Friday 1 May 2015

Grey Lady - Betul ke??

LONDON 26 Feb. – Seorang pelajar sekolah menengah terkejut apabila dia secara tidak sengaja merakamkan imej hantu Grey Lady menggunakan telefon pintarnya baru-baru ini di Istana Hampton Court.

Memetik kenyataan Utusan Online hari ini melalui laporan Daily Mail, Holly Hampsheir, 12, mendakwa secara tidak sengaja merakamkan imej hantu tersebut ketika mengambil gambar sepupunya, Brook McGee semasa mengunjungi istana yang dibina pada kurun ke-16 itu.

Remaja sekolah itu mendakwa imej tersebut ialah kelibat Grey Lady yang dikenali sebagai Dame Sybil Penn, pelayan Ratu Elizabeth I.




Hampsheir yang berasal dari Hornchurch, Havering memberitahu akhbar The Sun, dia berasa sangat bingung dengan hasil imej yang dirakamkannya.

“Saya benar-benar panik. Saya tidak melihat apa-apa ketika itu.

“Orang ramai berkata, keadaan bilik akan menjadi sejuk apabila hantu mula muncul namun kami tidak mengetahuinya. Sejak itu kami sering terjaga ketika tidur,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Holly Angie, 48, berkata, ketika kejadian tiada orang lain berada di ruangan itu kecuali dua remaja berkenaan.


Seorang pakar fotografi menyatakan, dia percaya imej dirakam pelajar perempuan itu tidak diedit.

Penn meninggal dunia pada tahun 1562 kerana demam campak dan terdapat beberapa laporan menyatakan kelibatnya sering dilihat di Istana Hampton Court.

No comments:

Post a Comment