Pada suatu hari ada seorang budak bernama Hameed yang
tinggal di sebuah kampung di Perak. Kesemua rakan-rakannya benci dengan
kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Noraini. Guru kelasnya selalu
memarahi Hameed dengan berkata "Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana
dengan awak ni Hameed". Pada suatu hari ibu Hameed datang ke sekolah untuk
melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah.
Cikgu Noraini berterus-terang
dengan ibu Hameed bahawa Hameed sudah tidak dapat dilakukan apa-apa usaha lagi terhadapnya.
Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar
dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain. 25 tahun kemudian, Cikgu Noraini
mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit
jantung untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yang
sangat pakar dengan pembedahan tersebut.
Cikgu Noraini tiada pilihan lalu
bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan sekaligus pembedahan
tersebut berjaya. Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor
yang kacak berada di sampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum. Cikgu
Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada
doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara.
Semasa mereka
saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu
Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba
mengangkat tangannya dengan keadaan yang bersusah payah untuk memberitahu
sesuatu. Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yang sedang Cikgu
Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan
mendapati Hameed yang bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat
bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum dia...
Jika anda fikir Hameed
adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak menonton
filem Tamil atau Hindustan, atau terlalu banyak membaca buku-buku motivasi..
No comments:
Post a Comment