“Dah jom” Simon mengajak Alif yang masih
dalam kebingungan. Elektrik yang tadinya mati berfungsi seperti sediakala. Alif membawa
Simon ke biliknya untuk menceritakan apa yang berlaku. Jam menunjukan pukul
11.08 malam, Simon minta diri untuk pulang, “Alif aku nak gerak dulu dah pukul
11 dah ni, nanti parents aku marah pula”. “Alah tido sini je lah, esok bukanya
ada kuliah pun, call parents ko kata ko tido sini, macam tak biasa” balas Alif
untuk Simon bermalam sahaja dirumahnya malam itu. “Yelah-yelah, aku call mak
aku kejap”. sambil membuat panggilan.
“Alif, nak buat apa semester break ni,
minggu depan kot?, ada apa-apa planning tak?” Tanya Simon dengan berbaring dikatil Alif. “Tak tahu lagi, ko ada idea ke nak pergi mana-mana?” Alif melontar
persoalan semula kearah Simon. “Tak tahu lagi, nanti kita bincangkan”
menamatkan perbualan, dan keduanya menonton DVD dengan tv LCD 32” dibilik Alif.
Cuti semester yang ditunggu telah tiba.
Alif, Simon dan 5 orang rakannya yang lain Lyn, Mia, Chloe, Ezrail dan Noel
bersiap ke pulau peranginan terpencil yang jarang dikunjungi orang dengan
mempunyai khazanah laut yang memukau, dan sangat sesuai untuk aktiviti menyelam
yang mereka idamkan. Ada satu-satunya chalet yang masih beroperasi disana.
Keadaan sedikit berangin ketika mereka
menaiki bot untuk ke pulau itu, Lyn dan Mia tidak tahan gelora laut dan mabuk
disepanjang perjalanan. Manakala yang lain seperti sudah biasa dengan keadaan
berombak. Setibanya mereka dipulau tersebut di sambut oleh Pak Ali yang
merangkap untuk semua kerja di chalet itu.
“Wei korang, mari sini!” jerit Simon yang
telah berada dipantai setelah daftar masuk ke chalet. “Cantik kot pantai kat
sini, rugilah kalau dah sampai kita duduk lepak kat chalet” sambungnya setelah
Alif, Ezrail dan Noel menghampiri. “Lyn dan yang lain mana?” tanya Simon
apabila bayang rakan wanitanya tidak kelihatan. Noel membalas spontan “Lyn dan
Mia masih mabuk lagi, Chloe temankan diorang”.
Sambil berjalan dipersisir pantai sambil
berbincang apa aktiviti yang perlu dilakukan semasa berada dipulau tersebut.
Alif lebih banyak mendiamkan diri sejak peristiwa minggu lepas, perkara
tersebut masih bermain di fikiran Alif. “Okay, malam ni kita buat ala-ala
fire-camp kat depan pantai ni, lepas tu kita boleh bincang sekali dengan budak
perempuan untuk aktiviti esok, macam mana?” Simon mula memberikan pandangan dan
soalan kepada yang lain. “okay je, tak
kisah yang penting kita!” kata Ezrail “Enjoy” sambung yang lain serentak.
Malam semua berkumpul seperti yang
dijanjikan, membuat unggun api sambil membakar ayam dan jagung. Semua
kelengkapan disediakan oleh pihak chalet. Bersembang panjang sehingga larut
malam, Lyn dan Mia masih lagi lemah disebabkan mabuk laut tadi. “Lyn teman Mia
pergi toilet jap” Mia memanggil Lyn yang sedang duduk mendengar Ezrail
bercerita. “Okay jap, Lyn pun nak pergi tandas gak ni” Lyn bergerak bersama Mia
untuk ke tandas.
Beberapa minit kemudian, Lyn datang dengan
tergesa-gesa seperti dikejar hantu. “Mia mana?, sampai hati tak tunggu aku kat
tandas” Lyn membuka persoalan kepada rakan yang lain. “Mia tak datang sini lagi
lah Lyn, kan dia dengan Lyn tadi” Chloe cuba meyakinkan Lyn. “Tapi dia dah
takde tadi, Lyn dah panggil nama dia kat tandas, kat luar semua takda” Lyn mula
merasa cemas. “Takpa-takpa, kita cari
Mia sekitar sini” Kata Alif bingkas bangun dari duduknya sambil membawa yang
lain.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment