Friday 20 February 2015

Bilik 12

Duduk diasrama banyak pengalaman yang menyeramkan. Kali ni  AS  nak cerita masa AS duduk di bilik 12. Masa tu AS baru ditukarkan ke bilik tu setelah 3 minggu membuat beberapa rayuan untuk tukar bilik. AS duduk dengan kawan sekepala AS yang sebelum ni pun duduk dibilik lain. Setelah tu, minggu-minggu pertama di bilik 12, AS ada rasa lain macam je bilik tu. AS fikir mungkin sebab bilik tu kecik sedikit daripada bilik sebelum yang AS tinggalkan. Pada malam tu, AS tertido awal dan tak sedar sebab penat tersangat hari tu. Tapi yang pasti roomate AS belum balik lagi dari aktiviti kelabnya. Pada waktu tengah malam AS terjaga dan melihat didalam kesamaran roomate bergerak-gerak waktu tido  dan mengeluarkan bunyi katil yang tidak meyenangkan. Keesokanya roomate AS dah takda. Mungkin bergerak lebih awal ke kelas. 

Menjalani hari ke kuliah seperti biasa dan kemudianya pada waktu malam bertanyakan pada roomate awal gerak ke kuliah pagi ni. Roomate kata dia tak balik tido pun semalam kat billik. Okay AS diamkan saja. Tak nak buat apa-apa andaianya mungkin AS tersalah nampak dan dengar. Beberapa hari kemudianya pula, AS tido dirumah warden ada kerja yang perlu disiapkan. Roomate tanya ke AS "Pukul berapa balik semalam, macam dah lewat je". AS terdiam seketika dan membalas pertanyaan roomate "Baru je balik bilik ni, buat kerja dirumah warden". Roomate pandang terus ke muka dan terus bertanya " Jadi siapa yang semalam?".. 

AS terus duduk dan bercerita yang AS pun mengalami perkara yang sama. Kami mengambil keputusan mungkin tersalah nampak sebab terlalu penat beraktiviti. AS dan roomate bersiap untuk bersarapan bersama pada pagi tu.  Setelah bersarapan balik semula ke bilik, tapi sebelum sempat melangkah masuk bilik. Kawan searas ajak lepak ke biliknya. AS dan roomate pun ke sana, tanpa membuang masa kawan searas terus memulakan pertanyaan yang kami berdua pun masih tertanya-tanya jawapanya. Katanya semalam dia ingin ke bilik 12 untuk berjumpa untuk berbincang aktiviti asrama, semasa dia ingin ke bahagian  pintu bilik 10, 11, 12 dia ternampak seorang perempuan berambut panjang seakan-akan pontianak berdiri dipenjuru pintu bilik 12. Dia terus lari masuk bilik malam tu dan melupakan hasrat untuk membuat perbincangan malam tu. Roomate terus bercerita yang dia akan berasa panas dan tidak selesa sekiranya kami berdua tido sebilik dalam satu-satu masa. Selepas daripada itu AS dan roomate azan dan kerap membaca yasin dibilik.. Semuanya kembali sediakala. 

Patutlah dah bersemester bilik tu kosong dan AS dan Roomate memandai memohon untuk tinggal dalam BILIK 12.


No comments:

Post a Comment