Sebelum ke kuliah, AS selalu masak nasi goreng bujang untuk sarapan. Just make it simple. Kali ni untuk makan 1-2 orang
Bahan-bahan:
Nasi- 400g
Telur - 2 biji
Bawang besar- 1/2 (dihiris)
Ikan bilis- 30gram - dalam 1 genggam kecil
Lada kisar- 1 sudu ( jika perlu)
Minyak Masak- 3 sudu
Lada sulah
Garam
Cara-cara:
Panaskan minyak. Masukkan telur dan kacau sehingga masak, masukan ikan bilis yang telah dibasuh dan masukan bawang besar, masak sehingga bawang nampak layu. masukan lada kisar biarkan seketika 10saat dengan api sederhana. Masukan nasi garam dan lada sulah. Gaul sehingga sebati. dan siap untuk dihidang. Rajin sikit letak daun sup dan hiriskan timun.
simple dan sodappp
ReplyDelete