Showing posts with label Lucu. Show all posts
Showing posts with label Lucu. Show all posts

Thursday, 23 April 2015

THINKING OUT OF THE BOX

SETIAP hari Pak Samat melalui sempadan Siam dengan menunggang motosikal. Beberapa guni besar tersandang di belakang motosikalnya.

Pegawai kastam yang mahu menahan beliau bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Pak Samat."Turun dari motor, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pegawai Kastam terus mengambil guni-guni tersebut dan dengan pantas membukanya.

Sementara pasir itu diperiksa, Pak Samat ditahan di dalam lokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dengan diteliti, ternyata pasir yang dibawa memang pasir tulen dan tiada bahan lain selain dari pasir semata-mata.

Pak Samat dibebaskan. Pasir kepunyaannya juga dimasukkan semula ke dalam guni dan dia dibenarkan melalui sempadan Malaysia untuk ke Siam. Keesokan harinya perkara yang sama berlaku. Pegawai Kastam bertanya, "Apa yang kau bawa kali ini?", "Pasir" jawab Pak Samat.

Pegawai Kastam tidak berpuas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, namun guni tersebut tidak mengandungi benda lain selain daripada pasir semata-mata.Maka Pak Samat dibenarkan melalui sempadan dengan motosikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Akhirnya pegawai kastam itu telah pun bersara dan tidak lagi berkhidmat sebagai pengawal sempadan.

Pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dengan Pak Samat di pekan. Pegawai Kastam itu mengajak Pak Samat minum di sebuah kedai.Pegawai Kastam itu pun bertanya, "Aku hairan tengok kau melintas sempadan setiap hari tapi cuma bawa pasir, sebenarnya apa yang kau seludup?"


"Motosikal" jawab Pak Samat ringkas.


THINKING OUT OF THE BOX


Monday, 20 April 2015

Mertua

Ada sepasang suami isteri dalam perjalanan balik kampung, semasa didalam perjalanan mereka telah bergaduh..

Sepanjang perjalanan, mereka langsung tidak bercakap dan tidak bertegur sapa......

Kemudian, mereka melalui satu kawasan hutan yang penuh dengan monyet-monyet liar yang sedang berkeliaran.....

Si isteri menjeling suaminya sambil berkata dengan penuh sinis....



"Saudara kau ke ni???"...... dengan muka puas


Sunday, 5 April 2015

Kura-kura yang sabar

Kisah kura-kura yang sabar..
Once upon na taim... ada ne 3 ikur kura- kura, si(A) si(B),si(C).. diurang sedang bersiap-siap mau jalan pi picnic, banyaklah barang2 dorang bawa.. siok2 sudah diurang jalan..sampai ja di pertengahan jalan,tiba-tiba mendung pula tu langit... maka terjadilah dialoq antara meraka tiga ekor..
si(A): Naaa..mau hujan gia ne, masam mna ni??
si(B): anuu...saturang balik pi ambi payunglah. basah nanti kita..
si(C): yalaa..tapi sy tida bulih, banyk moti barang2 sy ni..
si(B): yaa..sypun.. kw la yang pigi (A)... tiada gia kw bawa apa2 tu..?
si(A): aishh...sy inda mau!
si(C): aii..kanapa juga kunun...kw pigi ja bah.
si(A): ahhh..inda mau. nanti taim sy jalan truz kamu makan tu makanan.. naa..
si(B): ishh..indabah tu.
si(C): kami tunggu juga bah..sama2 kita makan. jangan kw risau gink..
si(A): kalau 1minggu sy inda pulang??
si(C): Kami tunggu juga..
si(A): Kalau 2minggu??
si(C): kami tunggu juga bah...
si(A): Kalau 3minggu sy tida balik3 juga..??
si(C): kami tatap tunggu...!
si(A): baahhh...jangan kamu tipu ah? jaga kamu.. Maka jalanlah si kura-kura(A) ni balik pi ambil payung..
(1MINGGU KEMUDIAN) si(B): mana suda dia ni.. lmbat juga..
si(C): biarlah kita tunggu lagi 1minggu..
si(B): yalaa~
(2MINGGU KEMUDIAN)... si(B): uinaaa...mana suda dia ni..
si(C): entahh...
si(B): marilah kita makan...sy lapar butul ni..
si(C): jangan duluu.. kita tunggu lagi 1minggu.. manatw dia on da way suda..
si(B): yala..yala..aduii...
(3MINGGU KEMUDIAAANNNN...) si(B): aiyaaa...sy lapar..!!!
si(C): sypun lapar ni...adoii..
si(B): buduh oh.. mana bah dia ni?
si(C): entahh...kana talan ular mengkali.. buduh lambat...
si(B): uishh..marilah kita makan bah..
si(C): bahh..marilah makan kita..biarlah dia tu..
Tiba-tiba...bergoyang tu daun-daun pokok di hutan. zaasssshhh!! keluar ni kura-kura(A) dari samak-samak!
si(A): NAAAAKANN... APA SIA BILANG. KAMU TIDA TUNGGU SIAKAN.. NASIB LAGI SIA BULUM JALAN...HAHAHA!!!! si(A)&(B): BUDUHHH.....

Friday, 20 March 2015

Thursday, 19 March 2015

Najwa REJECT! Ahmad

Suatu sudut di Taman Hidupan Liar...

Ahmad: Najwa! Abang sungguh-sungguh sayang dan cinta kepada Najwa. Tetapi kenapa Najwa enggan menerima abang? Kenapa?

Najwa: Oh! Abang Ahmad sebenarnya bagi Najwa perasaan cinta itu begitu penting. Tanpa perasaan cinta bagaimana mungkin Najwa boleh menerima abang Ahmad.

Ahmad: Najwa cinta itu boleh dipupuk dan disemai dari sekarang. Tetapi cinta abang kepada Najwa telah lama mekar bersinar 94% untuk Najwa selama ini. Berilah peluang dan kesempatan untuk membuktikan cinta abang kepada Najwa.

Najwa: Maafkan Najwa abang Ahmad, sebenarnya Najwa belum boleh memberi sebarang keputusan. Aik! Kenapa cinta abang Ahmad untuk Najwa cuma 94%? Kenapa tak full 100%?

Ahmad: Err... sebenarnya yang lagi 6% tu dah kena GST Najwaku sayang.

Najwa: YOU ARE REJECTED!!!

Begitulah kesudahan Ahmad dengan Najwa. Hihihi padan dengan muka si Ahmad tu. Hahah..

Monday, 16 March 2015

Sekolah

Awang : " dulu itu, aku sempat sekolah di Australia, tapi sayang . . . ."

Fatihah : " sayang kenapa ?"

Awang : " aihhhh, jangan panggil aku sayang lah! kn aku bukan siapa2 kamu , kenapa kamu panggil sayang . . . . "

Fatihah : " adeeeehhhhhhh (kuang hajaq) , siapa juga yang panggil sayang "

Sunday, 15 March 2015

Cikgu

Pada suatu hari ada seorang budak bernama Hameed yang tinggal di sebuah kampung di Perak. Kesemua rakan-rakannya benci dengan kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Noraini. Guru kelasnya selalu memarahi Hameed dengan berkata "Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan awak ni Hameed". Pada suatu hari ibu Hameed datang ke sekolah untuk melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah. 

Cikgu Noraini berterus-terang dengan ibu Hameed bahawa Hameed sudah tidak dapat dilakukan apa-apa usaha lagi terhadapnya. Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain. 25 tahun kemudian, Cikgu Noraini mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit jantung untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yang sangat pakar dengan pembedahan tersebut. 

Cikgu Noraini tiada pilihan lalu bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan sekaligus pembedahan tersebut berjaya. Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor yang kacak berada di sampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum. Cikgu Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara. 


Semasa mereka saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba mengangkat tangannya dengan keadaan yang bersusah payah untuk memberitahu sesuatu. Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yang sedang Cikgu Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan mendapati Hameed yang bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum dia... 

Jika anda fikir Hameed adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak menonton filem Tamil atau Hindustan, atau terlalu banyak membaca buku-buku motivasi..

Saturday, 14 March 2015

Curang


Seorang isteri , ingin menguji suami nya. apakah tindakan suami nya andai dia meninggalkan suami tanpa apa2 sebab. begitu sahaja. Lalu si isteri menulis surat untuk si suami. 


"abang , saya dapat merasakan abang curang, dan saya ingin keluar dari rumah ini . selamat tinggal, halalkan makan minum saya. ampuni segala dosa saya." 

Selepas menulis surat dan meletak nya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di bilik nya. Ingin mengintai reaksi suami nyamembaca surat tersebut.


Tidak lama kemudian, suami nya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik surat nya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian. Suami nya mendail dan bercakap dengan seseorang.

"hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadap nya. bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang." 
Lalu suami nya melangkah keluar dari bilik nya, dan terus keluar dengan kereta nya.
Semasa isteri nya mendengar percakapan nya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang alamari untuk melihat apa yang ditulis suaminya. Lalu ia membaca,

( "aku nampak kaki kau, sayang. aku keluar sekejap, beli roti. " )

Saturday, 28 February 2015

Kerana BATA!

Hai, Kon ni chi wa, hihihi cerita AK kali ini tidak kurang hebat juga panjangnya, jadi sekiranya sudi silalah baca sehingga habis ya..

Seperti mana yang anda tahu blog ini diterajui oleh dua orang adiwira iaitu AS dan AK(saya sendiri). Sebagai makluman tambahan kami berdua telah lama berkawan baik sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Namun kini Laut China Selatan telah memisahkan kami dek kerana ingin mengikuti tuntutan haluan hidup masing-masing. AS berada di semenanjung Tanah Melayu dan AK berada di sebuah daerah pantai barat Sabah. Apa-apa pun kami masih live in Malaysia the negara that we LOVE so much.

Walaubagaimana jauh sekali atau berkali-kali pun tapi kami masih tetap berhubung, apa susah zaman serba canggih sekarang ni.. macam orang biasa cakap dunia di hujung jari! yang jauh didekatkan dan yang dekat dieratkan.

Baiklah, biar AK mulakan cerita ini ya.. Ketika As sedang sibuk blogging dan bersembang dengan AK melalui 'Whatsapp' serta pada ketika itu AK pula berada di tempat kerja sedang menunggu waktu kerja AK tamat, maka terjadilah dialog yang tak disangka-sangka boleh terjadi.

Pada mulanya perbualan kami cuma berkisar mengenai topik dan isu-isu bersahaja namun tiba-tiba terpacul topik BATA(Kajian bata daripada bahan terpakai by AS. Nak info lanjut tanya AS sendiri hihihi)

Berikut dialog yang terjadi antara kami di laman 'Whatsapp':

AS: Apa kata kalau aku post journal bata aku dalam blog kita?
AK: Hahaha itu aku No Comment.
AS: Hahaha tentu ramai yang akan membaca blog kita nanti. Hahaha untuk mencari bata.
AK: Hihihi betul tu.. aku tak kisah asal dapat 70% komisen hihihi
AS: Hahaha bata aku jual murah-murah jelah.
AK: Hihihi alamatnya nanti blog Bujanglah Sangat jadi Batalah sangat hahaha.
AS: Hahaha boleh juga begitu. Erm.. Aku tengah fikir apa yang nak ditulis ni.
AK: Hahaha kalau jadi nanti antara tajuk blogpost kita akan berkisar pasal bata hihihi macam 'Suamiku gila bata', 'Tilam bantal isteriku bata', 'Hari2 makan bata', 'Anak kau tertelan bata tapi anak aku tak', 'Aku ada bata tapi kau tiada'.
AS: Aku baling kawanku dengan bata.
AK: Hantaran perkahwinan kawanku bata.
AS: Bata hinggap ke muka kawanku, Bataku dibuat nisan kawanku, rumah kawanku daripada bata yang terukir, kawanku tertelan bata, bata pengikat cinta.
AK: Aku ketawa ditimbuni bata.
AS: Kerana bata pertemuan terjadi, Kisah cinta bata.
AK: Cincin bata jadi rebutan.
AS: Hahaha banyak betul blogpost boleh kita buat ni.. Bata kekasihku hilang, Bataku jadi rebutan, Cinta berbukit bata.
AK: Bataku habis dijual tapi bata kau habis dimakan.
AS: Bataku bersalut emas, Bataku wangi batamu busuk, Bata membata.
AK: Bataku berinti keju bata kau berulam belacan.
AS: Hahaha
AK: Isteri kau lahir ditepi bata, Muka anak kita macam bata, Bata yang pecah amanah.
AS: Muka macam bata tak sedar diri, Aku baling bata aku dapat batu lesung.
AK: Baju seluarku daripada bata, Misteri bata yang jatuh terkena hidungmu.
AS: Mistik bata di rumah.
AK: Lama sungguh aku tunggu bataku siap.
AS: Batamu batamulah, Bataku batakulah.
AK: Cinta kita dihimpit bata.
AS: Bata berjungkit idaman hati, Bata berlubang angkara siapa, Bata terbelah berbucu lima.
AK: Hujan bata di negara sendiri hujan roket di negara orang.
AS: Kering gusi kerana bata, Basah seluar terkencing kerana bata.
AK: Hilang gigi kerana bata.
AS: Bata di hujung kampung nampak, bata di tangan disisihkan. Hahaha sudah-sudahlah Awang dah senak perut aku ketawa ni.
AK: Perut kawanku senak kerana bata.
AS: Hahaha.
AK: Kawanku tukar tajuk blogku jadi bata, Antara aku dan kawanku siapa yang mulakan topik bata?
AS: Ada kawanku cacat dibaling bata. Hahaha. Bila kawanku membata, Kawanku suka main bataku.
AK: Kawanku tokey bata, Kawanku jahat baling aku dengan bata.
AS: Hahaha. Kerana bata aku ketawa.
AK: Aku dan kawanku di hospital jiwa kerana bata.
AS: Semuanya salah si bata.
AK: Jangan salahkan si bata.
AS: Bata membuatku merana. Wang nampaknya tak siap jugalah blog aku ni. bagilah chan aku siapkan blogpost aku ni dulu. Hahaha.
AK: Kerana bata blog kawanku tak siap, Ketawa kawanku sampai tercirit bata. Hahaha.
AS: Kawanku membahan bataku tak pandai habis.
AK: Topik bata kawanku cukup menarik, Isteri kawankku bersubang bata.
AS: Bataku oh bataku.
AK: Hari ini hari bata sedunia.
AS: Kawanku tersilap tarikh bata sedunia.
AK: Bata emas dibawa belayar bata kawanku sengajaku campak ke laut, Alamak aku terbuang bata kawanku.
AS: Kawanku tak puas hati dengan bataku, kawanku masih bermain dengan bataku, Bataku bertahta di hatinya.
AK: Aku tak puas hati dengan bata kawanku.
AS: Bataku sungguh menawan hati, Bataku diperkotak katikkan.
AK: Bata kawanku dipatuk ayam, Bata kawanku dikencing anjing.
AS: Binatang peliharaan kawanku dengki dengan bata kawanku.
AK: Nasi lemak kawanku bersambal bata, Bukan Anjing aku yang kencingkan bata kawanku.
AS: Kawanku tak puas hati di sabotajnya nasi lemakku dengan bata., Anjing kawanku kencingkan bataku.
AK: Bukan niatku letak bata dalam nasi kawanku.
AS: Kawanku berniat membunuhku dengan bata.
AK: Aku bunuh kawanku tanpa niat nawaitusaumaghodin dengan bata.
AS: Kawanku berniat membunuhku dengan bata.
AK: Bukan niatku membunuh kawanku dengan bata.
AS: Niat batanya membunuh aku.
AK: Aku tak tahu nak cakap apa lagi pasal bata, Kerana bata idea aku habis.
AS: Idea bata kawanku habis.
AK: Kesepian aku menunggu dihimpit bata.
AS: Kawanku membujang dengan bata.
AK: Kawanku pun sama membujang dengan bata, Kawanku tukang bata suka mengolokku.
AS: Kawanku bataku berpisah tiada, Kerana bata blog aku sudah siap.
AK: Dimana ada bata di situ ada kawanku, Siap juga blog kawanku kerana bata, Persahabatan kami berteraskan bata, Lindungi kami daripada bata.
AS: Bata pemangkin diri, Bataku juga jadi sasaran kawanku.
AK: Hinakah kawanku kerana bata?, Jangan kau beli bata kawanku, Aku jahat terhadap kawan ku kerana bata.
AS: Kawanku hina diriku kerana bata.
AK: Bukan niatku menghina kawanku kerana batanya, Aku sangkakan belacan rupanya bata kawanku, Pelamin kawanku kukuh diperbuat daripada bata.
AS: Hina diriku oleh bata kawanku.
AK: Tidak lama lagi aku dan kawan aku akan menghuni hospital sakit jiwa kerana bata, Pandu dengan cermat ingatlah bata yang tersayang.
AS: Kawanku Bataku macam tak boleh siap Journalku.
AK: Jangan beratkan fikiran dengan bata kawanku, Kawanmu  tidak bersalah yang bersalah adalah bata kawanku.
AS: Beriadah dengan bataku, Aku lapar kerana bata.
AK: Bagus kawanku makanlah bata kau itu, Kawanku sesitif isu bata.
AS: Hahaha aku tengan makan limaulah bukan bata.
AK: Kawanku keliru antara limau dan bata, Kawanku itu sebenarnya bata bukan limau.
AS: Habis sudah.. tinggal kulit sahaja.
AK: Kawanku hanya tinggal kulit sahaja selepas makan buah limau jadi siapa yang akan teruskan usahanya membuat bata nanti?
AS: Kawanku mengidam limau tapi dimakannya bata.
AK: Kawanku serender topik bata.
AS: Kawanku berlari termakan bata.
AK: Kawanku kibar bata putih tanda menyerah.
AS: Awang aku dah nak pergi makmal ni, nak tengok bata hahaha.
AK: Kawanku lucu sungguh kerana bata.
AS: Yes.. baru upgrade TownHall(Clash of Clans) level 7 o.. hihihi nak kena tunggu 5 harilah pula. Ok Awang nanti invite aku masuk clan kau ok. Akhirnya siap juga Conclusion bataku walaupun ada kawan yang sudi tergamak permainkan bataku. Hahaha.

Begitulah berakhirnya dialog antara AS dan AK. Hahaha tergelak juga AK bila baca apa yang AK taip ni, hahaha sudah macam perangai kanak-kanak.

Meskipun dalam cerita ini ada banyak perbezaan dari dialog perbualan yang sebenar namun isi-isi penting masih dikekalkan. Untuk makluman pembaca AK sengaja menterjemahkan dialog kami ke bahasa Melayu supaya senang difahami almaklumlah kami berdua orang Sabah jadi logat percakapan kami mungkin berbeza sedikit dan mungkin sukar difahami.

Harap dimaafkanlah sekiranya cerita ini tidak menarik AKcuma mahu berkongsi cerita ini sahaja setelah mendapat keizinan daripada yang mulia Dato. AS kita.(*Jangan marah ya AS hihihi)

Sekian dulu buat kali ini diharap terhiburlah sedikit walau tak berapa nak lucu cerita ni. ok. Terima Kasih.