Showing posts with label Recipe Bujang. Show all posts
Showing posts with label Recipe Bujang. Show all posts

Monday, 14 February 2022

Biskut Choc Chip Senang Lenang

Kalau tiba tiba angin macam nak buat biskut boleh cuba resepi ni, pasti jadi!!


Bahan-bahan: 

250g - Mentega (Butter)

1¼  cup - Gula perang (Brown Sugar)

2½ cup - Tepung Gandum (all purpose flour)

½ cup - Tepung Jagung (Corn flour)

2 cup - Choc chip

1 tsp - Assen Vanilla

1tsp - Baking Powder

1tsp - Soda Bicarbonate

1tsp - vegetable Oil (optional)

1 -  Biji Telur (Egg)

½ cup - Almond nibs 

1tbsp - Coco Powder


Cara - cara

Satukan semua bahan kecuali choc chip dan almond nibs. Setelah bancuhan diuli rata masukan choc chip dan almond nibs, Gaul sebati dan rehatkan selama 5- 10 min.

Acuankan bancuhan choc chip menjadi bulat dan ditekan. 

Bakar selama 15 min kedalam ketuhar dengan suhu 150°c. 

Siap.


(P/s: bancuhan akan mengembang dan meleper sedikit.. jaga penjarakan biskut :p)




Friday, 5 November 2021

Sushi Eggmayo Bajet

Sushi makanan jepun yang sangat popular diseluruh dunia. Cara masakan yang mudah dan ringkas serta pelbagai membuatkan makanan ini diminati.  Berikut cara mudah dan bajet Homemade Sushi.


Bahan-bahan:-

Nasi( tidak menggunakan beras sushi- small grain rice) ( Bahan A)

1 cup Beras

1 cup Beras pulut 

3 cup Air

(p/s: Sekiranya menggunakan beras sushi masak nasi seperti biasa.)


Perasa ( Bahan B)

2 tbs Gula

1 tbs Cuka

1 ts Garam

1 tbs Minyak Bijan


Bahan Inti/lain-lain (Eggmayo)

2 biji telur yang telah direbus

4-5 tbs Mayonnaise ( Japanese mayo disyorkan)

Rumpai Laut (seaweed) 50 keping (19.x2.7cm)

Telur Ikan (Tobiko)- pilihan


Cara-cara:

Rendam beras pulut (10-15min). Campurkan beras dan beras pulut yang telah direndam dan bilas. Campurkan air dan masak seperti biasa. 

Satukan semua Bahan B. Campurkan Bahan B kedalam nasi yang telah siap dimasak dan digaulkan. Gunakan penutup agar nasi tidak kering. 

Bahan Inti. Telur rebus dilenyek dan mayonis diletakkan dan digaul sebati. 

Nasi bolehlah dibentukan menjadi bujur dan dibalut menggunakan Seaweed dan diisi menggunakan inti telur mayonis dan diletakkan telur ikan diatasnya. Siap untuk dihidang. 

Selesai. 




Sunday, 31 October 2021

Takoyaki


Takoyaki merupakan salah satu makanan yang digemari di Jepun dan mendapat ribuan peminat di Malaysia. Berikut cara mudah untuk menghasilkan Takoyaki dengan menggunakan bahan bahan yang ringkas. 

Bancuhan Tepung :- 


1 cawan tepung gandum

1 1/2 Sudu tepung jagung

2 biji telur

2 cawan air

1 Sudu kecil garam @ 1kiub pati ikan bilis/ayam

1 Sudu kicap cair

1 Sudu kecil bikarbonat

Cara-cara:-

Bancuhkan semua bahan bahan tepung tersebut sehingga sebati.

Bahan inti

200gm sotong/udang/ayam dipotong dadu

3 Sudu kicap manis

1 Sudu kecil garam

Cara cara :-

Campurkan semua bahan bahan tersebut dan masak diatas kuali sehingga sotong/udang/ayam masak sepenuhnya mengunakan api pelahan.


Cara memasak takoyaki:

Panaskan kuali takoyaki dan sapu rata mentega/minyak ke dalam kuali dengan api pelahan. Letak bancuhan tepung kedalam kuali berserta inti. Biarkan tepung mengeras sebelum digerakan menjadi separuh dan tambah tepung sehingga penuh. Putar putar bancuhan sehingga keperangan dan di angkat. 

Takoyaki boleh dihidangkan dengan sos takoyaki, hirisan ikan panggang dan rumpai laut panggang. 


Selesai.. selamat mencuba





Monday, 28 December 2015

Skillet Chicken Potatoes with Water Spanich

This recipe for 2 or 3 people 


Ingredients:

Potatoes - 4 (small) -400g - Dice 1 inch
Chicken breast- 300g -Dice 1 inch
Water Spinach - 200g/300g
Cooking oil - 3 to 4 spoons
Big onion/ Holand onion - 1 - Dice small. 
Thai pepper - 7-8 - slices 
salt and sugar

Preparation:

Clean all ingredients, Heat a pan and put cooking oil. Then fry onion and Thai pepper until fragrant and aromatic. put potatoes and chicken. pinch of salt and 1 table spoon of sugar. mix well and cover the pan. make sure stir for every minutes until the chicken is cooked. about 10 minutes.. After that open the lid cover. put the water spinach and mix about a minutes. done ready for serving.




Sunday, 22 November 2015

Labu Merah Masak lemak cili / Spices Milky Pumpkin

AS rasa blog ni dah jadi blog masakan dah.. hehehe

Bahan-bahan:

Labu merah - telah dipotong kecil - 500g (Size 1" to 2" cube)
Cili kisar - 2 sudu
Udang kering / Ikan bilis kering - 3 to 4 sudu (tumbuk/ kisar) 
Bawang merah - 2 ulas (Tumbuk/Kisar/Hiris)
Santan pekat 200ml
Air - 300mml
Minyak masak - 2 to 3 sudu
Cili padi - ikut suka
Garam

Cara-cara:

Panaskan minyak kedalam periuk kemudian tumis udang kering/ bilis kering bersama bawang merah sehingga keperangan atau naik bau.. Kemudian masukan cili kisar tumis sehingga masak. Letak  air dan masuk labu merah dan cili padi.. Masak sehingga Labu empuk  kemudian masukan garam dan santan. biarkan mendidih 1-2 minit boleh matikan api dan dihidang



Thursday, 5 November 2015

Onde-onde @ Buah Melaka Bujang @ Klepon

Simple dan yang penting boleh makan.. ok AS nak kongsi resepi mudah... 
nak buat dalam 20-25 biji

Bahan-bahan

Tepung Pulut- 200g (setengah plastik)
Garam- secubit rasa
Gula- 1 setengah sudu
Pewarna hijau - 2 to 3 drop (liquid) atau 1sudu teh (powder)
3 helai daun pandan- dikisar (Jika perlu) atau guna ekstrek pandan atau vanila.
Air abu/kapur (Jika perlu)/ air (160ml)
Gula melaka/ Gula merah/ Gula nipah/ Gula kelapa- potong kecil atau serbuk

-> Cover (salut) Kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam (nak kukus boleh/ macam tu saja pun boleh) 

Cara-cara

Larutkan garam, ekstrek pandan, pewarna hijau, dan gula kedalam air (masukan kapur dan 3helai pandan yang dikisar (Jika Perlu)). Bancuh kedalam tepung menggunakan tangan sehingga adunan boleh dibentuk.. Biarkan adunan seketika (15-30minit).. Gentel menjadi bulat-bulat kecil dan masukan gula melaka kedalamnya kemudian gentel semula menjadi bulat.. Panaskan air sehingga mendidih didalam periuk. Masukan bulatan-bulatan yang telah berinti tadi kedalam periuk dengan air mendidih. Biarkan seketika sehingga adunan tadi timbul sepenuhnya dan menandakan kuih telah masak dan boleh diangkat. Gaul bulatan yang telah masak tadi kedalam kelapa parut dengan segera agar tidak melekat antara satu sama lain. Siap.. boleh dihidang dan dimakan. 




Monday, 26 October 2015

Mayonnaise Prawn / Udang Mayonis Bujang

Resepi ringkas - untuk makan 3-4 orang

Bahan-bahan
Udang- telah dibersihkan (tak payah buang kulit)- 400g 
Mayonis- 200g (4-5 sudu)
Susu pekat manis - 40g (2-3 sudu)
Telur ayam - 3biji
Daun kari - 1 tangkai (Pilihan)
Serbuk kari- 2 pinch (Pilihan)
Minyak untuk mengoreng
Garam

Cara-Cara:
Gaul garam bersama udang yang telah dibasuh. Biarkan seketika . Kemudian goreng sehingga udang kelihatan garing (30-50 seconds). Angkat, tos dan asingkan. Letak 3 -4 sudu minyak (minyak yang digunakan untuk mengoreng) kedalam kuali dengan api kuat dan masukan telur dan gaulkan sehingga menjadi Scramble eggs dan berbuih.. Pelahankan api ke medium heat. Masukan daun kari, serbuk kari, mayonis, susu pekat dan garam secukupnya.. Gaul sehingga sebati masukan udang yang telah digoreng. mix it for another 20-30 seconds. Tutup api dan boleh dihidangkan..




Sunday, 11 October 2015

Ikan Putih Masak Taucu

Rasanya dah lama tak makan Ikan Putih.... Nampak je ikan mentah pun dah terliur.. 
Kali ni AS nak kongsi resepi mudah / bujang

Bahan-Bahan:
2 potong Ikan Putih- Berat 400g
3 batang Cili hijau- Dihiris
1 biji bawang besar- Dihiris
2 biji bawang putih- Dihiris
2 ketul tauhu- Digoreng dan dibelah 6
2 sudu taucu masin
300ml  air
200ml air asam jawa (taknak masukan air asam jawa boleh tambahkan air sahaja)
Minyak untuk menggoreng
Garam

Cara-cara:

Panaskan minyak kedalam kuali dan goreng ikan yang telah dipotong dan disapukan garam sehingga masak, dan dialihkan. Kemudian guna kuali baru letak 2 sudu minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau lebih kurang seminit dengan api kuat. masukan 2 sudu taucu, air asam dan air gaul sehingga mendidih. Masukan tauhu dan ikan yang telah di goreng. Gaul sehingga mendidih . siap.. boleh dihidangkan.. 

kalau suka pedas boleh tambah cili padi kedalam masakan. 


Friday, 9 October 2015

Kari Daging Rusa

Daging tak habis lagi... so bolehlah nak buat menu simple @ menu bujang

Daging- 200g Dihiris 2mm
Kari Daging- 100g
Santan- 125ml
Air- 300ml
Kentang 2 biji- dipotong dadu 4cm
Garam
rempah 4 sekawan  (cengkih 2 biji, pelaga 2 biji, lawang 1, kayu manis 4cm)
bawang putih - 1 biji (kalau nak)- tumbuk/hiris
bawang merah- 1 biji (kalau nak)- tumbuk/hiris
minyak tumis - 3 sudu

Bancuh kari dengan sedikit air hingga menjadi slurry . Kemudian tumiskan kari dan bawang dengan minyak yang telah dipanaskan. Tumis sehingga pecah minyak/ naik bau. masukan 4 sekawan. Tambahkan air, kemudianya masukan kentang dan daging. Tunggu sehingga daging dan kentang empuk. masukan santan dan garam.. Gaul seketika sehingga sedikit mendidih kemudian padamkan api dan boleh dihidangkan.. 

AS makan Kari daging dengan Burasak.. - #BugisMenuON #Sedap #SyurgaMakanan



Wednesday, 7 October 2015

Payau @ Rusa Stik

Kali ni AS dapat daging Rusa dalam 2kg ... apa lagi AS pun buatlah Stik.. so ini beberapa bahan simple yang anda boleh cuba... 

Daging Rusa dipotong dengan ketebalan 1cm. untuk 200g
1 Biji bawang besar
1 Inci halia
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Lada putih/ Lada hitam - 1sudu
Rempah (serbuk jintan manis)- 1 sudu kecil
Serbuk cili - 1 sudu
Serai - 2 batang
Kicap pekat- 3sudu makan
Garam 
Gula
Minyak untuk mengoreng/ Mentega

Kisar semua bahan-bahan tadi kecuali Daging. Perap daging dengan bahan-bahan yang telah dikisar.. biarkan 2-3jam. Panaskan kuali dan letak sedikit mentega agar tidak melekat. Goreng dalam 1-2 minit... siap untuk dimakan.. (Guna Grill lagi terangkat)

Untuk sos boleh guna sos black paper asli atau campurkan dengan ubi kentang yang telah direbus kemudianya dikisar... 

Yang penting mudah dan sedap... 



Thursday, 25 June 2015

Kueh penjaram

Kueh penjaram
Bahan2nya:
1 mgk tepung biasa
1 mgk tepung beras
1 mgk gula (kurangkan sikit)
11/2 mgk santan + pandan (kisar)
5 sudu susu cair

Cara:
Gaul semua tepung
Campurkan santan
Gaul hingga pekat dan halus
Campurkan gula 
Campurkan susu cair
Gaul hingga cair dan halus

Rehatkan seketika dan goreng menggunakan api yg kecil.
Selamat mencuba....

Monday, 22 June 2015

Mee Basah Bujang

Mee Basah kali ni agak mudah dan ringkas. Bahan-bahan yang digunakan senang untuk didapati. Bujang....  we grab what we got.. lol

Bahan-bahan:

Mee kuning - 500g
Lada besar- 2 biji- Dihiris
Sayur Sawi- 50-100g - Dipotong
Bawang Merah- 2 biji - Dikisar/Dihiris
Bawang Putih- 3 biji- Dikisar/Dihiris
Bawang besar- 1 biji - Dihiris
Daging Ayam/Lembu - 200g- Dihiris
Tepung (Biasa/Jagung/Kanji) - 2 sudu - larutkan kedalam air (Disyorkan tepung jagung)
Telur - 1 biji
Air- 0.7 liter
Minyak masak
Garam
(Nak pedas tambahkan 5 biji cili padi)

Cara-cara:

Mee kuning digoreng menggunakan 1 sudu minyak sehingga naik bau. Alihkan.
Kemudianya, letak 2 sudu minyak kedalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar sehingga naik bau kemudian masukan air. Biarkan mendidih kemudian masukan daging ayam sehingga empuk. Masukan sebiji telur kemudian dikacau segera. Letak garam secukup rasa. Masukan Sayur sawi dan Lada besar yang telah dihiris biarkan dalam masa seminit sehingga sawi masak sebelum masukan larutan tepung. Kacau sehingga mendidih dalam 30second. Matikan Api SIap!!.. 


Saturday, 20 June 2015

Begedil Bujang

Begedil bujang sesuai untuk anda yang mempunyai masa yang terhad..

Bahan-bahan:

Kentang 3 biji- direbus empuk
Cili thai - 5 biji - dihiris (nak pedas tambah lagi)
Bawang besar - 1 biji - hiris halus
Tepung - 3 sudu
Telur - 2 biji
Garam- secukup rasa
Serbuk lada putih
Daun sup

Ayam/lembu daging cincang (jika perlu) - 3 sudu

Cara-cara:

kentang dilenyek, masukan cili thai yang telah dihiris bersama bawang besar yang telah dihiris. Mixed. Letak tepung, sebiji telur, garam, lada putih dan daun sup . Masukan ayam/daging jika perlu. Gaul hingga sebati dan boleh dibentuk. sekiranya adunan lembik tambah sedikit tepung sehingga boleh dibentuk. 

Celup kedalam telur dan goreng dengan api sederhana. Tunggu hingga keperangan, angkat dan dijamu.  


Sunday, 14 June 2015

Apam Balik

Apam Balik

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula 
1 camt. soda bikarbonat
1 camt. baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
sedikit marjerin/mentega

Inti :
1 cawan kacang tanah( digoreng dan dikisar)
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim

Cara-cara :
Gula dan telur dipukul hingga kembang.
Masukkan baking powder dan soda ke dalam tepung.
Masukkan air kedalam campuran gula dan telur.
Kemudian masukkan tepung sedikit2 dan gaul sebati.
Oleskan marjerin di atas kuali.( Kalau guna kuali tak melekat tak payah letak marjerin).
Tuangkan 1 senduk adunan dan nipiskan.
Biarkan seketika dan taburkan bahan inti.
Bila dah cukup masak, lipat dua dan angkat.
Kalau suka boleh sapukan marjerin diatas permukaannya

Saturday, 13 June 2015

Muruku

Muruku
2 paket tepung pulut
1 paket tepung beras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 paket santan kelapa
250 g planta
1 sudu kecil garam halus ( ikut suka rasa masin)
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji telur kuning.

Cara2 nya;
1. Garam dan santan di kacau 
2. Kunyit ,jintan manis,jintan putih campur ngan tepung pulut dan beras gaul bersama planta dan telur kuning. 
3. Uli sampai jadi doh masukkan dlm acuan muruku. 


Wednesday, 15 April 2015

Kuih Kacang Hijau Bujang (kuih kasturi/ rengas)

Selalu AS buat kuih untuk minum petang. Jadi kali ni AS nak ajar cara untuk buat kuih kasturi bujang. Semudah 1 2 3... jom kita mulakan

Bahan-bahan:
Kacang hijau- 200g
Gula- 3-4 sudu
Garam
Tepung- 200g
Kelapa parut (jika perlu)-100g
Minyak masak- untuk menggoreng

Cara-cara:
Rebus kacang hijau sehingga empuk, kemudian lenyekkan kacang hijau bersama-sama (kelapa parut), gula dan garam. Biarkan adunan kacang hijau itu sejuk pada suhu bilik. Setelah adunan sejuk tambah 1-2 sudu tepung sehingga adunan boleh dibentukakn kemudian bolehlah dibentukkan mengikut citarasa. Pastikan bentuk tidak terlalu tebal. Setelah semua adunan telah dibentukkan, bancuh tepung dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng sehingga nampak keperangan. Bolehlah dihidangkan


Tuesday, 7 April 2015

Cucur Ubi keledek

Rasa nak minum petang, tapi malas nak keluar.. bolehlah cuba resepi ni.. tapi pastikan dah siap beli barang-barangnya. kalau tak macam mana nak masak kan

Bahan-bahan:

Ubi keledek ( dihiris seperti fries)
Tepung gandum ( 300g)
air- 150g
Garam
Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara:

Bancuh tepung gandum dengan air sehingga bancuhan menjadi slurry. Masukkan garam secukupnya dan masukan ubi yang telah dihiris. Panaskan minyak dan kemudianya masak ubi satu-satu sudu. siap boleh dihidang.


Friday, 3 April 2015

Ubi kayu goreng

 Kali ini AK akan berkongsi dengan salah satu makanan kegemaran AK. Bahan-bahannya cukup mudah tapi penyediaannya mengambil masa agak lama.

Saturday, 21 March 2015

Keuy teow Goreng Bujang

Hari tu dah makan mee goreng.. kali ni nak buat cara-cara untuk masak mee Keuy Teow Goreng Bujang. Ringkas sahaja bahan-bahan yang digunakan. Ini untuk makan 1-2 orang.

Bahan-Bahan:

Mee keuy Teow -500g
Bawang Besar- 1biji (dihiris)
Lada kisar  4-5 sudu
3 biji telur
Lada besar 1 biji(dihiris)
Daun sup (dihiris)
Isi ayam/udang/sotong/daging/kerang goreng/kerang panggang 200g (jika perlu)
Taugeh- 200g
Minyak masak (5 sudu)
Kicap pekat (2 sudu)
Garam
Gula
Air

Cara-cara:

Panaskan kuali dan masukan minyak 5 sudu minyak, pecah kan telur kedalam kuali dan kacau sehingga hancur dan berbuih, masukan lada kisar, biarkan 4 minit (api sederhana) dan kacau. Masukan bawang besar dan lada besar. Letak sedikit air, kicap, garam gula secukup rasa. ( masukan Isi ayam/udang/sotong/daging/kerang goreng/kerang panggang  (jika perlu)). Masukan mee, gaul sehingga air sedikit kering (kalau suka makan basah biarkan air tinggal banyak). Masukan taugeh, kacau 1-2 minit. Tutup api. Boleh dihidangkan. tabur daun sup diatas mee.




Tuesday, 17 March 2015

Ayam Kuning Bujang

Dah berhari makan luar je, terasa kering dompet ni. Nak jimat kali ni AS masak Ayam Kuning Bujang. Sangat ringkas dan mudah. makan untuk 2-3 orang. 

Bahan-bahan:

Ayam (dipotong kecil) 500g
Kentang (potong wedges) - 3 biji
Tomato- (potong wedges) - 2 biji
Serbuk kunyit - 3 sudu
Bawang merah- 3 biji
Bawang putih- 3biji
Bawang besar- 1/2 biji
Lada padi- 11 biji (nak pedas tambah lagi)
Buah pelaga- 2 biji
Bunga lawang- 1 kuntum
Bunga cengkih - 3 kuntum
Minyak masak - 2 sudu
Lada Sulah- 1 sudu tea
Air- 700ml
Garam
Gula

Cara-cara:

Panaskan kuali dan masukan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukan air sedikit kemudian masukan kunyit masak sehingga mendidih. Masukan Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan lada padi, jangan biarkan serbuk kunyit hangit untuk mengelak masakan menjadi pahit. Masukan air biarkan mendidih, kemudian masukan ayam dan kentang letak, lada sulah,  garam dan gula secukupnya. Sebelum matikan api masukan tomato dan masak 1-2 minit dan matikan api. Siap untuk di hidang.