Mesti peminat Doraemon akan tertanya-tanya apa senarai
cerita-cerita panjang Doraemon dan pastinya tidak sabar untuk menyaksikannya.
1.
Nobita dan Dinosaur: Cerita ini mempunyai
kaitan (malah mungkin sambungan) kepada salah satu cerita bersiri manga. Cerita
ini mengisahkan Nobita menemui sebiji fosil telur dinosaur dan dia memulihkan
dengan kain masa untuk dieram serta ditetaskan. Apabila dinosaur itu menetas,
dia dinamakan "Pisuke". Walau bagaimanapun, saiznya yang semakin
membesar membuatkan penduduk setempat mengesyaki akan kewujudan Dinosaur dan
Doraemon memaksa Nobita meletakkan Pisuke ke zaman purba iaitu "tempat
asalnya". Disebabkan Nobita telah bertaruh dengan Suneo dan Giant untuk
menunjukkan fosil hidup Dinosaur, Nobita membawa Suneo, Giant, Shizuka bersama
Doraemon menemui Pisuke di zaman purba. Ketika itu, penjelajahan mereka bermula
apabila mereka dikejar kumpulan pemburu dinosaur yang ingin mendapatkan Pisuke.
2.
Sejarah Penerokaan Angkasa Lepas: Kisah ini
pula mengisahkan Nobita terjumpa satu jalan keluar ke sebuah kenderaan milik
pengguna yang berada di planet lain. Nobita dan Doraemon berkawan dengan orang
di planet itu dan mendapati planet mereka aman damai. Walau bagaimanapun,
planet itu diancam bahaya kerana sumber yang diburu oleh sebiiah syarikat
galian dan kini, Nobita dan Doraemon perlu membantu warga planet itu untuk
menyelamatkan tanah mereka dari dimusnahkan.
3.
Penjelajahan Alam Misteri : Nobita menemui
sebuah negara yang tersembunyi di sebalik rimbunan hutan Afrika. Mereka
membantu seekor anjing untuk memulihkan negaranya yang diperintah oleh kuku
besi yang telah merampas harta daripadanya. Seperti biasa, Doraemon dengan yang
lain akan menjelajah ke benua Afrika yang liar untuk tiba ke negara tersebut
dan menempatkan semula pewaris takhta yang sepatutnya.
4.
Kubu Hantu di Dasar Laut : Nobita, Doraemon,
Sinyu, Giant dan Sizuka bercuti di dasar laut setelah bertengkar tentang
percutian sama ada di pergunungan atau di pantai. Mereka turut teruja dengan
kapal yang dipenuhi oleh emas yang ditemui secara misteri di perairan. Di dasar
laut, mereka menemui misteri apabila berjumpa dengan ketamadunan bawah laut,
manusia dasar laut dan kubu hantu yang terletak di Segitiga Bermuda. Terpulang
kepada mereka kini untuk pulang hidup-hidup dan pada masa yang sama menyelamatkan
bumi serta orang dasar laut.
5.
Penjelajahan Sarang Hantu : Nobita menggunakan
'telefon' Doraemon dan meminta dia berada di dunia sihir. Walau bagaimanapun,
keadaan tidak menentu dan tidak terkawal apabila kedua-dua dunia tersebut telah
bercampur aduk dan di ancam oleh hantu yang berada di 'planet' lain yang ingin
mengawal bumi. Doraemon dengan Nobita perlu memasuki sarang hantu tersebut
untuk membunuh ketua hantu agar dapat menyelamatkan bumi dan mengembalikan
keadaan seperti sedia kala.
6.
Perang di Angkasa Lepas : Nobita telah menemui
sejenis makhluk angkasa lepas yang sangat kecil dan menyelamatkannya. Mahkluk
tersebut meminta bantuan Nobita dan yang lain untuk menyelamatkan planetnya
daripada ancaman diktator kuku besi yang mengongkong mereka. Doraemon dan yang
lain yang turut dikecilkan bersetuju untuk membantu.
7.
Nobita dan Panglima Besi : Kali ini Nobita
menemui sebuah robot misteri tanpa mengetahui robot itu bakal membawa masalah.
Tambahan pula, sebuah robot wanita telah muncul dan mencetuskan permasalahan yang
memeningkan Nobita dan Doraemon apabila kaum robot ingin menyerang bumi dan
menangkap semua manusia untuk dijadikan hamba. Seperti biasa, Nobita, Doraemon
dan yang lain perlu memulihkan keadaan.
8.
Penunggang Dinosaur : Setelah memperoleh
keputusan yang teruk, Nobita perlu menyembunyikan kertas ujiannya. Doraemon
mencari lubang bawah tanah untuk dijadikan tempat persembunyian yang
kemudiannya digunakan sebagai tempat mereka bermain. Walau bagaimanapun, Sinyu
terserempak dengan benda yang tidak sepatutnya dan membawa mereka ke
penjelajahan bawah tanah yang merupakan dunia kepada dinosaur dan manusia
dinosaur. Tetapi, manusia dinosaur mempunyai agenda terhadap manusia di muka
bumi dan terpulang kepada mereka berlima untuk meleraikan kekeliruan yang
dihadapi oleh manusia dinosaur.
9.
Kelahiran Negeri Jepun : Terowong masa
mengalami gangguan lalu membawa seorang budak dari zaman purba ke bilik Nobita.
Maka, Doraemon dan yang lain perlu membantu untuk menghantar pulang budak
tersebut (dalam pada masa yang sama pergi bercuti). Tetapi di sana, mereka
sedar yang budak itu mengalami maslaah besar terhadap kaumnya dan mereka perlu
membebaskan keluarga budak tersebut dari belenggu yang tidak sepatutnya
berlaku.
10. Bintang Misteri : Nobita yang mengigau
telah terjumpa sebuah jalan ke planet yang didiami binatang yang mampu bercakap
dan berjalan seperti manusia. Perjalanan pergi balik mereka dan persinggahan
mereka di sana tidak bermasalah hinggalah jalan pintas itu hilang dan planet
tersebut diserang. Mereka perlu membantu haiwan di planet itu agara keindahan
planet itu tidak diceroboh dan dimusnahkan
11. Negara Lagenda : Pengembaraan ke dalam
buku amat menyeronokkan tetapi tidak jika tersangkut di dalamnya. Begitulah
yang dialami mereka apabila Sizuka terkandas di dalam buku "Sindbad".
Yang malang sekali, kecuaian Nobita membuatkan emaknya membakar helaian buku
tersebut dan menghalang mereka menyelamatkan Sizuka secara terus. Kini mereka
terpaksa menyusuri sejarah Hikayat Seribu Satu Malam untuk menjejaki Sizuka dan
menyelamatkannya.
12. Negara Awan : Angan-angan Nobita akan
wujudnya negara kayangan di atas langit menjadi kenyataan apabila Doreamon
membina negara di atas awan yang dibekukan. Walau bagaimanapun, mereka telah
terjumpa negara awan yang bukan milik mereka dan mendapati wujudnya ketamadunan
dan pemuliharaan haiwan yang telah pupus di sana. Malangnya, mereka mengancam
untuk menenggelamkan bumi dengan banjir besar kerana kemusnahan teruk yang
dilakukan penduduk muka bumi. Kini, mereka terpaksa menggunakan pelbagai cara
untuk menghalang rancangan menenggelamkan bumi itu.
13. Istana Emas Putih : Percutian tidak
menyeronokkan jika tidak memperoleh tempat percutian yang selesa dan tidak
terlalu ramai. Mereka menemui "Istana Emas Putih" yang dikendalikan
oleh robot dan berada di sebuah pulau yang pelik. Walau bagaimanapun, keadaan
tidak menjadi baik apabila Doraemon diculik ke planet yang diperintah robot dan
Nobita serta yang lain terpaksa berkejar untuk menyelamatkan Doraemon dan
manusia di planet itu agar tidak terus diperintah oleh robot.
14. Tiga Sekawan Pahlawan Pedang Impian :
Impian mereka untuk menjadi pahlawan menjadi kenyataan apabila Doraemon
menggunakan alatnya untuk memasukkan Nobita dan yang lain ke alam mimpi. Tetapi
seperti biasa, keadaan tidak menjadi seperti yang diduga dan dengan berbekalkan
pedang dan semangat bersama, mereka perlu menjelajah alam mimpi tersebut,
bertentang dengan naga agar dapat mengembalikan puteri Sizuka ke istana dengan
selamat dan menyelamatkan istana tersebut daripada ancaman.
15. Kisah Penciptaan Dunia : Nobita diberikan
alat oleh Doraemon untuk mempelajari bagaimana terciptanya dunia dengan model
penciptaan dunia. Kini, Nobita perlu mencipta dunia seperti yang sepatutnya dan
melihat perkembangan dunia tersebut. Walau bagaimanapun, sejarah dunia ciptaan
Nobita tidak selari dengan dunia sebenar apabila sedikit kesilapan dilakukan
ketika mereka singgah dahulu yang menyebabkan serangga mempunyai kuasa di dunia
bawah tanah.
16. Keretapi Ekspres Galaksi : Iri hati
dengan Sinyu yang dapat menaiki Keretapi Ekspres, Doraemon membelikan tiket
Keretapi Ekspres Galaksi yang membolehkan perjalanan ekspres merentasi galaksi
ke bintang permainan dan percutian. Walau bagaimanapun, spesis parasit telah
muncul di sana dan ingin menguasai alam semesta. Mereka perlu menghalangnya
sebelum manusia dipergunakan parasit tersebut dan menjalankan rancangan yang
lebih teruk lagi.
17. Penjelajahan di Bandar Raya Alat Mainan :
Nobita dan yang lain mencipta dunia yang hanya didiami oleh alat mainan.
Kehidupan semuanya berjalan lancar apabila seorang pencuri muncul dan
mengkucar-kacirkan bandar raya. Nobita pula berjumpa dengan 'benda' ajaib yang
mendakwa dirinya pencipta alam semesta. Dengan keyakinan yang diberi, Nobita
perlu membimbing yang lain untuk menyelamatkan bandar raya tersebut.
18. Penjelajahan Laut Selatan : Nobita yang
berlayar untuk mendapatkan harta karun di pulau terpencil telah menemui sebuah
kapal lanun yang sesat. Mereka telah bertembung dan Nobita telah hanyut di bawa
arus. Kemudian bersama-sama menuju ke pulau harta karun dengan harapan dapat
berjumpa dengan Nobita dan lanun yang telah hilang. Tanpa diduga, mereka
menemui pelbagai hidupan pelik di sana yang membuatkan mereka diancam masalah
baru.
19. Pengembaraan di Angkasa Lepas : Kisah ini
lebih kepada ala-ala Star Wars iaitu seorang budak yang bapanya telah
dipengaruhi oleh penjahat malah memusuhi anaknya sendiri. Budak tersebut
bersama kawannya iaitu pari-pari dan robot ingin mencari tempat hidup yang baru
dan kemudian berjumpa dengan Nobita. Nobita dan yang lain kemudiannya membantu
budak itu menentang kembali penjahat dan menyedarkan semula bapanya bersama
kenangan ibunya yang telah tiada.
20. Lagenda Raja Matahari : Nobita telah
tertukar tempat dengan seorang raja dari zaman dahulu. Doraemon perlu mencari
Nobita dan menghantar raja tersebut pulang tetapi Nobita pula mempunyai
agendanya iaitu menyelamatkan puteri yang diculik untuk dijadikan korban ketika
gerhana matahari. Mereka kemudian berganding bahu bersama-sama menyelesaikan
misi mereka.
21. Nobita dan Pahlawan Burung : Nobita dan
Doraemon terjumpa seekor manusia burung tidak tahu terbang dan kini mereka
bersama-sama untuk membantunya memenangi perlumbaan kelayakan untuk menjadi
patrol burung penghijrahan. Walau bagaimanapun, ada yang lebih buruk berlaku
iaitu munculnya raksasa yang telah lama dibekukan yang memaksa mereka membantu
menyelamatkan keadaan dan memanggil keluar manusia burung yang digeruni dalam
legenda untuk membantu mereka.
22. Negara Robot Nobita : Nobita telah
menemui sebuah robot kanak-kanak yang datang secara tiba-tiba melalui
perkhidmatan penghantaran robot. Robot kanak-kanak itu kemudiannya membawa
Nobita dan yang lain ke tempatnya yang ketika itu diperinta oleh permaisuri
kejam yang mengikut dan memberi arahan kepada robot. Permaisuri itu dahulunya
adalah kawan sepermainan robot kanak-kanak itu. Mereka perlu membantu
menyedarkan permaisuri dan membantu memulihkan pemerintahan yang adil antara
robot dan manusia.
23. Nobita dan Pesuruh Angin : Nobita menemui
pusaran angin yang boleh berinteraksi. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kembar
jahat yang apabila digabungkan, akan membentuk angin bencana yang dahsyat.
Angin itu juga menemukan Nobita dan yang lain dengan masyarakat yang
menggunakan angin sebagai pengangkutan mereka. Walau bagaimanapun, hantu jahat
yang mencipta angin kembar itu kini mengancam mereka dan mereka pelu
menentangnya.
24. Ruang Masa Kucing Anjing : Nobita
menghantar anjing peliharaannya dan anjing serta kucing terbiar yang lain ke
zaman purba untuk hidup dengan aman. Walau bagaimanapun, keadaan berubah
apabila kucing dan anjing berevolusi lalu membantu ketamadunan sebelum wujudnya
manusia purba. Walau apapun, Nobita ingin bertemu dengan anjing peliharaannya
itu dan memerangi sindiket kotor yang ingin merampas sumber kuasa utama
kerajaan yang kini bertahan sebelum mereka berhijrah keluar dari muka bumi.
p/s: Semua ceritanya dh boleh tengok kat youtube
Sumber: Wikipedia