Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Friday, 12 June 2015

TETAMU TAK DIUNDANG....

TETAMU TAK DIUNDANG.... 

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...

Dicatat oleh IBNU MUSLIM

Wednesday, 22 April 2015

Anak soleh


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. .

Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allahs.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. . Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t .

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur.

Tuesday, 21 April 2015

Saya Sayang Mak Saya

Untuk seorang anak.baca lah ni.tak sampai 5 minit pun. .
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata, memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku ..... Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku ......Mak .
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku ..... Mak
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut ...... Mak .
Bila bangun tidur, aku cari .......Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang ....... Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati .......Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah ........Mak .


Bila sedih , yang boleh memujukku hanya .......Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku ........Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma ........Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah........ Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku .........Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk ........Mak .
Aku selalu teringatkan ........ Mak .
Bila sedih , aku mesti telefon .........Mak .
Bila seronok , Orang pertama aku nak beritahu .......Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada .........Mak .
Bila takut , aku selalu panggil .......... " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah ........Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga ........Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu ........Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau ..........Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni ......... Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku ....... Mak .
Kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk ........Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku ..........Mak .
Yang selalu berleter kat aku .........Mak .
Yang selalu puji aku .........Mak .
Yang selalu nasihat aku ....... Mak .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ......... Mak.
Ucapan azimat mak "Biar org tak sayang kamu..... Mak sayang kamu"
Kini Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila seronok , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut harijadi, Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefon pasanganku !
Entah bila , aku nak telefon mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !
Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirim wang untuk mak
" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT-
SANGAT ! "
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya ! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya !
<<<<<<>>>>>>>>
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di apron,lalu menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak & terus membacanya .
Kos upah membantu ibu :
1) TOlOng pergi kedai :
RM4.00
2) TOlOng jaga adik :
RM4.00
3) Tolong buang sampah :
RM1.00
4) TOlOng kemas bilik :
RM2.00
5) TOlOng siram bunga :
RM3.00
6) TOlOng sapu sampah :
RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
"PERCUMA"
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata ,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .
Kasih ibu kasih sejati bawa ke hingga ke mati.
Saya sayang MAK saya !!

Sunday, 19 April 2015

Cerita abang tembikai

Berborak dengan seorang senior. Dia berkulit gelap, chubby dan boroi. Macam mamak sikit. Isterinya juga lebih kurang dengan dirinya.
Disebabkan dia ni sporting, sengaja ku ajukan soalan kepadanya. Masa tu isterinya pergi mencari sayur. Dia duduk di sebelah membelek-belek tembikai. "Maaf tanya, bang. Abang tak terfikir ke masa nikah dulu, nak dapatkan isteri yang cantik?"
Dia tersentak. Maybe soalan tu agak direct. Tapi, dia senyum saja. Orang matang, kan.
"Siapa yang tak nak isteri cantik. Lelaki mana yang tak nak?Tapi, bukan sekadar itu yang patut kau nilaikan. Bukan setakat rupa dan fizikalnya. Kau patut pergi lebih jauh dari skop sempit tu.
"Aku berkerut kening."Maksud abang?"Dia tergelak."Macam tembikai-tembikai depan mata kau ni. Adakah kau nilainya semata-mata dari kulit luaran? Tidak, kan?
Untuk bahagia, kau kena letakkan ketepi soal rupa. Soal agama letak yang utama. Soal jawab dia, sekurang-kurangnya solat 5 waktu tu cukup. Aurat tutup. Sempurna atau tak tu belakang kira, sebab tugas mendidik di bahu kau.
Then, kau kena fikir keluarganya. Kau boleh masuk tak dalam keluarga dia? Kau boleh kamceng ke tak dengan mak ayah dia, adik-beradik dia? Kau jangan pilih mentua yang pernah menyindir, menghina diri kau.
Contoh, pekerjaan kau dipertikaikan, gaji kau diungkitkan. Lama-lama, sabar kau cuma akan membawa kepada sakit hati, akhirnya jadi dendam bila benci mulai bertapak di sanubari. Mulalah kau tak nak balik rumah mentua sebab tak suka dengar, tak suka tengok muka. Dengan adik-beradik dia pun begitulah juga.
Nilaikan semua.Bernikah ni, bukan setakat dengan dia. Tapi, seluruh keluarga dia. Dia saja baik, tapi keluarganya layan kau dengan buruk, kau jangan keraskan hati nak jugak. Kau berundur saja.Pilih yang menyenangkan hati kau. Keluarga yang boleh menghormati dan menyayangi kau, menerima kau seadanya kau. Barulah kita rasa suka ziarah mentua, hati lapang. Bukan kau saja yang mereka terima, tapi keluarga kau juga mereka reda terima. Timbul rasa syukur dapat keluarga baru macam tu.
Seterusnya, kau kena nilaikan. Dia sendiri. Dia cerewet atau tidak. Kalau cerewet, kau jangan teruskan. Pilih yang lain.

Kau takkan senang duduk, nak berehat sikit pun tak boleh asyik membebel. Suruh itu dan ini. Queen control kau. Tak boleh macam tu.
Pilih yang bertolak ansur dan sederhana. Dia tak kisah tak ada aircond, janji ada kipas meja pun dah ok. Tak ada meja makan, makan bersila pun tak mengapa. Tak ada kereta, naik motosikal pun tak jadi masalah baginya. Tak ada duit, dia tak mengeluh. Dia ada duit, dia kongsikan dengan kau. Kau ada duit, kau pula belanja dia macam-macam. Begitulah hidup suami isteri dan nak bentuk keluarga yang bahagia.Bukan kerna rupa.
Bila hati tenang, ibadah pun lenang. Dia tenang, keluarga dia tenang. Semua orang tenang.
Apa lagi yang tak cukup?"Aku senyum saja mendengar kata-kata abang tu. Dia menambah sedikit di hujungnya,
"Sebab itulah aku pilih isteri aku. Atas sebab-sebab yang aku sebutkan tadilah. Kulit hitam ke putih ke, lemak banyak ke sikit ke, takkan pernah memuaskan nafsu mata.Kalau kau nak ikut nafsu mata, mata takkan pernah puas.Tapi kalau kau ikut kata iman, kau akan hargai segala yang kau ada. Segala yang realiti di depan mata.
"Aku salam tangannya. Hulurkan tembikai padanya sebagai hadiah. Ilmu yang lebih mahal harganya dari tembikai-tembikai yang aku jual.
Aduh. Bila Tuhan mahu menjentik hati.
cerita oleh: Muhammad Rusydi

Tuesday, 14 April 2015

Ibu

SEORANG SUAMI MENGAJAK ISTERINYA MAKAN SEPERTI BIASA. 
.
"JOM SAYANG KITA PERGI MAKAN KAT SATU TEMPAT TU, SEDAP SANGAT MAKANANNYA DAN TEMPAT YANG SANGAT ISTIMEWA PULA."
.
ISTERINYA PADA MULANYA DIAM DAN TIBA-TIBA BERKATA:
.
"SAYA SEBENARNYA LEBIH RELA ABANG AJAK SEORANG WANITA LAIN UNTUK MAKAN ISTIMEWA DENGAN ABANG..""
.
SUAMINYA TERKEJUT DAN BERTANYA SIAPA WANITA TERSEBUT.
.
ISTERINYA MENJAWAB, "AJAKLAH MAK ABANG."
.
"ABANG DAH TERLALU LAMA TAK MELUANGKAN MASA BERBUAL DAN MAKAN DENGAN MAK ABANG."
.
"SAYA SUDAH SELALU ABANG LAYAN SETIAP HARI TAK PERNAH TERLUPA..
ABANG PERGILAH LAYAN MAK ABANG PULA."
.
SUAMINYA TERKEJUT BERCAMPUR SEDIH DAN AMAT TERHARU. 
.
DIA TELEFON IBUNYA DAN MENGAJAK IBUNYA. 
.
IBUNYA TERKEJUT TAPI SANGAT GEMBIRA.
.
IBUNYA INGINKAN KEPASTIAN APAKAH BENAR
HANYA MEREKA BERDUA SAHAJA..
.
SI ANAK MENGIAKAN.
.
DIA PUN MEMBAWA IBUNYA MAKAN BERSAMA-SAMA DI TEMPAT ROMANTIK DAN ISTIMEWA ITU.
.
MEREKA BERBUAL PANJANG.
.
IBUNYA TERSENYUM PUAS DAN SANGAT GEMBIRA DAPAT MAKAN SERTA BERCAKAP-CAKAP PANJANG DENGAN ANAKNYA..
.
SI ANAK BERTANYA PADA IBUNYA.
.
"OK KE MAK?"
.
"MAK SERONOK KE?"
.
JAWABNYA IBUNYA,
.
"YA ANAKKU."
.
"SUSAH-SUSAH BAWA MAK KE SINI. "
.
"SERONOK DAPAT BERCAKAP-CAKAP DENGAN KAMU."
.
"NANTI SAYA BAWA MAK LAGI YA?”
.
JAWAB IBUNYA, 
.
"NANTI MAK PULA YANG AKAN BELANJA DAN AJAK KAMU KE SINI..
.
SETELAH ITU MEREKAPUN PULANG.
.
SI ANAK TERLALU SIBUK DENGAN KERJAYANYA.
.
SIBUK DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK SETIAP HARI..
.
TIDAK SEMPAT LUANGKAN MASA UNTUK MENELEFON IBUNYA YANG KESEORANGAN. 
.
JUMPA JARANG-JARANG SEKALI.
.
SATU HARI DALAM KESIBUKAN DIA TERKEJUT MENDENGAR IBUNYA SAKIT.
.
DIA KELAM KABUT MENINGGALKAN KERJA KERANA DIA MASIH SAYANG IBUNYA. 
.
APABILA SAMPAI DI HOSPITAL IBUNYA TELAH DIAMBIL TUHAN(MENINGGAL DUNIA).
.
DIA SANGAT SEDIH DAN MENYESAL KERANA MENGABAIKAN IBUNYA.
.
TIDAK BERAPA LAMA KEMUDIAN, DIA MENDAPAT KAD DARI TEMPAT MAKAN ISTIMEWA ITU.
.
TEMPAT MAKAN UNTUK DIA DAN ISTERINYA SUDAH DIBAYAR...
.
MEREKAPUN MAKAN. 
.
MASA MAKAN DIA DAPAT SEKEPING NOTA DARIPADA ORANG YANG MENEMPAH TEMPAT ITU.
.
RUPA-RUPANYA TEMPAHAN DIBUAT OLEH ARWAH IBUNYA. 
.
KATA IBUNYA, 
"TERIMA KASIH GEMBIRAKAN MAK, WALAUPUN HANYA SEKALI LUANGKAN MASA KAT MAK".
.
" MAK NAK BALAS DAN TUNAIKAN JANJI MAK. 
.
MAK DAH TEMPAH KHAS BUAT KAMU DAN ISTERI KAMU.
.
"SELAMAT BERGEMBIRA WAHAI ANAKKU."
.
LELAKI TADI DAN ISTERINYA MENANGIS TERESAK-ESAK.
.
ITULAH MAK.....
.
YA TUHAN, TIDAK TERBAYAR PENGORBANAN MAK.
.
TAK PERLU LAYAN MAK TIAP-TIAP HARI SEBAB KITA SANGAT-SANGAT SIBUK DENGAN KEHIDUPAN.
.
TAPI SEKURANG-KURANGNYA BUATLAH SESUATU DAN GEMBIRAKAN HATI MAK, SEBELUM MAK PERGI....
.
MALAM HARI BERDOA DAN MENANGISLAH PADA ALLAH MOHON KEBAIKAN BUAT MAK...
.
KADANG-KADANG ADA ORANG BERASA HEBAT KERANA BARU BERKHIDMAT SIKIT DENGAN MAK.
.
BARU BAGI SEDIKIT SUMBANGAN DGN MAK, DAH RASA MEMADAI .
.
SEBENARNYA KITA BELUM BUAT YANG TERBAIK KAT MAK....
.
KITA CUMA BARU NAK BALAS JASA MAK...
.
ITU PUN TAK TERBALAS SAMPAI BILA2.
.
MAK TUMPANGKAN KITA DALAM PERUT DIA SELAMA 9 BULAN
.
MAK BERSABUNG NYAWA MAK BAGI KITA LIHAT DUNIA NI
.
MAK BAGI KITA PERGI TADIKA
.
MAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH RENDAH
.
MAK BAGI KITA PERGI KE SEKOLAH MENENGAH
.
MAK BAGI KITA BELAJAR DI UNIVERSITI
.
MAK BAGI KITA BEKERJA
.
MAK BAGI KITA BERKAHWIN
.
MAK BAGI KITA ADA ANAK
.
BUKAN MAK BAGI UNTUK LUPAKAN DIA..... 
.
MAK MANDIKAN KITA DARI BARU LAHIR SEHINGGA 6 TAHUN. 
.
MAK TUKARKAN PAMPERS ATAU LAMPIN DARI BARU LAHIR SEHINGGA 3 TAHUN. 
.
MAK MENYUSU SEHINGGA 2 TAHUN
.
MAK SUAP MAKAN SEHINGGA UMUR 3 TAHUN
.
MAK SIAPKAN MAKAN MINUM PALING KURANG 17 TAHUN.
.
MAK BASUH BAJU DAN SETERIKA BAJU KITA SELAMA 17 TAHUN.
.
MAK DUKUNG 3 TAHUN. 
.
MAK CUCI NAJIS 5 TAHUN. 
.
MAK BERDOA BUAT KITA SELAGI MAK BERNYAWA.
.
MAK SAYANG KITA SAMPAI KE AKHIRAT....TIADA KESUDAHAN....
.
KITA PULA SAYANG MAK, MACAMANA YA..?????
.
JADILAH ANAK SOLEH WAHAI ANAK-ANAK YANG MASIH ADA MAK.
.
HARGAILAH MAK KITA..
.
SAYANGILAH MAK. 
.
MINTA MAAF DENGAN MAK.
.
BUAT BAIK DENGAN MAK....
.
CAKAP ELOK2 DENGAN MAK
.
JAGALAH HATI MAK....
.
KUNJUNGILAH MAK....
.
BERBUALLAH DENGAN MAK
.
HUBUNGILAH MAK WALAU SIBUK MACAMANA SEKALIPUN.
.
ITUPUN JIKA SEMPAT.....
.
ITUPUN JIKA MAK MASIH BERNYAWA...
.
LAKUKANLAH TANPA BERLENGAH LAGI.....
.
ALLAH AKAN BANTU ANAK2 SEKALIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
.
AAMIIN.