Friday, 6 November 2015

Ayam Paprik

Senang, mudah dan ringkas....

Bahan bahan

Ayam 3-4 ketul 
Lada kisar 100g
Cili Thai- 7 batang dihiris
Serai 2 batang- Dititik
Daun limau purut - 5 helai- dihiris
Bawang besar - 1 biji dihiris
Bawang putih 2 biji- dihiris
Halia- 1 inci dihiris
Garam
Gula
air 300ml- atau sehingga ayam masak. boleh tambah
air asam jawa/ asam keping 1keping
Minyak masak

Cara cara

Masukan minyak masak 3-4 sudu, tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili thai, serai seketika kemudian masukan lada kisar tumis sehingga pecah minyak (bau wangi dah keluar). Masukan air dan air asam jawa. Biarkan mendidih kemudian masukan ayam dan biarkan sehingga ayam masak (10-15minit) masukan gula 2 sudu makan dan garam 1-2 sudu teh. Akhir sekali masukan daun limau purut dan biarkan seminit dua dan boleh dihidang. 


1 comment: