Wednesday 18 March 2015

Kelas kami #1

 Seperti biasa keadaan dalam kelas begitu sunyi, kesemua murid duduk berdiam diri di tempat duduk masing-masing.

 Yang kedengaran cuma suara riuh rendah murid-murid dan guru-guru yang berusaha untuk memberi tunjuk ajar. Langkah seorang guru yang teragak-agak sedang menghampiri sebuah kelas yang paling menyeramkan dalam seluruh warga sekolah.

 Cikgu Shida melangkah masuk ke dalam kelas itu, semua murid yang ada telah siap sedia berdiri. Tanpa arahan daripada ketua kelas iaitu Murad, mereka semua serentak mengucapkan salam sebagai rutin kebiasaan seorang guru memasuki kelas. Cuma ucapan yang diberikan berbunyi agak seram sedikit dan cukup berbeza daripada ucapan yang biasa didengar daripada kelas-kelas yang lain.

 "Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Cikgu Shida!"
 "Waalaikumussalam dan selamat sejahtera murid-murid," seperti biasa suara cikgu Shida terasa gemuruh dan sikit perasaan takut. Cikgu Shida tidak berani memandang ke mata setiap muridnya di dalam kelas tersebut.

 Cikgu Shida merupakan seorang guru yang berpengalaman hampir 3 tahun mengajar di sekolah menengah. Namun setelah menerima arahan bertugas di lokasi lain, kini dia telah mengajar di sekolah menengah kebangsaan Tajau. Dengan bertugas sebagai guru yang mengajar subjek sejarah dan matematik dia juga telah menerima tugas sebagai seorang guru kelas tingkatan 2 Mawar.

 Setelah hampir sebulan berkhidmat kini dia rasa begitu menyesal kerana menjadi guru di sekolah tersebut. Cikgu Shida merenung dengan sebak ketika melihat gambar-gambar kenangan bersama rakan-rakan sejawat serta murid-murid kesayangan di sekolah yang dia pernah mengajar sebelum ini. Tidak semena-mena air matanya mengalir membasahi pipi, rindu yang amat sangat kepada seorang murid bernama Intan yang telah dianggap seperti adiknya sendiri.

 Cikgu Shida kini berada di dalam bilik berseorangan, dia tinggal di rumah teres yang khas untuk penginapan bagi guru-guru. Oleh kerana bilik guru-guru yang lain telah penuh dia terpaksa masuk ke dalam bilik yang kosong dan tinggal berseorangan. Ketika cikgu Shida sedang melayan perasaannya dengan membaca emel yang dihantar daripada rakan-rakan guru serta murid-muridnya dahulu tiba-tiba situasi bertukar menjadi gelap-gelita. Cikgu Shida menjerit kecil dan terasa begitu takut, hanya cahaya bulan mengambang penuh menyinari sedikit ruang bilik cikgu Shida.

 Pap! Tamparan yang sederhana kuat mengenai dahi cikgu Shida, dia menampar dahi dan menyalahkan dirinya sendiri.

 "Aduh! Habis kerja yang aku taip tadi tak 'tersave'. Inilah yang dinamakan penyesalan tidak berguna. Kenapalah elektrik ni putus pula masa-masa macam ni, sudahlah aku tak pasang bateri 'laptop' ni tadi," membebel seorang diri dalam gelap.

 Tiba-tiba muncul sesuatu menyerupai jelaga api berwarna hijau terawang-awang dalam bilik cikgu Shida, dalam keadaan yang panik dan takut cikgu Shida tidak mampu berbuat apa-apa kemudia dia terus pengsan.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment