Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku
12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang
benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent.
Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.
Waktu itu selepas mahgrib, saya bersama kakak yang memandu
kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid alsyahidahh
kami.
Setibanya dipersimpangan bedok/chai chee, kereta kami
tiba-tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya
terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk
mendapatkan bantuan. Malangnya beliau bekerja shift malam hari tu. Kakak terus
membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari
esok.
Kami terus berjalan perlahan-lahan disepanjang bedok/chai
chee sambil melihat lihat kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami
terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu
jam kami menunggu, tak sebuat teksi pun kelihatan.
Dalam keadaan bosan menunggu, tiba-tiba entah dimana, munvul
sebuah teksi yang berhenti betul-betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun
menahanya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambil mengucapkan rasa
syukur.
Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami
bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam
ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan
dan masih belum tiba ke tempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/
chai cheek e eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20minit sahaja.
Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan
yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar-benar tidak kami kenali
langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang
kami tahu. Terkumat kamit mulut kami.
Sempat juga saya bertanya. “ Apek kami nak ke Eunos Cresent!
Lu bawak kemana ni?”. Apek tadi hanya mengganguk kepalanya.
Bertambah gementar saya seperti hendak menangis resanya
saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat-ayat yang kami ingat.
Tiba-tiba, kami seperti kluar daripada dunia lain. Teksi tadi
terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya,
teksi it uterus berhenti betul betul dihadapan blok kami.
Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti
terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada
pemandunya.
Waktu saya menghulukan wang, alangkah terperanjantnya saya
apabila menyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar-benar
sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditanganya. Sayangnya saya tidak
dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukanya ke arah lain.
Tanpa bersuara, pemandu itu menolak pemberian saya dengan
isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak saya menyuruh saya
turun dari teksi itu dengan segera. Saya yang dari tadi sepert terpaku, terus
turun dari teksi tersebut tanpa menutup pintunya kembali.
Alangkah terperanjatnya kakak saya sewatu hanya beberapa
tapak sahaja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi susdah tidak kelihatan
lagi.
Waktu penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi,
dia terperanjat apabila menyedari sebenanrnya kami bukanlah menaiki teksi,
tetap sebuah kereta yang usang pada pandanganya, waktu itu saya melihat jam tangan
hampir pukul 11.30 malam.
Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai cheek e Eunos
crescent mengambil masa tiga jam
No comments:
Post a Comment