Hari tu AS pergi pontian, Johor
ada majlis kenduri kawen kawan, dah habis singgah kat kedai tepi jalan beli
Nanas. Kat tempat lain tak boleh nak dapat nanas semurah rm1.20 sebiji, AS pun
borong 3 biji. Jadi hari ni AS nak ajar cara masak Pajeri ringkas ala bujang.
Nanas 1 biji- dipotong
Bawang merah- 4 ulas (ditumbuk)
Bawang putih- 4 ulas (ditumbuk)
Serbuk kari daging – 70g (nak
pedas tambah banyak sikit) (make it slurry)
Buah Pelaga- 3biji
Bunga lawang – 1kuntum
Kulit Kayu manis- 2-3cm
Lada kisar- 2 sudu
Cuka – 2 sudu
Minyak masak- 5 sudu
air
Garam
Gula
Cara-cara:
Panaskan 5 sudu minyak, tumis
bawang merah dan bawah putih sehingga naik bau, masukan lada kisar, masukan
kari yang telah dibancuh dengan air, tumis sehingga kari masak.(minyak timbul
dipermukaan kari). Masukan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu
manis. Tumis 30 saat. Masukan air sedikit, kemudian masukan nanas. Masukan cuka,
garam dan gula secukupnya. (kalau rasa masam sangat letak gula, kalau rasa
manis sangat letak cuka) – Kalau dah rasa lain macam sangat buat barulah…. Hehehehe..
Biarkan nanas masak sehingga empuk dalam 10 minit api sederhana.
No comments:
Post a Comment