Saturday 20 June 2015

Begedil Bujang

Begedil bujang sesuai untuk anda yang mempunyai masa yang terhad..

Bahan-bahan:

Kentang 3 biji- direbus empuk
Cili thai - 5 biji - dihiris (nak pedas tambah lagi)
Bawang besar - 1 biji - hiris halus
Tepung - 3 sudu
Telur - 2 biji
Garam- secukup rasa
Serbuk lada putih
Daun sup

Ayam/lembu daging cincang (jika perlu) - 3 sudu

Cara-cara:

kentang dilenyek, masukan cili thai yang telah dihiris bersama bawang besar yang telah dihiris. Mixed. Letak tepung, sebiji telur, garam, lada putih dan daun sup . Masukan ayam/daging jika perlu. Gaul hingga sebati dan boleh dibentuk. sekiranya adunan lembik tambah sedikit tepung sehingga boleh dibentuk. 

Celup kedalam telur dan goreng dengan api sederhana. Tunggu hingga keperangan, angkat dan dijamu.  


No comments:

Post a Comment