Friday 20 February 2015

Cerita Seram

Cerita ni terjadi semasa  AS belajar di Politeknik. Seperti biasa malam-malam minggu kami geng-geng asrama akan duduk lepak satu bilik sembang sampai pagi. Ada je cerita dari yang lucu yang cerita cinta dan yang seram semua kami harung sekali. Nak dijadikan cerita pada malam tu tetiba terkeluar cerita seram pontianak yang ada kat asrama tu. Memang setiap kali duduk warden memang akan keluar cerita -cerita seram kat asrama. Katanya asrama yang kitaorang duduk sekarang tu ada pontianak disebabkan ada seorang pelajar mati disebabkan sakit dan pada masa tu dia hanya tinggal seorang di bilik. Pada waktu itu pelajar tersebut hanya bersembunyi di bawah katil sehingga mati disebabkan degil untuk berjumpa dengan doktor. Disebabkan itu ditelah mati, ada juga yang mengatakan mayat yang dijumpai adalah mayat wanita yang melarikan diri bersama teman lelakinya, sedangkan  asrama itu adalah asrama lelaki. Disebabkan "humor" tersebut ada beberapa orang telah terserempak dengan Pontianak tersebut. Pada malam AS dan kawan-kawan tengah lepak sembang pasal Pontianak tersebut, terus ada suara mengilai dari luar tingkap. AS dan kawan yang lain senyap pura-pura  tak dengar. Tapi ada member AS tu acah-acah berani pergi tegur kemudian tutup tingkap. Esoknya member AS tu pun demam, AS dan kawan-kawan yang lain baru berani nak buka mulut, rupanya semua dengar bunyi tu tapi semua senyap kecuali member yang demam tu.. Lepas tu kalau nak cerita seram AS dan kawan-kawan tutup tingkap dulu dan doa apa-apa yang patut.. itu cerita seram AS masa kat asrama... Korang ada cerita seram?, jom kongsi dengan AS..



No comments:

Post a Comment