Friday 20 February 2015

Kelibat

Penat bertugas dari pagi hingga kemalam untuk menyiapkan sukanneka kelab. Semua kerja buat kat perpustakaan kat AS belajar dulu. Terdapat beberapa kerja lagi yang tidak dapat disiapkan pada malam itu, AS fikir hanya menyiapkanya ke-esokan harinya sebelum sukaneka bermula. Hari sukaneka yang dirancang telah bertemu harinya. Ingin datang awal memulakan kerja tapi AS terlewat bangun, AS bangun pukul 5.15pagi, setelah solat subuh AS kejutkan kawan-kawan yang lain untuk sama-sama ke perpustakaan pada pagi tu.. tapi semua masih liat dengan dengkuran masing-masing. Jadi AS pun ambik keputusan pergi sendiri sahaja disebabkan pada hari tu AS yang pegang kunci perpustakaan dan risau kalau Staf perpustakaan dah pergi awal untuk sukanneka. Didalam kesamaran kegelapan tu AS pergi je berseorangan  ke perpustakaan dan jam menghampiri pukul 6.00 pagi. AS dah sampai ke depan pintu perpustakaan yang diperbuat daripada kaca. Kawasan sekeliling waktu tu masih gelap dan samar-samar lagi. Sewaktu AS nak melangkah masuk ke dalam perpustakaan, AS nampak Pegawai A (Peg.A) kat dalam perpustakaan dengan mengelap meja dan cermin mengguna sapu bulu ayam. Dan dalam hati AS waktu tu " Mesti En ni dah marah sebab AS lambat datang untuk mula kerja sukaneka tu". AS terus berlari kecik ke pintu untuk masuk, tapi pintu perpustakaan masih berkunci. "Takkan En ni kunci pintu dari dalam pula" kata  AS didalam hati. AS terus mencapai kunci didalam poket dan terus mencuba membuka pintu perpustakaan tapi tidak berhasil. Kunci yang ada pada AS waktu tu hanya ada dua dan keduanya tidak berhasil. AS cuba untuk melambai "Peg.A" dalam tu tapi tidak diendahkan. Dengan berkat Bismillah AS cuba sekali lagi dan berjaya. AS membuka suis lampu sekitar kauter dan kehadapannya dan cuba untuk mendapatkan "Peg.A" untuk menjelaskan kelewatan memulakan kerja sukaneka tersebut dengan berlari-lari anak menghampirinya. Menyedari kehadiran AS, "Peg.A" tersebut terus membuang sapu bulu ayam ke atas meja dan berlari ke pintu bilik penyimpanan buku pada masa itu tidak bertutup dan masih dalam keadaan gelap tidak berlampu.  Langkah AS terhenti melihat gelagat "Peg.A" yang melarikan diri didalam bilik gelap. AS cuba duduk dikerusi berdekatan dan menunggu sehingga "Peg.A" itu keluar dari bilik itu.  AS menghantar beberapa pesanan ringkas ke telefon "Peg.A"  tapi tidak berbalas. Setelah menunggu dalam 5 minit tetapi "Peg.A" tidak juga muncul, AS dan mula rasa seram sejuk. Tanpa membuang masa terus AS keluar dan tinggalkan perpustakaan. Terserempak dengan kawan ditangga perpustakaan dengan wajah pucat AS tanpa berkata apa-apa ke perpustakaan semula bersama kawan. Dengan keberanian yang berbaki AS buka semua lampu didalam perpustakaan tersebut dan masuk ke bilik penyimpanan buku untuk mencari "Peg.A". ternyata tiada siapa diperpustakaan tersebut. Hanya AS seorang sahaja pada waktu itu. Kemudianya Pegawai A yang sebenar sampai dengan kawan-kawan yang lain membawa peralatan sukaneka...

Siapa sebenarnya yang AS nampak tu ?? 


No comments:

Post a Comment