Di cubanya untuk mengerakkan Bibik
“Bibik.. Bibik..” dengan keadaan jari bergeletar. Bibik tidak bergerak sedikit
pun, tapi helah nafasnya masih lagi kedengaran. Sedang Alif cuba membangunkan
Bibik, bunyi dari kedengaran di perkarangan rumah. Alif cuba mengintai dari
jauh ke perkarangan rumah, namun keadaan gelap menghalang jarak penglihatan
Alif.
Ketika cuba mendekati pintu masuk utama,
tiba-tiba semua lampu didalam rumah terpadam. Alif terus lari ke biliknya di
tingkat dua, dengan bantuan lampu kecemasan yang agar samar didalam rumah.
Terus mendapatkan telefon bimbitnya untuk membuat panggilan kawan rapatnya
Simon yang tinggal beberapa baris di situ untuk meminta bantuan.
Alif buntu didalam bilik, mundar mandir
menunggu kedatangan Simon. Alif baru teringat akan ibunya yang masih lagi tidak
balik, Alif segera menelefon ibunya tetapi telefon ibunya dimatikan. Alif
semakin tidak keruan. Hanya beberapa minit menunggu kedatangan Simon dirasa
berhari lamanya.
Pintu utama di ketuk dan Alif melihat dari
luar jendela, diperhatikanya Simon berada diperkarangan rumah. Alif terus
berlari menuruni anak tangga dengan pantas dan menunju ke pintu utama.
“Simon!”, Jerit Alif sebaik sahaja membuka pintu utama. Alif hairan, sebab ibu
bersama-sama Simon diluar rumah.
“Ibu.” Dengan muka pucat memerhatikan
ibunya. “Bila ibu balik?, Tadi Alif call tapi tak dapat”, sambung Alif dengan
nada sedikit gusar. Ibu membalas pertanyaan Alif “Handfon ibu habis bateri, Ibu
balik lewat ni pun sebab meeting lambat habis, tambah-tambah lagi traffic
jammed” sambil masuk ke dalam rumah.
“Simon aunty masuk dulu ye.”
“Kejap Ibu, Alif sebenarnya ada benda nak
bagi tahu.” Dengan muka serius dengan sedikit gemuruh. “Bibik”.. Alif memandang
ibu. “Bibik ibu, bibik, dia ada kat bilik air belakang” Ibu dan Simon saling
berpandangan dan memerhatikan gelagat Alif.“ Alif tak tahu macam mana Bibik
boleh masuk ke dalam mesin basuh. Kita kena bantu dia sekarang” sambil menarik
tangan ibunya ke bilik air, Simon hanya mengekori dibelakang ibu dan Alif.
Alif segera membuka penutup mesin basuh
yang tertutup rapat. “Ini Ibu”. Sambil menunjuk kedalam mesin basuh. “Apa yang
ada kat dalam, hanya baju kotor Alif. Apa yang Alif Nampak?” Tanya Ibu kepada
Alif. Alif berasa hairan sebab dia betul-betul telah nampak Bibik didalam mesin
basuh tidak sedarkan diri. “Betul ibu, Alif nampak Bibik kat dalam ni” cuba
meyakinkan Ibu. “ Ibu lupa nak bagi tahu ke Alif, Bibik ada call pagi tadi bagi
tahu dia tak masuk kerja hari ni, sebab rasa badan tak sihat, sudahlah Alif,
bawa Simon ke ruang tamu”. Sambil keluar dari bilik air “ aunty naik dulu Simon
nak rehat, kalau nak apa-apa minta je kat Alif” Ibu meninggalkan Alif yang
didalam ke bingungan. “Tapi Bibik”. Sambil Alif melihat Simon di muka pintu
tandas.
Bersambung…
menanti part 4 pula hihi ,,
ReplyDeletebersambung lagi... dah macam drama tv3 pulak neh..
ReplyDelete