Saturday 28 February 2015

Misteri mata hitam.

Tentu ada yang tertanya-tanya pasal tajuk mata hitam kali ini kan? Ha.. sebenarnya kisah ini telah lama berlaku dan hanya diceritakan secara rahsia oleh atuk sebelah ayah AK.

Ceritanya begini, dulu AK dilahirkan pada awal pagi buta. ish.. kenapalah AK lahir masa-masa macam tu.. kesian emak AK terganggu tidurnya. Atuk AK menceritakan kepada AK yang sesudah selesau AK dilahirkan dialah orang yang mengazankan AK, kerana ayah AK tiada pada masa itu atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.

Sebenarnya semua orang yang ada pada ketika itu amat terkejut kerana AK lahir dengan mata yang hitam kesemuanya. tak seperti mata manusia normal yang masih ada warna putih mengelilingi anak mata.

Ayah, atuk, nenek dan saudara terdekat yang datang melawat ke hospital berasa simpati dan turut bimbang jika AK ini mengalami masalah pengelihatan. Banyak betul tanggapan mereka ketika itu ada yang kata AK ni akan butalah, rabun dekat sahajalah, rabun jauhlah, rabun ayamlah, rabun malamlah, buta kayulah dan banyak lagilah. Semua tanggapan tersebut hanya buat emak AK lebih berasa sedih dan nenek AK jenuh memujuknya supaya bertenang. Kesian juga pada emak AK pada masa itu, sudahlah masih sakit selepas melahirkan AK. Apa boleh buat masa itu AK masih kecil dan baru lahir belum tahu apa-apa lagi jadi tak dapatlah AK pujuk emak AK itu.

Namun setelah lebih 3 bulan berlalu, mata putih AK telah mulai kelihatan. Doktor pakar pun telah mengesahkan yang mata AK tidak sakit apa-apa dan pengelihatan AK normal. Pendapat mereka ketika itu apa yang terjadi hanya ujian tuhan untuk menunjukkan kekuasaannya kepada hamba-hambanya. Syukur kepada tuhan yang sehingga kini masih mengekalkan nikmat pengelihatan kepada AK.

Sekian dahulu buat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.


No comments:

Post a Comment