Saturday 28 February 2015

Kerana BATA!

Hai, Kon ni chi wa, hihihi cerita AK kali ini tidak kurang hebat juga panjangnya, jadi sekiranya sudi silalah baca sehingga habis ya..

Seperti mana yang anda tahu blog ini diterajui oleh dua orang adiwira iaitu AS dan AK(saya sendiri). Sebagai makluman tambahan kami berdua telah lama berkawan baik sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Namun kini Laut China Selatan telah memisahkan kami dek kerana ingin mengikuti tuntutan haluan hidup masing-masing. AS berada di semenanjung Tanah Melayu dan AK berada di sebuah daerah pantai barat Sabah. Apa-apa pun kami masih live in Malaysia the negara that we LOVE so much.

Walaubagaimana jauh sekali atau berkali-kali pun tapi kami masih tetap berhubung, apa susah zaman serba canggih sekarang ni.. macam orang biasa cakap dunia di hujung jari! yang jauh didekatkan dan yang dekat dieratkan.

Baiklah, biar AK mulakan cerita ini ya.. Ketika As sedang sibuk blogging dan bersembang dengan AK melalui 'Whatsapp' serta pada ketika itu AK pula berada di tempat kerja sedang menunggu waktu kerja AK tamat, maka terjadilah dialog yang tak disangka-sangka boleh terjadi.

Pada mulanya perbualan kami cuma berkisar mengenai topik dan isu-isu bersahaja namun tiba-tiba terpacul topik BATA(Kajian bata daripada bahan terpakai by AS. Nak info lanjut tanya AS sendiri hihihi)

Berikut dialog yang terjadi antara kami di laman 'Whatsapp':

AS: Apa kata kalau aku post journal bata aku dalam blog kita?
AK: Hahaha itu aku No Comment.
AS: Hahaha tentu ramai yang akan membaca blog kita nanti. Hahaha untuk mencari bata.
AK: Hihihi betul tu.. aku tak kisah asal dapat 70% komisen hihihi
AS: Hahaha bata aku jual murah-murah jelah.
AK: Hihihi alamatnya nanti blog Bujanglah Sangat jadi Batalah sangat hahaha.
AS: Hahaha boleh juga begitu. Erm.. Aku tengah fikir apa yang nak ditulis ni.
AK: Hahaha kalau jadi nanti antara tajuk blogpost kita akan berkisar pasal bata hihihi macam 'Suamiku gila bata', 'Tilam bantal isteriku bata', 'Hari2 makan bata', 'Anak kau tertelan bata tapi anak aku tak', 'Aku ada bata tapi kau tiada'.
AS: Aku baling kawanku dengan bata.
AK: Hantaran perkahwinan kawanku bata.
AS: Bata hinggap ke muka kawanku, Bataku dibuat nisan kawanku, rumah kawanku daripada bata yang terukir, kawanku tertelan bata, bata pengikat cinta.
AK: Aku ketawa ditimbuni bata.
AS: Kerana bata pertemuan terjadi, Kisah cinta bata.
AK: Cincin bata jadi rebutan.
AS: Hahaha banyak betul blogpost boleh kita buat ni.. Bata kekasihku hilang, Bataku jadi rebutan, Cinta berbukit bata.
AK: Bataku habis dijual tapi bata kau habis dimakan.
AS: Bataku bersalut emas, Bataku wangi batamu busuk, Bata membata.
AK: Bataku berinti keju bata kau berulam belacan.
AS: Hahaha
AK: Isteri kau lahir ditepi bata, Muka anak kita macam bata, Bata yang pecah amanah.
AS: Muka macam bata tak sedar diri, Aku baling bata aku dapat batu lesung.
AK: Baju seluarku daripada bata, Misteri bata yang jatuh terkena hidungmu.
AS: Mistik bata di rumah.
AK: Lama sungguh aku tunggu bataku siap.
AS: Batamu batamulah, Bataku batakulah.
AK: Cinta kita dihimpit bata.
AS: Bata berjungkit idaman hati, Bata berlubang angkara siapa, Bata terbelah berbucu lima.
AK: Hujan bata di negara sendiri hujan roket di negara orang.
AS: Kering gusi kerana bata, Basah seluar terkencing kerana bata.
AK: Hilang gigi kerana bata.
AS: Bata di hujung kampung nampak, bata di tangan disisihkan. Hahaha sudah-sudahlah Awang dah senak perut aku ketawa ni.
AK: Perut kawanku senak kerana bata.
AS: Hahaha.
AK: Kawanku tukar tajuk blogku jadi bata, Antara aku dan kawanku siapa yang mulakan topik bata?
AS: Ada kawanku cacat dibaling bata. Hahaha. Bila kawanku membata, Kawanku suka main bataku.
AK: Kawanku tokey bata, Kawanku jahat baling aku dengan bata.
AS: Hahaha. Kerana bata aku ketawa.
AK: Aku dan kawanku di hospital jiwa kerana bata.
AS: Semuanya salah si bata.
AK: Jangan salahkan si bata.
AS: Bata membuatku merana. Wang nampaknya tak siap jugalah blog aku ni. bagilah chan aku siapkan blogpost aku ni dulu. Hahaha.
AK: Kerana bata blog kawanku tak siap, Ketawa kawanku sampai tercirit bata. Hahaha.
AS: Kawanku membahan bataku tak pandai habis.
AK: Topik bata kawanku cukup menarik, Isteri kawankku bersubang bata.
AS: Bataku oh bataku.
AK: Hari ini hari bata sedunia.
AS: Kawanku tersilap tarikh bata sedunia.
AK: Bata emas dibawa belayar bata kawanku sengajaku campak ke laut, Alamak aku terbuang bata kawanku.
AS: Kawanku tak puas hati dengan bataku, kawanku masih bermain dengan bataku, Bataku bertahta di hatinya.
AK: Aku tak puas hati dengan bata kawanku.
AS: Bataku sungguh menawan hati, Bataku diperkotak katikkan.
AK: Bata kawanku dipatuk ayam, Bata kawanku dikencing anjing.
AS: Binatang peliharaan kawanku dengki dengan bata kawanku.
AK: Nasi lemak kawanku bersambal bata, Bukan Anjing aku yang kencingkan bata kawanku.
AS: Kawanku tak puas hati di sabotajnya nasi lemakku dengan bata., Anjing kawanku kencingkan bataku.
AK: Bukan niatku letak bata dalam nasi kawanku.
AS: Kawanku berniat membunuhku dengan bata.
AK: Aku bunuh kawanku tanpa niat nawaitusaumaghodin dengan bata.
AS: Kawanku berniat membunuhku dengan bata.
AK: Bukan niatku membunuh kawanku dengan bata.
AS: Niat batanya membunuh aku.
AK: Aku tak tahu nak cakap apa lagi pasal bata, Kerana bata idea aku habis.
AS: Idea bata kawanku habis.
AK: Kesepian aku menunggu dihimpit bata.
AS: Kawanku membujang dengan bata.
AK: Kawanku pun sama membujang dengan bata, Kawanku tukang bata suka mengolokku.
AS: Kawanku bataku berpisah tiada, Kerana bata blog aku sudah siap.
AK: Dimana ada bata di situ ada kawanku, Siap juga blog kawanku kerana bata, Persahabatan kami berteraskan bata, Lindungi kami daripada bata.
AS: Bata pemangkin diri, Bataku juga jadi sasaran kawanku.
AK: Hinakah kawanku kerana bata?, Jangan kau beli bata kawanku, Aku jahat terhadap kawan ku kerana bata.
AS: Kawanku hina diriku kerana bata.
AK: Bukan niatku menghina kawanku kerana batanya, Aku sangkakan belacan rupanya bata kawanku, Pelamin kawanku kukuh diperbuat daripada bata.
AS: Hina diriku oleh bata kawanku.
AK: Tidak lama lagi aku dan kawan aku akan menghuni hospital sakit jiwa kerana bata, Pandu dengan cermat ingatlah bata yang tersayang.
AS: Kawanku Bataku macam tak boleh siap Journalku.
AK: Jangan beratkan fikiran dengan bata kawanku, Kawanmu  tidak bersalah yang bersalah adalah bata kawanku.
AS: Beriadah dengan bataku, Aku lapar kerana bata.
AK: Bagus kawanku makanlah bata kau itu, Kawanku sesitif isu bata.
AS: Hahaha aku tengan makan limaulah bukan bata.
AK: Kawanku keliru antara limau dan bata, Kawanku itu sebenarnya bata bukan limau.
AS: Habis sudah.. tinggal kulit sahaja.
AK: Kawanku hanya tinggal kulit sahaja selepas makan buah limau jadi siapa yang akan teruskan usahanya membuat bata nanti?
AS: Kawanku mengidam limau tapi dimakannya bata.
AK: Kawanku serender topik bata.
AS: Kawanku berlari termakan bata.
AK: Kawanku kibar bata putih tanda menyerah.
AS: Awang aku dah nak pergi makmal ni, nak tengok bata hahaha.
AK: Kawanku lucu sungguh kerana bata.
AS: Yes.. baru upgrade TownHall(Clash of Clans) level 7 o.. hihihi nak kena tunggu 5 harilah pula. Ok Awang nanti invite aku masuk clan kau ok. Akhirnya siap juga Conclusion bataku walaupun ada kawan yang sudi tergamak permainkan bataku. Hahaha.

Begitulah berakhirnya dialog antara AS dan AK. Hahaha tergelak juga AK bila baca apa yang AK taip ni, hahaha sudah macam perangai kanak-kanak.

Meskipun dalam cerita ini ada banyak perbezaan dari dialog perbualan yang sebenar namun isi-isi penting masih dikekalkan. Untuk makluman pembaca AK sengaja menterjemahkan dialog kami ke bahasa Melayu supaya senang difahami almaklumlah kami berdua orang Sabah jadi logat percakapan kami mungkin berbeza sedikit dan mungkin sukar difahami.

Harap dimaafkanlah sekiranya cerita ini tidak menarik AKcuma mahu berkongsi cerita ini sahaja setelah mendapat keizinan daripada yang mulia Dato. AS kita.(*Jangan marah ya AS hihihi)

Sekian dulu buat kali ini diharap terhiburlah sedikit walau tak berapa nak lucu cerita ni. ok. Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment