK seperti menembusi tembok kaki lima tersebut dan jatuh dari tingkat tiga tersebut. Bila AK membuka mata apa yang dapat dilihat kini AK sedang terapung-apung mungkin tiga atau empat kaki dari permukaan rumput. Kemudian AK kembali tidak sedarkan diri.

 Apabila AK sedarkan diri terus AK berasa sesuatu yang pelik apabila melihat begitu ramai rakan-rakan kenalan AK termasuk ketua institut beserta pensyarah berada di sisi AK. Situasi semakin parah apabila AK terdengar perbualan mereka secara senyap-senyap.

 "Ish.. Hitam betullah.."

 "Yelah.. Hitam.. tapi kenapa ye..

 Apa yang terjadi dan apa yang hitam AK pun tidak tahu. Apa yang Ak dapat rasa pada masa itu segala deria AK berfungsi dengan lebih tajam. Suara perbualan orang lain secara berbisik pun AK boleh dengar. Pandangan mata AK serta badan fizikal AK juga rasa begitu bertenaga.

 Tiba-tiba Tuan pengarah institut memulakan kata-katanya dengan pertanyaan. "Awang awak tidak apa-apa ke?" dengan antonasi suara yang serius dan sedikit bimbang.

 AK masih kebingungan dan cuma berkata "saya tidak apa-apa tuan,"

 Tuan pengarah institut meminta supaya orang ramai tidak berkenaan supaya beredar dan cuma tinggal beberapa orang sahaja dalam bilik tersebut termasuk rakan sebilik AK iaitu Ikhwan(bukan nama sebenar).

 Mereka yang berada dalam bilik tersebut secara bergilir telah menceritakan satu persatu apa yang terjadi kepada AK. Mereka telah membawa AK ke klinik sebenarnya tapi telah disahkan bahawa tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka kata mereka telah menjumpai AK sedang khusyuk serta lena melentangkan diri di atas tanah berhampiran sebuah pondok di kawasan bawah bangunan asrama.

 AK amat terkejut apabila mereka kata mata AK menjadi hitam kesemuanya namun doktor yang memeriksa AK kata tahap pengelihatan AK normal dan tidak terjejas. AK pun menceritakan perkara sebenarnya dulu ketika AK dilahirkan memang mata AK telah sedia ada sebergitu kejadiannya dan akan menjadi normal semula. AK cuba meyakinkan mereka dan seketika selepas itu mereka semua meninggalkan AK berdua dalam bilik tersebut bersama Ikhwan. AK masih yakin yang mereka masih bimbang, pelik dan dalam dilema pertanyaan yang tidak terungkai. Namun AK hanya mampu meminta maaf kerana menimbulkan kesusahan serta mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi membantu AK.

 AK maklumkan kepada Ikhwan yang AK mahu keluar untuk mengambil angin, Ikhwan seperti berat untuk melepaskan AK pergi namun dia hanya mengangguk sahaja. AK berlari dengan sepantas yang mungkin hihihi sebenranya AK nak ke surau untuk solat kerana waktu solat Zohor hampir tamat.

 AK amat kagum dengan kecergasan yang AK rasa pada masa ini, terdapat mata-mata yang memandang AK dengan rasa hairan mungkin mereka tahu apa yang terjadi kepada AK dan pelik pula tiba-tiba AK boleh berlari dengan cergas.

 Selesai menunaikan solat Zohor dan berjemaah solat Asar kini AK berada di tepi kolam ikan mini di hadapan surau. Sambil melihat air terjun buatan dan ikan-ikan yang berenang dari pondok berhampiran, terasa begitu lapang dan tenang sahaja jiwa AK.

 AK malas nak bersenam pada petang tersebut dan cuma menghabiskan masa di tepi kolam tersebut dan berzikir di dalam hati sehingga matahari mulai tenggelam sebelum waktu Maghrib tiba AK bergegas untuk kembali ke bilik asrama untuk bersiap mandi dan ke surau semula.

 Ketika masuk ke bilik kelihatan Ikhwan dan baldinya telah hilang, hihihi AK tahu dia telah pergi untuk mandi. AK pun segera bersiap untuk mandi, dalam perjalanan yang seperti biasa AK pernak lalui tiba-tiba AK terpandang seorang perempuan yang begitu cantik dan memandang tepat kepada AK dari dalam sebuah bilik asrama yang kosong. Ha.. Nantikan apa yang bakal terjadi berikutnya dalam utusan blog yang akan datang..

Bersambung..

No comments:

Post a Comment