Monday 16 March 2015

Realiti Sunyi - part 2

“Penatnya hari ni” keluh Alif sambil bebaring di sofa biliknya. Setelah penat yang berpaut hilang, Alif menyiapkan diri untuk mandi dan bersolat. Semua telah selesai, Alif terasa lapar dan bersedia untuk makan malam. Keadaan rumah masih sunyi tanpa sesiapa di rumah.

Alif ke dapur untuk mencari makanan, “Bibik oh Bibik!!” panggil Alif dengan suara kuat. “Mana pula Bibik ni pergi” Alif berkata perlahan sambil menjerang air menggunakan pemanas air elektrik.

Menunggu air mendidih, Alif memerhati bilik air belakang dengan lampu yang masih bernyala dari pagi tadi sebelum dia berangkat ke kuliah. Alif memberanikan diri untuk memeriksa sekali lagi. Dilihatnya keadaan hanya sama seperti pagi tadi. Alif ke bahagian almari penyimpaan sabun untuk diperiksa.

Ternyata setelah dibuka didalam almari tersebut Alif ketemukan sesuatu yang telah lama dicarinya iaitu baju pemberian sahabat lamanya Soer yang telah terputus hubungan kerana telah pergi ke luar negara. Alif terus teringat macam mana perkenalannya dengan Soer. Soer adalah anak kawan ayah yang juga bekerja sebagai pengkaji hidupan laut bersama-sama dengan ayahnya.

Kerana keakraban orang tuanya yang sering melawat kerumah, akhirnya Soer dan Alif berkawan baik. Tetapi secara tiba-tiba ayah soer terpaksa berpindah keluar Negara disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, sejak dari itu perhubungn Soer dan Alif telah terputus.

“Siapa yang sembunyikan baju ni disini” sambil mengambil baju tersebut Alif berkata dalam hatinya “Bilalah boleh kita boleh bertemu Soer, hampir 8 tahun kita tidak mendengar khabar” dengan tersenyum simpul. Alif membawa baju tersebut  dan dibawanya keluar dari situ.



Ketika Alif ingin keluar dari bilik air tersebut, terlintas dikepala Alif untuk memeriksa didalam mesin basuh automatik yang berada dipenjuru hujung bilik air tersebut. Dengan hati yang berdebar-debar Alif mendekati mesin basuh tersebut, fikirannya bercampur aduk untuk membuka penutup mesin itu atau tidak. Di kuatkannya tekad dan secara pelahan-lahan Alif membuka penutup mesin basuh. “BIBIK!!!!” jerit Alif.


Bersambung…

2 comments: