“Penatnya hari ni” keluh Alif sambil
bebaring di sofa biliknya. Setelah penat yang berpaut hilang, Alif menyiapkan
diri untuk mandi dan bersolat. Semua telah selesai, Alif terasa lapar dan
bersedia untuk makan malam. Keadaan rumah masih sunyi tanpa sesiapa di rumah.
Alif ke dapur untuk mencari makanan,
“Bibik oh Bibik!!” panggil Alif dengan suara kuat. “Mana pula Bibik ni pergi”
Alif berkata perlahan sambil menjerang air menggunakan pemanas air elektrik.
Menunggu air mendidih, Alif memerhati
bilik air belakang dengan lampu yang masih bernyala dari pagi tadi sebelum dia
berangkat ke kuliah. Alif memberanikan diri untuk memeriksa sekali lagi. Dilihatnya
keadaan hanya sama seperti pagi tadi. Alif ke bahagian almari penyimpaan sabun
untuk diperiksa.
Ternyata setelah dibuka didalam almari
tersebut Alif ketemukan sesuatu yang telah lama dicarinya iaitu baju pemberian
sahabat lamanya Soer yang telah terputus hubungan kerana telah pergi ke luar
negara. Alif terus teringat macam mana perkenalannya dengan Soer. Soer adalah
anak kawan ayah yang juga bekerja sebagai pengkaji hidupan laut bersama-sama
dengan ayahnya.
Kerana keakraban orang tuanya yang sering
melawat kerumah, akhirnya Soer dan Alif berkawan baik. Tetapi secara tiba-tiba
ayah soer terpaksa berpindah keluar Negara disebabkan masalah yang tidak dapat
dielakkan, sejak dari itu perhubungn Soer dan Alif telah terputus.
“Siapa yang sembunyikan baju ni disini” sambil
mengambil baju tersebut Alif berkata dalam hatinya “Bilalah boleh kita boleh
bertemu Soer, hampir 8 tahun kita tidak mendengar khabar” dengan tersenyum
simpul. Alif membawa baju tersebut dan dibawanya
keluar dari situ.
Ketika Alif ingin keluar dari bilik air
tersebut, terlintas dikepala Alif untuk memeriksa didalam mesin basuh automatik
yang berada dipenjuru hujung bilik air tersebut. Dengan hati yang
berdebar-debar Alif mendekati mesin basuh tersebut, fikirannya bercampur aduk
untuk membuka penutup mesin itu atau tidak. Di kuatkannya tekad dan secara
pelahan-lahan Alif membuka penutup mesin basuh. “BIBIK!!!!” jerit Alif.
Bersambung…
bila sambunganya ni?? suspen betul..
ReplyDeleteok, next........
ReplyDelete