AS rasa blog ni dah jadi blog masakan dah.. hehehe
Bahan-bahan:
Labu merah - telah dipotong kecil - 500g (Size 1" to 2" cube)
Cili kisar - 2 sudu
Udang kering / Ikan bilis kering - 3 to 4 sudu (tumbuk/ kisar)
Bawang merah - 2 ulas (Tumbuk/Kisar/Hiris)
Santan pekat 200ml
Air - 300mml
Minyak masak - 2 to 3 sudu
Cili padi - ikut suka
Garam
Cara-cara:
Panaskan minyak kedalam periuk kemudian tumis udang kering/ bilis kering bersama bawang merah sehingga keperangan atau naik bau.. Kemudian masukan cili kisar tumis sehingga masak. Letak air dan masuk labu merah dan cili padi.. Masak sehingga Labu empuk kemudian masukan garam dan santan. biarkan mendidih 1-2 minit boleh matikan api dan dihidang
No comments:
Post a Comment