Saturday 7 March 2015

Kenapa Rika ?? part 3

Rika semakin resah, semua yang dilakukanya semakin tidak menentu. Kemana sahaja dia pergi ada sahaja mata-mata yang memerhati. Sehinggakan berada didalam rumah pun dia sentiasa ingin berteman. AS menjadi musykil apa sebenarnya telah berlaku dan apa punca terbuka hijap  Rika untuk dapat melihat benda-benda tu.

Rika hanya menghitung hari untuk dia berada disini bagi menyelesaikan projeknya di kawasan ini. Pada malam hari my mom ada buat sedikit juadah untuk diberikan beberapa bungkusan kepada jiran sekeliling, pada masa tu jam baru menunjukkan pukul 9.15 malam. My mom ask me for deliver all that thing, AS mengangguk tanda setuju. Sedang semua barangan tersebut siap dibungkus untuk dihantar, Rika menyahut untuk ikut. 

AS katakan kepada Rika, "Tak payahlah dekat je, lagi pun bukan banyak sangat", dalam hati AS malas nak ramai-ramai, apatah lagi Rika mampu untuk melihat 'benda-benda' lain, nanti haru biru dibuatnya. "Ala.. tak buat apa pun malam ni, nak jalan-jalan tengok orang kampung", kata Rika untuk turut serta. AS pun malas untuk berkata panjang "Jom", AS mengajak Rika bersama. Rika membawa beberapa bungkusan dan AS membawa beberapa bungkusan. 

Sepanjang perjalanan Rika gemar bercerita mengenai kerjanya yang dilakukan sepanjang hari ni. AS bertanya sedikit soalan agar tidak sunyi diperjalanan "Jadi, bila siap kajiannya?".. Rika membalas " Sikit lagi, nanti dalam 2 ke 3 hari lagi siaplah semua collect data".. "owh" kataku. Sampai dirumah tetangga yang pertama. Rika pantas memberi salam . "Assalamualaikum".. begitulah seterusnya sehingga rumah yang terakhir.

Perjalanan pulang, AS mula merasa lain, Rika yang tadinya rancak bercerita kini diam seribu bahasa dan berjalan dengan cepat. Persoalan timbul dan AS tanya ke Rika. " Kenapa?"..  Rika menggelengkan kepalanya sahaja, namun langkahnya semakin laju. Kaki AS mula mengikut rentak jalanan Rika. Tanpa sebarang kata, Rika mula berlari balik, AS tanpa berlengah terus berlari sama. 

Nafas turun naik AS mula mengeluarkan persoalan kepada Rika yang telah sampai terlebih dahulu. "Kenapa pula kali ni??".. " Tak rasa ke??" katanya ringkas. "Dekat pokok pisang yang kita lalui masa balik tadi, dia ada kat sana dia mula tengok kat Rika, so Rika diam je." cuba memahamkan AS. "Jadi dia dah kat mana?" AS cuba membalas dengan pertanyaan. " Dia balik ke pokok pisang tu semula" Rika masuk ke pintu dapur. 

Rika duduk di kerusi dapur, AS pula masih termengah-mengah berlari tadi. AS mula bertanyakan soalan yang menjadi kemusykilan sejak beberapa perkara telah berlaku. "macam mana Rika boleh dapat tengok semua ni" soal AS ke Rika yang tiba-tiba cuba untuk merahsiakannya. " Adalah masa dulu, bukan Rika nak pun", katanya.  AS masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Rika. " Apa kisah sebenarnya, apa yang telah berlaku, cuba share dengan AS", AS cuba mendapatkan kepercayaan Rika. Rika memandang AS dan mula untuk bersuara. 





Bersambung...

1 comment:

  1. seram sejuk pula baca ni..hehehehe...anyway ini cerpen ke?

    ReplyDelete