Friday 13 March 2015

Akmal, Ikmal dan Kamal #3

Sumber asal: http://awangkilat.blogspot.com/2015/03/akmal-ikmal-dan-kamal-3.html
 Renungan tajam oleh gadis berbaju kurung hitam dan bertudung sedikit labuh juga turut hitam warnanya membuatkan AK berdebar. Debaran yang dirasa bukan bermakna AK sudah terjatuh cinta tetapi rasa takut yang memuncak dan AK pun menggeletar seluruh badan hihihi almaklumlah AK ni spesis penakut sikit. Tapi tidak disangkal yang paras rupa gadis itu jika diukir dengan senyuman tentu sungguh menawan.

 Cik adik ni siapa? kenapa tengok saya macam tu?" Tersekat-sekat dan terketar-ketar aku memulakan pertanyaan.
 Gadis itu menoleh ke belakang dan kemudian melihat pula ke sekeliling seolah-olah dia menyangka AK menegur orang lain dan bukannya dia. AK yang sejenak melihat tingkah lakunya kini berasa hairan. Sempat juga AK mengusap-usap janggut, walaupun sebenarnya AK tiada janggut pada masa itu.

 "Betul ke Awang dapat lihat Intan ni?!" Terpancar senyuman menawan dan tanpa AK sangka kedua-dua tangannya memegang lengan AK. Kemudian dia meloncat keriangan, AK semakin hairan dan binggung kenapa peristiwa ini berlaku kepada aku? Siapa gadis ini? Gadis ini hantu atau manusia? Kenapa dia ada di asrama lelaki? Dia sebut Intan!? Arghh.. Fikiran AK berkecamuk.

 "Ye! Ye! Awang dah nampak Intan," gadis itu melompat terkinja-kinja macam kanak-kanak riang sambil mengelilingi AK. AK hanya boleh berdiri terpaku di situ. Tiba-tiba dia berkata.

 "Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga Awang lihat Intan. Eh! Kenapa pelik je mata Awang hari ini? Alamak! Dah nak masuk waktu Maghrib ni, Intan nak siap pergi solat ni. Intan tahu Awang pun nak bersiap ke suraukan, lama Intan tak dengar Awang azan kenapa ek? Ah! Tak apa nanti malam lepas Isyak Awang jumpa Intan di kolam depan surau ye. Janji tau! Ok Intan pergi dulu. Assalamualaikum." Intan melompat ke ruang jendela yang terbuka dan hilang bergitu sahaja.

 AK masih terpaku dan berada seperti dalam sindrom bingung tahap melampau. Bila kesedaran AK kembali pulih segera AK mendekati jendela dalam bilik kosong itu dan melihat ke bawah namun Gadis yang menggelarkan dirinya Intan itu tidak kelihatan.

 "Wang! Kau buat apa di situ? Tak siapa nak ke surau ka?" Ikhwan yang baru dari tandas selesai mandi menegur AK dari pintu bilik kosong itu.

 "Kau ni Wan terkejut aku, hihihi aku ambil angin je kat sini," AK cuba memberi alasan.

 Setelah Ikhwan beredar sambil menjawab panggilan telefon bimbitnya AK pun segera ke tandas untuk mandi. Ha! Tentu anda nak tahu apa yang terjadi selanjutnya, harap bersabar jumpa lagi nanti ye.. Tata..

Bersambung...

No comments:

Post a Comment